OLEH kerana Mak Cik Sofia sakit perut pula secara tiba-tiba, pagi itu aku ke pasar seorang diri. Pak Rahim, selaku pemandu Abang Naim yang menghantar aku ke pasar.
Pak Rahim ni memang seorang yang peramah benar, sama seperti Mak Cik Sofia, sentiasa membuat aku rasa selesa berbual dengan mereka. Keramahan Pak Rahim membuatkan aku ikut banyak bercakap. Walaupun sudah hampir sebulan aku di rumah itu, namun beberapa hari lepas baru aku berkesempatan bersembang dengan Pak Rahim
dengan lebih lama."Pak Rahim kerja sebagai pemandu ni dah berapa lama?" Soal aku memecah kesunyian. Bosan jika hanya berdiam diri saja. Shawl yang terasa senget aku betulkan.
"Sama macam Mak Cik Sofia, dah lama. Dekat 10 tahun." Jawabnya sambil memandu keluar dari kolej.
Aku mengangguk. Macamlah Pak Rahim nampak.
"Suri dah jumpa semua ahli keluarga Suri?"
Soalan Pak Rahim membuahkan kerutan di dahiku.
"Selain pak long dan mak long yang nak datang sekejap lagi, Suri pernah tak berjumpa dengan bapa saudara kamu yang lain, atau sepupu-sepupu Suri..?" Tanyanya secara jelas.
"Oh.." Balasku apabila dapat menangkap maksud Pak Rahim.
"Suri ada sepupu ke?" Soal aku lebih lanjut.
"Kenapa tak ada pulak. Keturunan Suri besar tau. Arwah ayah kamu ada lagi tiga orang adik beradik yang lain. Sepupu kamu yang sebaya dengan kamu kalau tak silap ada dalam 5 atau 6 orang. Itu tak termasuk yang kecil-kecil lagi. Kenapa? Naim ke sesapa tak ada cerita?"
Aku menggeleng. Uish, ramai benar...
"Tak. Tak ada pun. Mungkin sebab masing-masing sibuk." Jawab aku perlahan.
Pak Rahim hanya mengangguk sambil memandang aku melalui cermin pandang belakang.
"Okey, dah sampai. Pak Rahim tunggu sini ja. Kalau ada apa-apa panggil atau telefon saja, tau?" Kata Pak Rahim setelah berjaya memarking kereta.
"Okey, Pak Rahim." Balasku menguntum senyum sambil melangkah keluar.
Dengan berbekalkan senarai barang yang diberi Mak Cik Sofia, aku pun mula 'menjelajah' ke semua tempat di pasar itu demi menperoleh kesemua barang-barang yang diperlukan untuk memasak. Walaupun pasar ini baru pertama kali aku menjejakkan kaki, entah kenapa aku rasa macam dah terbiasa dengan tempat ini.
Dalam beberapa minit ja, kesemua barang sudah diperoleh. Yeay, akhirnya!
Seusai semua barang sudah diperolehi, aku terus berjalan ke kereta yang di parking di hujung nun sana, di seberang jalan.
Kaki mulai menapak setelah memastikan tiada sebarang kenderaan yang lalu.
Bukk!
Seorang lelaki dari arah belakang yang dalam keadaan tergesa-gesa tanpa memberi salam merempuhku dengan tak semena-mena, membuatkan aku hilang pertimbangan. Apa lagi, aku pun..
"Suri!"
Pak Rahim yang kebetulan keluar dari kereta, yang melihat keadaan itu terus menerpa ke arahku. Beberapa orang yang lalu lalang menoleh untuk melihat apa yang berlaku.
Namun, sudah terlambat. Aku rasa kaki aku mungkin patah. Okey melebih-lebih pulak. Aku rasa terseliuh. Mungkin. Sakit betul.
Nasiblah orang tak berapa nak ramai di situ. Jadi tahap untuk rasa malu agak rendah la. Tapi malu tu tetap ada! Aku memberi jelingan tajam kepada si lelaki yang memandang aku dengan rasa serba salah. Dia merenung aku lama. Wajahnya bertukar dengan memandang aku pelik. Aku pun rasa macam familiar ja lelaki ni..
YOU ARE READING
Akhir Sebuah Pengorbanan
Teen FictionLembaran kehidupan telah membawa Suri Athirah ke liku yang paling tajam. Dalam mencari identiti diri, dia terpaksa berhadapan dengan manusia sekeliling yang mencabar jiwanya. Namun ujian Tuhan itu hebat. -Dan akhirnya Suri Athirah yakin, ada sesua...