Share story dengan abang !

252 10 0
                                    

"Abang! Abang nak tahu tak? Si mamat gila tu satu kelas dengan adik! And abang nak thu lagi, dia ketua and adik penolong. Ishh!! Benci laa!" Sarah mula mengadu kepada abangnya yang sedang menonton televisyen.

Aliff memberi perhatian sepenuhnya kepada adiknya yang bersungguh- sungguh bercerita. "Mamat gila? Tengku Akim Bin Tengku Shah ke?" Aliff sudah dapat mengagak siapa gerangan MAMAT GILA yang selalu adiknya marahkan itu.

"Iyaa laa. Siapa lagi kalau bukan dia. Selalu cari pasal dengan adik. Benci tahu. Lepastu tadi pon nak cari pasal blaa blaa" Sarah mula membebel tentang hal yang berlaku sewaktu di sekolah tadi.

Aliff tersenyum melihat adiknya yang bersungguh-sungguh bercerita dengan mimik muka yang berkerut-kerut.

"Adik jangan benci sangat dengan Akim tu. Kang adik ada perasaan kat dia, time tu jangan cari abang nk luah perasaan. Nanti abang gelakkan adik " Aliff mengenakan adiknya.

Sarah menjeling abangnya tanda tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan oleh abangnya tadi. "Takkan! Tak akan wujud perasaan adik dekat dia. Percayalah!" Lafaz Sarah dengan yakin.

"Tunggu dan lihat" Aliff mencuit hidung adiknya yang sudah tajam menjelingnya.

"Malas nak layan abang! Byee nak buat homework" Sarah yang merasakan abangnya semakin melampau membuat keputusan untuk masuk ke bilik.

Sarah menghempas badanya ke atas katil. Dia teringatkan kata-kata abangnya sebentar tadi. 'Adik jangan benci sangat dengan Akim tu. Kang adik ada perasaan kat dia, time tu jangan cari abang nk luah perasaan. Nanti abang gelakkan adik'.

"Kalau aku betul-betul sukakan dia nanti mcm mana? Ishh! Apa aku merapu ni? Tak akan pernah berlaku! Yes! Tak akan pernah berlaku" Sarah membebel seorang diri.

"Baik aku tidur dri memikirkan pasal mamat gila tu." Hanya selepas beberapa saat, dia akhirnya terlelap. Mungkin kerana keletihan.

(On Going, Slow Update) Si Gila & Si SewelWhere stories live. Discover now