Kena tipu -_-

209 11 0
                                    

(SKIP)

Pada tamat waktu persekolahan.

"Abang harini adik balik lambat tau. Jangan tunggu adik. Nanti adik call kalau nk balik. Byee" Sarah melambai abangnya dan berlalu pergi.

"Ehh budak ni. Pergi macam tu je." Aliff menggelengkan kepala dengan sikap adiknya itu.

**************************

"Mana diaorang ni? Dah dekat dua jam aku menunggu ni. Dah cari dalam bilik guru tak nampak pula cikgu Amili. Yang si mamat gila ni pulak, semalam bukan main lagi, tpi harini dia pula yang tak muncul muncul. Kang kalau aku balik kang, apa pula cakap cikgu. Ishh" Bebel Sarah seorang diri.

"Bahhhh!" Sarah tersentak dengan sergahan dari Akim yang entah dari mana munculnya.

"Weh kau ni gila laa gila. Suka sangat buat aku terkejut." Marah Sarah kepada Akim.

Akim menyengih sehinggu menampakkan lesung pipitnya yang menjadi pujaan semua pelajar perempuan di sekolah itu termasuklah Sarah. Okay pembetulan, tak semua okay. Sesetengah jee.

'Mamat ni suka bagi orang tengok dia punya lesung pipit tu. Menyampahnya' kata Sarah perlahan.

Walaupun Sarah berkata begitu, tetapi hatinya berkata lain.

"Kau buat apa kt sekolah ni? Bukan waktu ni sepatutnya dah balik ke?" Tanya Akim dengan selamba.

"Bukan kau cakap yang harini cikgu nk kita stay ke?" Sarah menjawab tanpa perasaan curiga.

"Ohhh." Panjang 'oh' yang diberikan oleh Akim. "Kau percaya ke? Kau nak tahu? Kau kena tipu weh!" Sambungnya tanpa rasa bersalah.

Membuntang mata Sarah memandang Akim yang sudah terkekek-kekek ketawa kerana dpat menipunya.

"Eii kuajanya mamat gila ni!" Sarah mencapai buku yang dibelek oleh Akim tadi dan memukul badan Akim beberapa kali sebelum beredar.

"Yang aku ni pon cerdik pergi percaya tu kenapa? Ishh buang masa aku jelah. Si Akim ni memmang bla bla bla...." Sarah membebel kerana tidak berpuas hati.

(On Going, Slow Update) Si Gila & Si SewelWhere stories live. Discover now