Bab 4

260 24 19
                                    

SUATU petang, aku diajak berbual oleh Abang Im. Ketika itu aku sedang membaca buku di dalam bilik.

Penanda buku segera aku selitkan pada akhir bacaan. Aku menuruni tangga berjalan menuju ke taman mini yang berada di belakang rumah. Taman itu dihubungkan dengan kolam renang oleh laluan berpegola yang disusun dengan bata pavers.

Di kiri dan kanan laluan terdapat deretan pokok palma. Persekitaran taman tampak ceria dengan rumput yang menghijau dan pokok-pokok terpilih dari jenis renek dan besar yang berbunga beraneka warna. Semuanya terjaga rapi.

Jangan tak tahu, taman yang dipenuhi dengan pokok-pokok dari pelbagai jenis itu sebenarnya dibina atas permintaan Abang Nashrin sendiri!

Pelik bukan? Abang aku yang nampak garang dan 'keras' itu, minat terhadap pokok-pokok sebegini?

Bila aku tanyakan hal itu kepada Makcik Sofia, jawapannya..

"Kamu jangan pelik, abang kembar kamu yang lagi sorang tu memang suka dengan tumbuhan hijau. Bila ada masa lapang, setiap pokok herba yang ditanam tu, disiramnya sendiri tau."

Erk?

Memang pelik dan misteri betul sikap Abang Nashrin.

Aku terus melabuhkan punggung di sebuah kerusi kayu yang disusun cantik disitu. Bayangan Abang Naim masih tidak kelihatan.

Mataku segera menjamah memandangan di hadapan mata. Di sudut taman itu juga terdapat pokok-pokok herba yang ditanam dengan pelbagai jenis. Warna hijau dari pokok-pokok itu menghasilkan satu pemandangan yang tenang.

Indah dan aman.

Seperti di kampung..

Baru sahaja gambaran kampung menerjah di minda, tiba-tiba aku terasa bahuku dicuit perlahan. Aku tersentak.

"Termenung apa sampai abang panggil pun tak dengar?" Soalnya sambil mengangkat kening.

Wajahku yang terpinga-pinga kebingungan mengundang tawa Abang Naim sehingga menampakkan sebuah lesung pipit di kedua belah pipinya.

Aku yang menyedari akan hal itu hanya tersenyum malu.

Memalukan la kau ni, Suri!

Abang Naim menggeleng sambil tersenyum. Lantas segera mengambil tempat duduk disebelahku. Perasaan segan aku buang jauh-jauh. Namun bila difikirkan balik, perasaan segan itu semestinya ada memandangkan aku baru mengenalinya.

"Suri selesa tak tinggal kat sini?" Soalan pertama yang keluar dari mulut Abang Im setelah dua hari kami tidak sempat bersembang panjang memandangkan dia sekarang sedang mengendalikan  projek besar di syarikatnya. Aku hanya mengangguk sambil mengukir senyuman.

"Kalau Suri nak apa-apa cakap dengan abang tau." Sekali lagi hanya anggukan balasanku.

"Dari tadi mengangguk ja, masih segan dengan abang ke?" Aku tersengih. Abang Im tersenyum nipis.

"Oh ya.. tujuan abang mengajak Suri berbual dengan abang ni, abang nak tanya Suri pasal pengajian Suri."

"Abang ada tengok result SPM Suri.. and I'm so impressed! Sangat cemerlang, my dear! Rupa-rupanya adik abang seorang gadis yang bijak." Aku terkaku apabila abang Im menggosok kepalaku perlahan. Terasa satu perasaan..

Disayangi dan dilindungi.

"Ops! I'm sorry, abang cuma terlalu bangga dengan Suri." Aku tersenyum kecil mendengar kata-katanya. Lagipun dia mahramku, jadi tidak berdosa jika Abang Im melakukan perkara itu.

"So, how? Suri nak belajar dekat mana? Nak ambil course apa?"  Mataku seakan bercahaya apabila ditanya soalan itu. Impian aku untuk menjadi guru Bahasa Inggeris sudah dapat aku bayangkan.

"Course perniagaanlah, course apa lagi." Nada suara sinis yang  mencelah secara tiba-tiba membuatkan aku menoleh.

Pertama kali aku melihat wajah dan mendengar suara Abang Nashrin secara dekat setelah seminggu tinggal di sini. Selama seminggu itulah dapat aku rasakan dia seakan mengelak daripada bertemu aku.

"Nash?" Abang Im memandang pelik Abang Nash yang datang secara tiba-tiba.

"Neither she's like or not, dia tetap kena ambil kursus perniagaan. Buat apa arwah ayah bina syarikat yang besar-besar tapi anak-anak dia?" Soalnya sambil mengangkat kening.

"Kita berdua tahu yang kita sendiri tak cukup tangan untuk kendalikan syarikat sebesar itu! You know that, right?" Katanya sambil badannya disandarkan pada dinding rumah. Tangannya dimasukkan ke dalam poket.

"Nashrin.."

"Kalau arwah ayah masih hidup.. dia pasti akan buat keputusan yang sama. Kau pun tahu kan?" Soal Abang Nash bertubi-tubi. Tidak memberi ruang langsung untuk Abang Im bersuara.

Abang Im kelihatan terdiam. Suasana seperti membisu seketika.

"Arwah ayah sendiri ada amanatkan anak-anak dia sebelum dia meninggal? Em, kau tak lupa kan, Izham?"

Abang Im memejamkan mata dan mengeluh.

"Nashrin, can you just please.."

"Abang Im, Suri tak kisah.. Kalau itu yang terbaik, Suri ikutkan ja." Dengan pantas aku memotong. Terasa payau untuk aku menelan air liur. Impianku terkubur. Nampaknya pilihan bukan di tangan kau, Suri.

Wajah cuba aku maniskan. Abang Nash pula tajam memandangku setelah mendengar jawapan daripadaku.

"Good." Katanya sepatah sambil berlalu ke dalam rumah.

Abang Im mengeluh.

"Suri, abang.."

"Tak apa abang. Suri tak kisah pun. Lagipun semua ini untuk kebaikan Suri sendirikan?" Separuh ikhlas aku membalas. Kata-kata yang keluar dari mulut tidak sama dengan apa yang dalam hati.

Abang Im hanya memandang ku kesal.

Akhir Sebuah PengorbananWhere stories live. Discover now