Malu

122 9 5
                                    

Sarah p.o.v

Sarah merenung lama siling biliknya.

"Apa rahsia Akim eh? Dia ada suka someone ke? Kalau ya, siapa? Aih apa aku ni. Kenapa aku sibuk sangat nak tahu. Jeles? Oh no no. Buat apa aku nk jeles." Sarah mengetuk-ngetuk kepalanya.

"Haih, dah la lupakan. Baik aku tidur dripada aku fikir pasal dia" Sarah menarik selimut menutup seluruh badannya.

Selepas beberapa minit ~~~

"Ahhhhhh !!!! Apa rahsia dia" Sarah separa menjerit lalu bingkas dari pembaringan.

Sarah memandang lama telefon bimbitnya yang berada di atas meja kecil disebelah katilnya. "Perlu ke aku call dia?"

Akhirnya, nombor Akim di dail.

("Hello?") Kedengaran suara serak dihujung talian.

"He-hello, kau dah tidur ke?" Sarah berasa bersalah kerana telah mengejutkan Akim.

"Hmm.. Takpa. Ada apa?" Soal Akim yang membetulkan suaranya supaya kedengaran biasa.

"Heee..." Sarah diam untuk beberapa minit.

Akim yang diam menunggu apa yang ingin dikatakan oleh Sarah yang sudah diam selama beberapa minit telah menjadi hilang sabar. "Kau nak tanya apa ni haaa? Kalau kau nk korek rahsia aku lagi, jawapan aku tetap sama. No !"

"Alalala, aku kan kwn kau. Dari tadika lg kita kwn. Share la dgn aku." Sarah bersuara manja kerana ingin cuba memujuk Akim.

Akim tersenyum dihujung talian "Yang kau nak tahu sangat ni kenapa? Jeles ke ?" Akim mengusik.

"Ehhhh a-apa pula. Mana ada jeles. Ish.. Saja je nak tahu. Dah la, tak nak bagi tahu takpa, nk tidur. Bye!" Sarah cepat-cepat menekan butang merah lalu menghempas telefon di depannya.

Sarah memegang mukanya yang terasa panas. "Kenapa aku rasa malu. Ish, apa kau ni Sarah. Gila ke?" untuk kedua kalinya, dia mengetuk kepalanya.

Akim p.o.v

Akim melihat skrin telefonnya setelah Sarah mematikan panggilan. Akim terseyum kerana dapat mengusik Sarah.

"Kenapa dia gagap? Kenapa dia gelabah? Hahaha kenapa cute sangat ni Sarah" Akim tersenyum apabila teringat cara Sarah menjawab soalannya.

Akim memandang skrin telefonnya yang sudah gelap. Dia membuka kunci telefonnya lalu menekan butang mesej. Akim mecari nama Sarah lalu membukanya dan menaip sesuatu.

"Selamat malam Minah Sewel" Akim menekan butang hantar dengan senyuman terukir di bibir.

Ting~ Bunyi mesej masuk.

Akim membuka mesej yang baru diterimanya.

"Tidur la sana GILA ! Night" Akim tersenyum membaca balasan dripada Sarah.

"♥️" Akim hampir menekan butang hantar, tetapi dia padam semula.

Akim mengunci telefonnya lalu diletakkan dia atas meja belajarnya lalu berbaring di atas katil.

"Jumpa esok Minah Sewel" Akim berkata serong diri sebelum melelapkan matanya.

(On Going, Slow Update) Si Gila & Si SewelWhere stories live. Discover now