PERTENGAHAN bulan Julai di Australia, sudah menjadi kebiasaan musim sejuk akan tiba. Angin yang menderu menampar perlahan wajah Isqandar yang bersih dari sebarang cela. Lalu dengan segera dia memperkemaskan sweater yang dipakainya. Mata Isqandar galak memerhatikan sekumpulan kanak-kanak berjaya mencuit hatinya. Tanpa sedar dia tersenyum melihat telatah mereka. Kanak -kanak itu sedang bermain kejar-kejaran di taman yang berhadapan dengannya. Dia segera bangun dari sebuah kerusi yang diduduki sedari tadi. Dia mahu menghampiri sekumpulan kanak-kanak itu.
"Is!"
Panggilan itu mematikan langkah Isqandar.
"You nak ke mana?"
Isqandar menggeleng.
Elya memandangnya pelik. Kelihatan dua biji cawan yang masih berasap tangannya. Lantas dihulurnya minuman yang dipesan Isqandar.
Isqandar menyambut minuman yang dihulur oleh Elya. Dipandangnya gadis yang bersweather kelabu yang mula mengambil tempat disebelahnya. Musim sejuk di kota Australia ini tidak mengeluarkan salji tetapi suhu lapan darjah celsius cukup membuatkan orang menggigil kesejukan. Warga kota mula mengenakan jaket apabila keluar dari rumah walaupun cahaya matahari memancar terik. Pelik bukan? Tetapi itulah yang terjadi di sini.
"Lamanya.. Pergi beli air ke buat air?" Kata Isqandar dengan nada mengusik. Matanya kembali memandang ke arah tempat sekumpulan kanak-kanak itu. Namun kanak-kanak tadi sudah hilang. Mungkin bermain di tempat lain, atau sudah pulang bersama ibu bapa masing-masing.
Pantas Elya menarik muka. Isqandar hanya ketawa lalu di hirupnya coffee di tangan. Ahh, nikmat!
"So, you jadi balik petang ni?" Soal Elya.
Matanya memandang tepat ke arah mata Isqandar yang berwarna hazel. Warna anak mata itulah yang membuatkan ramai gadis di luar sana yang terkejar-kejarkan cinta Isqandar. Namun lelaki itu hanya lebih senang berkawan berbanding bercinta. Berkawan biar seribu, katanya.
"Yeah. Rasanya I tak boleh lama-lama tinggalkan mama I." Jawabnya sambil tersengih.
"Lagipun, syarikat I tu mana boleh dibiarkan tak bertuan. Kesian papa dan si Ad. Lagipun macam you tak kenal si Ad, di ceramahnya I nanti." Sambungnya sambil ketawa perlahan. Adly merupakan orang yang rapat dengan Isqandar merangkap rakan baiknya. Sahabatnya itulah yang akan bertanggungjawab memantau syarikat keluarga Isqandar buat sementara waktu semasa ketiadaan Isqandar.
"Is, I nak tanya sikit boleh?" Soal Elya perlahan.
Kali ini, Isqandar pula yang memandang Elya pelik.
"Sejak bila you minta izin kalau nak tanya I?" Kata Isqandar sambil ketawa kecil.
"You dah duduk sini dekat seminggu tapi I tak sempat nak tanya you. You ke sini sebab gaduh lagi ke dengan papa you?"
Isqandar terdiam sambil membuang pandang ke sebuah padang yang menghijau. Ah, sejuk mata memandang tetapi tidak mampu menyejukkan hatinya sekarang!
"Is.." Tegur Elya setelah Isqandar setelah sekian lama membisu.
Isqandar memandang Elya lama. Elya, salah seorang sahabatnya yang menetap di bumi Australia ini. Jika dia ke sini, pasti Elya orang pertama di cari selain dua lagi sahabatnya di sini. Bumi Australia seperti rumah keduanya. Dia gemar berulang alik ke sini demi mencari sebuah ketenangan. Ketenangan yang telah dirampas gara-gara peristiwa sebulan yang lalu. Justeru, perlukah dia memberitahu Elya segalanya? Tak, bukan sekarang masanya.
"Isqandar!" Tegur Elya buat kali kedua. Kali ini nadanya lebih kuat. Entah apa yang difikirkan Isqandar.
"El.. berapa kali I nak cakap yang I datang nak tengok kawan I yang sorang ni. Tak boleh?" Tanya Isqandar sambil memandang Elya disisinya. Dia terus menghabiskan sisa coffee di tangan. Elya pula memandang Isqandar lama.
![](https://img.wattpad.com/cover/10031481-288-k806706.jpg)
YOU ARE READING
Akhir Sebuah Pengorbanan
Teen FictionLembaran kehidupan telah membawa Suri Athirah ke liku yang paling tajam. Dalam mencari identiti diri, dia terpaksa berhadapan dengan manusia sekeliling yang mencabar jiwanya. Namun ujian Tuhan itu hebat. -Dan akhirnya Suri Athirah yakin, ada sesua...