PENERBANGAN yang memakan masa selama lapan jam dari Brisbane, Australia benar-benar meletihkan tubuh Isqandar. Segala urat saraf terasa lenguh akibat berjam-jam berada di perut pesawat. Tubuhnya terus dihempaskan ke sofa yang terletak di ruang tamu sebaik sahaja dia tiba di penthouse nya yang terletak di Sri Hartamas. Ahh, betapa nikmatnya apabila sudah tiba di rumah! Sehingga beg-beg dan barang-barang yang dibawa entah ke mana dia campak sebaik sahaja tiba di penthouse nya itu.
Dia lebih selesa tinggal sendirian di situ berbanding di rumah keluarganya. Di sini lebih tenang dan aman. Hati juga selamat dari merasa sakit.
Sedang dia enak merehatkan diri, bunyi mesej dari aplikasi Whatsapp mengganggu dia yang baru hendak melepaskan lelah. Dengan mata yang terkatup dia menggagau mencari telefon bimbit yang entah di mana keberadaannya. Sebaik menjumpai telefon bimbitnya dia terus membaca mesej yang dihantar Adly itu dengan mata yang kuyu.
Puan Sri cari kau. - Adly
Sebuah keluhan kasar dilepaskan setelah membaca sebaris ayat itu. Puan Sri konon! Adly pun satu, saja nak menaikkan darahnya. Pemusnah rumah tangga orang tak layak digelar Puan Sri! Telefon bimbit digenggam geram lalu dilempar ke atas sofa yang berdekatan, membiarkan mesej Adly tanpa membalasnya. Mujur tidak jatuh ke lantai kerana jika jatuh mungkin sudah berderai.
Dia kemudiannya berlalu ke bilik air bagi menyegarkan tubuh dan otaknya yang mulai stress. Mesej Adly berjaya mengganggu ketenteraman yang baru ingin dia capai.
Seusai mandi dia terus menuju ke katil. Dia ingin merehatkan tubuhnya yang keletihan. Namun baru beberapa saat sahaja dia memejamkan mata, kedengaran bunyi loceng yang ditekan bertalu-talu. Isqandar mengeluh. Tubuhnya yang letih benar-benar perlukan rehat namun ada saja gangguannya!
Dengan malas dia bangun dari katil. Sebelum keluar dia sempat dia mencapai sehelai t-shirt lalu menyarungnya ke tubuh.
Sebaik sahaja membuka pintu, wajah Adly terpancul.
"Kau rupanya.." Omel Isqandar.
Dia kemudiannya mempersilakan kawan baiknya itu masuk.
Adly memandangnya lama sebelum bersuara.
"Jet lag, huh?"
Isqandar menggeleng.
"Letih." Jawabnya ringkas.
Adly kemudiannya melabuhkan punggung di atas sofa yang berdekatan.
"Is.. pasal.."
"Please, Ad. Kalau pasal dia atau ayah, aku tak nak dengar, okey?" Jawab Isqandar sambil mengambil tempat di sofa yang lain. Kepalanya diletakkan ke atas sofa. Tanda dia benar-benar tidak ada mood.
"Is.. aku tahu kau marah. Tapi fikirlah pasal ayah kau. Ayah kau asyik tanya aku ke mana kau menghilang seminggu ni." Jawab Adly, nasihat. Dia benar-benar risau dengan keadaan Isqandar. Sampai lari ke Australia, getus Adly di dalam hati.
YOU ARE READING
Akhir Sebuah Pengorbanan
Fiksi RemajaLembaran kehidupan telah membawa Suri Athirah ke liku yang paling tajam. Dalam mencari identiti diri, dia terpaksa berhadapan dengan manusia sekeliling yang mencabar jiwanya. Namun ujian Tuhan itu hebat. -Dan akhirnya Suri Athirah yakin, ada sesua...