Lari jangan tak lari

71 6 0
                                    

6 a.m

Akim menutup pintu kereta. Dia memandang ke arah rumah yang tersergam di depannya. Lalu dia mengeluarkan telefon dan menelefon Sarah.

"Hello! Hei makcik mana kamu ? Saya didepan rumah awak ni."

"Buat apa depan rumah saya ?" Manakala Sarah yang masih berada atas katil dan mamai bertanya dengan muka blur.

"Woi tido lagi ke ha? Bangun sekarang. Dah janji nak jogging kan."

Sarah yang tersedar dari mamai lantas bangkit dari baringnya.

"Weh srs laa? Hehehee sorry sorry. 5 minit okay" Sarah dengan kalutnya menekan butang end call dah terus mencapai tuala mandinya terus ke bilik mandi.

Akim melihat skrin telefonnya sambil menggeleng. Terpancar wajah bahagia di muka. TIBER !

...

"Eish macam mana la aku bole lupa nk kunci jam"bebel Sarah sambil bersiap

Beberapa minit kemudian......

Sarah melihat kereta milik Akim yang diparkir di hadapan rumahnya. Hatinya berdebar bila memikirkan yang dia akan berjumpa dengan Akim sebentar lagi.

"Tarik nafas. Okay rilek Sarah. Cool." Bebel Sarah kepada dirinya dengan suara yang berbisik.

Sarah berjalan menuju ke kereta Akim dan melihat ke dalam kereta melalui tingkap. Terlihat Akim yang sedang melihat skrin telefonnya. Sarah mengetuk tingkap kereta apabila sedar yang Akim tidak sedar akan kewujudannya disitu. Akim yang terkejut dengan ketukan itu lantas berpaling dan terlihat Sarah yang sedang menunggu di hadapan pintu.  Akim tersenyum lalu membukakan pintu di sebelah pemandu dari dalam.

"Haii. Sorry lambat." Sarah masuk ke dalam kereta dengan sengihan dibibirnya. Serba salah kerana telah membuatkan Akim menunggunya lebih dari 5 minit.

"Sokay." Akim yang asyik memandang Sarah sejak dia memasuki kereta membalas. Setiap tingkah laku Sarah diperhatinya dengan tersenyum sendiri.

Sarah yang rasa dirinya diperhati lantas memandang ke sebelah. Mata mereka bertembung. CEH ENGKO !

Pantas Sarah bersuara "Tanak gerak ke?". Keningnya diangkat. Terasa muka berbahang, tapi diabaikannya.

Akim tersenyum lebar melihat reaksi comel Sarah. "Okay jom gerak." Akim mula membetulkan posisi untuk memandu.

......

Di tasik dan selepas beberapa pusingan.

"Haaa! Penatnyaa!" keluh Sarah yang sudah tertunduk sambil tercungap mencari nafas.

Akim yang sudah beberapa langkah dihadapan Sarah terus berhenti dan berpatah balik ke arah Sarah yang sudah kepenatan itu.

"Aik, baru berapa round takkan semput dah kot?" Akim berkata dengan nada yang mengejek dengan senyum senget diberikan kepada Sarah.

Sarah menjeling Akim yang sedang mengejeknya itu. "Ish orang dah lama tak jog, memang la." Sarah membebel sambil menjuihkan bibir geram. Dia membetulkan tali kasutnya.

Sarah bangkit dari cangkungnya dan membetulkan bajunya sambil berkata "Okay dah jom sambung" dan melangkah meneruskan larian kecilya meninggalkan Akim dibelakang.

Akim tersenyum melihat telatah Sarah itu sambil menggelengkan kepala dan memulakan langkahnya mengejar Sarah. Akim menyamakan langkahnya dengan Sarah dan berlari disebelah Sarah. Sarah memandang kearah Akim sekilas.

"Jom lumba. Siapa sampai kat taman depan sana dulu menang. Kalah belanja breakfast" Akim memberi cadangan. Sarah berhenti dan memandang Akim yang turut berhenti. Akim mrngangkat keningnya berkali-kali dengan senyuman dibibir.

Sarah mengangguk. "Okay deal. 1..2.." Sarah terus berlari tanpa menghabiskan kiraanya. Akim tercenggang untuk seketika lalu tersenyum. Dia mula mengejar dari belakang. "Heiii tunggu tak adil woi." Sarah berpaling kebelakang lalu menjelirkan lidahnya mengejek.

"Yeayyy !!" Sarah sampai di taman dengan sorakan gembiranya. Akim sampai beberapa detik selepas itu. Mereka tercunggap mencari nafas.

"Eii tak aci"
"Siapa aci"
"Tak adil laaa"
"Eh adil je"
"mana ada adil"
"Kalah eh?"
"Saja bagi chance kt awak"
"Eleh kalah tu kalah je la"
"kira tak habis"
"eh abih eh, awak yang tak dengar"

Akim merenung Sarah kerana terkejut dengan gelaran yang diberi. 'Dia guna awak. Aku mimpi ke' katanya di dalam hati. Sarah membuat muka selamba walaupun hatinya sedang tak keruan 'pelik sangat ke aku guna awak tu. Ke aku tak patut cakap tadi. Ah lantok la'

"Dah jom. Lapar la pula lepas berlari ni. Awak nak belanja kan, saya nak pilih kedai yang mahal la. Nak makan apa eh?" Sarah menukar topik dan terus membebel. Akim tersenyum bahagia mendengar gelaran yang digunakan itu sekali lagi. 'Okay aku tak mimpi'. Memang kedengaran biasa dengan gelaran itu, tetapi bagi Akim itu satu kejayaan baginya kerana baginya langkah pertama sudah berjaya dan semakin hampir.

"Okay jom. Awak nak makan kat hotel 5 bintang pun bole" kata Akim yang berjalan disebelah Sarah. Mereka berjalan menuju kearah kereta yang diparkir tidak jauh dari taman itu. Sarah memandang Akim dengan senyuman. "memang nak pergi hotel 5 bintang dengan baju cenni en". Mereka ketawa membayangkan situasi itu.

.....

10 pagi

"Sampai" Akim memarkir kereta dan menarik brek tangan. Mereka telah tiba di hadapan rumah Sarah.

"Confirm eh tanak pergi memana? Cari barang? Beli barang ke? Beli lauk? Jajan? Coklat?" Akim memandang Sarah dan bertanya soalan itu untuk keberapa kalinya. Dia tidak puas keluar dengan Sarah makanya cuba mencari alasan untuk keluar bersama.

Sarah tergelak dengan soalan Akim itu. Jelas sangat apa yang cuba Akim lakukan. Tetapi dia tidak selesa dengan dirinya yang berpeluh maka terpaksa ditolak ajakan Akim.

"Thanks belanja makan. Nanti lepas ni, biar saya pula belanja awak makan." Sarah berkata dan memberi hint untuk keluar bersama lagi selepas ini.

Akim tersenyum mendengar kata-kata Sarah itu. "Okay kalau centu esok?" matanya bersinar berharap Sarah bersetuju.

"Esok isnin kan? Sekolah?" Sarah bertanya.

Akim tersedar dengan kenyataan yang esok sekolah. "Alahai baru ingat esok sekolah. Alaaa alaaa takpa la. Kita keluar lepas sekolah?" Akim berharap lagi.

"Sabtu la. Okay?" Sarah bertanya.

"Hmm okay la gitu. Janji eh. Tak baik mungkir janji. Mungkir janji, haa denda." Akim memberi amaran keras.

Sarah ketawa dengan amaran Akim.
"Denda apa tu?" Sarah bertanya sambil memgangkat kening sebelah.

"Haa denda kena keluar date dengan saya. Tak pun couple je la terus. Haaa berani mungkir la janji." Akim tersenyum memberi amaran itu. Membayangkannya pun sudah membahagiakan.

"Haa nak mungkir janji je la kalau gitu" Sarah berkata sambil memerhatikan Akim. Melihat reaksi Akim yang terbeliak matanya itu membuatkan tawa Sarah meletus.

Akim terdiam. Jantung Akim berdegup laju. Matanya terbuntang besar mendengar kata-kata Sarah. Terasa perasaannya bercampur baur. Bibirnya mengukir senyum bahagia. Berharap apa yanh Sarah kata itu satu hint untuk dirinya.

Sarah yang tiba-tiba merasa malu kerana Akim yang diam dan memandangnya sedari tadi mula mempamitkan diri. "Okay laa. Thanks tau. Babai" Sarah membuka pintu dan turun dari kereta. Pintu ditutup. Sarah melambai le arah Akim lalu menuju masuk ke dalam rumahnya.

Akim membalas lambaian Sarah dan melihat Sarah masuk ke dalam rumah. Kata-kata Sarah terngiang di kepalanya. Akim pun apa lagi, tersengih sesorang la dia. Bahagia sangat tu hihihi. Dia pun mula memandu pulang ke rumahnya dengan hati yang berbunga. Bahagia oh bahagia sungguh.

....

Sis baru perasan sis buat dia drive pada umur 16 tahun. HAHAHAHAH drive secara haram ya kalian.

So takpa la eh geng?  Halal je la eh dengan rekaan sis ni ya? Hihihihi

(On Going, Slow Update) Si Gila & Si SewelWhere stories live. Discover now