Balik rumah

223 12 0
                                    

Sarah keluar dari pagar sekolah dan terlihat sesusuk tubuh lelaki sedang menyandar dengan tangan yang bersilang. Dia tersenyum melihat abangnya yang berkerut muka menahan panas.

Sarah menepuk abangnya dari belakang."Abang!! Sorry lambat. Tadi cikgu nk jumpa adik. Yang abang tak tunggu dalam kereta kenapa? Kan panas ni" Sarah mengucapkan kata maaf bercampurkan bebelan.

Aliff tersentak dengan adiknya yang muncul tiba-tiba itu. "Abang risau laa. Dah lambat macam ni pon tak keluar lagi. Sebab tu abang tunggu kat sini" kata Aliff semasa mereka dalam perjalanan menuju ke kereta milik Aliff.

Sarah membuka pintu dan duduk di tempat sebelah pemandu. Aliff yang sudah bersedia untuk memandu memandang sekilas adiknya yang sedang memakai tali pinggang keselamatan.

"Alahai abang ni. Sayang juga abang dekat adik ni eh? Ingatkan tak sayang." Sarah sengaja berkata begitu walaupun dia tahu yang abangnya sayang padanya.

"Gila tak sayang adik abang yang manja mengalahkan budak 2 tahun ni." Aliff membalas dengan usikan.

Sarah memukul lembut lengan abangnya yang sedang memandu. "Jahat la dia ni" Rengek Sarah. Aliff ketawa mendengar suara adiknya itu.

*********************
Seminggu berlalu

Sarah menghempas badannya keatas katil. Dia melihat iphone iphone nya berlagu riang minta diangkat.

Sarah mencapai iphonenya itu lalu dilihat nombor tidak dikenali. Sarah menjawab panggilan itu.

"Hello? Siapa disana?" Tanya Sarah kepada pemanggil.

(On Going, Slow Update) Si Gila & Si SewelWhere stories live. Discover now