Bab 11

315 19 9
                                    

24/07/2016, this chapter is special to insyiirxh sebab harini birthday dia!! 🎊🎈🎈 yeay, Happy 17th Birthday dear friend! Goodluck in your trial and SPM, weh! Semoga kita sama-sama dapat keputusan cemerlang, acewah. Semoga jgk hg dpt jadi author yg berjaya satu hari nnti, InshaAllah!😆 May Allah blessed you always! xxx 😆😘🙈

×××

KEDINGINAN malam mencengkam hingga ke tulang hitam. Angin yang menderu masuk membuatkan tubuh merasa kesejukan seketika. Dengan pantas aku masuk ke dalam bilik. Tirai aku tutup rapat-rapat sambil mulut mengeluh perlahan. Tanganku menggosok dada perlahan, bagi menghilangkan debaran di hati yang masih tidak hilang sedari tengahari tadi.

Tidak aku sangka pelbagai kebetulan berlaku dalam hidup aku. Fattah rupanya sepupuku! Kebetulan apakah ini? Atau ini sebuah takdir? Banyaknya kebetulan dalam hidup aku!

Masih aku ingat setiap renungan Fattah kepadaku tadi. Hatta ketika makan pun, matanya tidak terlepas dari menatap wajahku. Nasib baiklah sesiapa pun tidak menyedari hal itu. Kalau boleh, aku tak mahu sesiapa pun mengetahui yang aku pernah mengenali Fattah. Bukan apa, takut mereka berfikir yang bukan-bukan.

Fattah Arrzan.

Sebaris nama itu membuatkan aku mengimbau kembali kenangan aku bersamanya dahulu. Walaupun terdapat perbezaan umur, namun kami tetap bersahabat.

Aku, dia dan Hanis.

Kami bertiga memang rapat. Fattah anak orang berada. Tetapi sedikit pun dia tidak kekok untuk berkawan dengan aku dan Hanis yang dari golongan biasa.

Pun begitu, Fattah lah yang lebih banyak bersama-samaku berbanding Hanis. Fattah yang selalu melindungiku, Fattah yang mewarnai hari-hariku, Fattah yang sentiasa menasihatiku. Pendek kata, Fattah sentiasa ada disisiku. Arwah nenek juga menyayangi Fattah.

Namun, muncul satu peristiwa yang membuatkan aku kecewa dengannya sehingga kini.

Saat aku keseorangan setelah kematian nenek, dia langsung tidak menjengukku. Bahkan, saat nenek meninggal pun Fattah tidak pulang. Semua itu membuat aku fikir, memang aku sudah dilupakan Fattah.

Aku sedar bukan semua kesalahan boleh diletakkan di atas bahunya. Persahabatan yang kami bina dari kecil memang tidak disukai oleh keluarganya. Justeru untuk menjauhkan dia denganku, keluarganya telah menghantarnya ke Kuala Lumpur. Fattah tak pernah beritahu, tapi hati aku yang meneka. Sebab aku tahu, perbezaan taraflah punca utama ibu ayahnya tidak menyukaiku. Masih aku ingat wajah Mak Cik Norlia, ibu kepada Fattah yang sering menarik muka apabila melihat aku bersama Fattah. Justeru, aku yakin memang keluarganya tidak menyukai aku.

Bercakap tentang keluarga Fattah, itu antara perkara yang aku keliru. Jika Fattah merupakan anak Mak long Suraya dan Pak long Esmail, jadi siapa Mak cik Norlia yang tinggal dengan Fattah masa di kampung dulu?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 23, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Akhir Sebuah PengorbananWhere stories live. Discover now