Hari kedua di sekolah

231 12 0
                                    

Selesai memarkir kereta di tempat letak kereta, Aliff mengejutkan adiknya yang lena dibuai mimpi.

"Adik dah sampai ni. Bangun!" Sarah tersentak bila terdengar suara abangnya. Dia menggeliat sedikit sebelum membuka pintu kereta.

Aliff menghulurkam tangannya ke arah adiknya tanda mahu memimpin adiknya kerana dia masih mamai. Sarah menyambut huluran tangan abangnya dengan sengihan.

Selesai menekan butang kunci kereta, mereka masuk ke dalam kawasan sekolah.

LOCENG SEKOLAH BERBUNYI MENANDAKAN KELAS AKAN DIMULAKAN.

"Adik masuk ke kelas dulu yaa abang. Bubyee" Sarah mengucap selamat tinggal kepada abangnya dan berlalu pergi ke kelasnya.

"Morning guys!!" Jerit Sarah di depan pintu kelas apabila melihat guru mereka masih belom masuk ke kelas. Pelajar-pelajar di kelas itu menjawab ucapan Sarah itu.

Tetapi ada seseorang yang menyampah melihat perlakuan Sarah itu. Dia hanya memandang dengan muka menyampah.

"Apa pandang orang tak puas hati macam tu? " tanya Sarah kepada orang itu.

"Bising laa. Tak payah nk jerit-jerit." Kata suara itu dengan selamba.

Sarah mengumam tidak puas hati dan berlalu ke arah mejanya yang penuh dengan pelajar perempuan. Biasala, perempuan bila ada masa terlapang kan suka mengumpat, bergosip and whatever laa.

Sebelum melabuhkan duduk di atas kerusi, Sarah menjeling suara yang menegurnya tadi.

(On Going, Slow Update) Si Gila & Si SewelWhere stories live. Discover now