Hampir Kantoi

103 9 0
                                    


Beberapa hari kemudian....

Kringgg kringgg ~~~

Semua pelajar berpusu-pusu menuju ke kantin. Pelahap memasing.

Akim dan Izat berjalan bersama Sarah dan Alisa menuju ke kantin.

"Weh Akim. Esok teman aku g rumah Paan weh. Dia nak bgi barang motor aku." Izat memandang Akim menunggu jawapan.

Mereka mengambil tempat di sebuah meja kosong. Mereka tidak membeli makanan kerana Alisa membawa spageti yang dijanjikannya beberapa hari yang lalu.

Mendengarkan nama yang ingin dijumpa oleh Izat itu membuatkan Akim menyampah kerana ada kenangan pahit. "Malas aku. Kau pergi la sendiri."

"Ala jom la teman aku. Apa punya kawan la, kawan minta tolong sikit tak boleh nak buat"bebel Izat.

"Kau pergi je laa. Hak alah mengada pulaa."Akim menjeling sahabatnya.

"Siapa Paan?" Soal Alisa yang tekun membuka bekas makanannya. Dia menyedok spageti kedalam pinggan pakai buang yang dibawa bersama. Dia menghulurkan kepada Izat dan Akim.

"Kawan lama aku, sahabat lama Akim, ex-boifren Sarah"jawab Izat sambil curi pandang kearah Sarah dan Akim yang hanya diam membisu.

"Wahh Sarah!!! Tak cerita kat aku pun." Alisa berhenti menyedok dan memandang kearah Sarah dengan mata bersinar.

"Apa apa apa? Dah dah bubuh la cepat. Aku lapar ni. Habis waktu rehat kang" Sarah menolak muka Alisa lembut lalu mengbulurkan pinggan kosongnya kearah Alisa. Alisa mencebik sambil menyedok spageti itu.

Izat memandang Akim lalu merangkul tangannya. "Ala ala Akim. Boleh la. Teman aku eh eh?" Suara diubah menjadi ala-ala comel gitu. Kononnya ingin memujuk Akim.

"Apa gay sangat kau ni woiiiii" Sarah dan Alisa memandang Izat dengan pandangan 'euwww'

Akim yang dah terbiasa dengan sikap Izat yang seperti itu hanya membiarkan Izat yang sedang membodeknya itu.

"Takpa laa. Tak nak okay. Dah dah jangan membazirkan tenaga kau nak bodek aku yaa" Akim menepuk-nepuk  kepala Izat. Izat memandang Akim dengan pandangan tidak berpuas hati .

Sarah dan Alisa tergelak menonton gelagat dua sahabat di hadapan mereka itu.

Akim melihat Izat yang merenungnya smbil berpeluk tubuh.

"Alolo sian dia yaa. Haa nah makan" Akim menggosok kepala Izat lalu menyuap sesudu spageti ke mulutnya. Makin cemberut la muka si Izat.

"Okay takpa. Aku bocorkan rahsia kau. Korang nak tahu tak, Akim kan dia ada suka some......" Kata-kata Izat terhenti apabila Akim menutup mulutnya.

Sarah tidak berpuas hati. "Apa ni Akim. Kenapa tutup mulut Izat. Aku nk tahu apa rahsia kau ni. Sana sana." Sarah menepis tangan Akim yang menutup mulut Izat. "Haa sambung balik Zat."kata Sarah.

"haa tak payah Zat. Nanti aku teman kau yaa. Esok kan? Ha esok aku teman kau. Okay? Haa dah sambung makan" Akim menepuk-nepuk bahu Izat dengan sengihan lalu menghulurkan sudu kepada Izat secara paksa.

Izat senyum kemenangan apabila Akim akhirnya bersetuju untuk menemaninya.

"Ala apa ni. Nak tahu jugaa." Sarah mencebik. Alisa hanya menggelengkan kepala.

Waktu rehat tamat ~~

Sejak dari kantin sehingga la mereka sampai ke kelas, Sarah menempel dekat Akim kerana cuba mengorek rahsia. Pada mulanya dia menempel dengan Izat, tetapi apabila Izat kata "Pergi la tanya dia sendiri. Dengar dari mulut dia sendiri lg best". Sarah sedaya upaya membodek dan memaksa Akim supaya memberitahu tentang rahsianya.

"No no no" Ayat ni sahaja yang asyik keluar dari mulut Akim. Sarah mencebik untuk kesekelian kalinya.

(On Going, Slow Update) Si Gila & Si SewelWhere stories live. Discover now