Dedicated to athirahhanim_ dan SumaiyahRazak2 sbb sentiasa menyemarakkan semangat Neesha untuk menulis dengan vote-vote anda! 😆
×××
TENGAHARI itu, balik dari kuliah aku terus menuju ke bilik. Kelas aku habis awal hari ini. Ya, seperti yang Abang Nashrin mahukan, aku mengambil jurusan perniagaan. Siapalah aku untuk berkata tidak, kan?
Sudah hampir sebulan kuliahku berlangsung. Rasanya sedikit sukar memandangkan aku tidak meminati bidang itu tetapi hati cuba aku kuatkan demi masa depan syarikat keluarga kami. Mak cik Sofia dan Abang Naim tidak putus-putus memberikan aku semangat.
Aku masih ingat hari yang Abang Naim dan Nashrin bertengkar selepas kejadian Abang Nashrin mahu aku ambil kursus perniagaan tu. Aku ada pada malam kejadian itu, tetapi bukan semua perkara yang aku dengar kerana suara mereka hanya sayup-sayup. Bukan aku sengaja mencuri dengar, ketika itu aku memang aku ingin turun ke dapur kerana dahaga. Dan apabila aku mendengar suara Abang Nashrin yang seperti menjerkah Abang Naim, kaki aku menjadi statik. Pergaduhan itu tentulah pasal aku. Aku tahu, sukar untuk Abang Nashrin menerima orang asing dalam hidupnya. Tambahan lagi orang asing tu serumah dengan dia kan. Cumanya aku pelik, ujian DNA sudah dibuat dan memang membuktikan aku ni adik dia, apa yang dia tak percaya lagi?
Aku menggeleng, ingin menyedarkan diri. Hahaha, apa yang engkau harapkan, Suri? Disayangi dan dihargai? Kau cuma gadis kampung yang dikutip oleh mereka.
Ya, mungkin sebab itu Abang Nashrin tak terima aku sampai sekarang. Boleh nampak yang dia amat tidak menyenangiku. Bila terserempak kat dapur, mesti dia buat muka dan menjeling. Bila waktu makan, mesti dia makan cepat-cepat. Dan yang lebih mengukuhkan firasat aku bahawa dia tidak menyukai aku adalah masa kereta dia rosak pun, dia lebih rela naik teksi dari menumpang Abang Naim! Yalah, aku kan ada dalam kereta tu. Semua tu cukup membuktikan bahawa dia memang tidak menyukai aku!
Aku mengeluh. Biarlah, aku dah penat nak berfikir.
Iphone 6 plus pemberian Abang Naim ditangan segera aku on untuk melihat kalau-kalau ada missed call atau mesej yang masuk. Satu mesej dari Hanis. Aku mengulum senyuman. Sejak mempunyai alat komunikasi yang hebat ni, memang kerap sungguh Hanis bermesej dengan aku. Lebih mudahlah aku mengetahui perkembangannya dengan Nak Kiah di kampung. Tanpa membuang masa, mesej dari Hanis itu aku buka.
He's back! - Hanis
Dahi aku kerutkan. Siapa? Siapa yang kembali? Apa maksud Hanis?
Aku yang baru hendak menelefon Hanis untuk bertanyakan hal itu, terus membatalkan niat apabila aku melirik jam loceng di tepi katil. Nak dekat pukul 12.30 dah. Waktu-waktu sekarang mesti Mak cik Sofia sibuk memasak.
Beg dan buku-buku terus aku letakkan di atas meja belajar bersama telefon bimbit. Tudung aku tanggalkan dan bersiap sedia untuk mandi. Soal mesej Hanis yang bermain di fikiran itu aku letakkan ke tepi.
❇❇❇
SEUSAI mandi, aku turun ke bawah. Bau aroma lauk-pauk untuk masakan tengahari yang dimasak Mak cik Sofia menyambutku. Aku membelakanginya.
Tiba-tiba idea nakal terlintas di fikiranku. Dengan senyap aku menapak dari belakang Makcik Sofia dan..
"Opocot mak engkau!" Seraya aku ketawa geli hati mendengar Mak cik Sofia yang melatah apabila aku mencuit pinggangnya. Tiba-tiba sahaja aku terangsang untuk mengusiknya.
YOU ARE READING
Akhir Sebuah Pengorbanan
Fiksi RemajaLembaran kehidupan telah membawa Suri Athirah ke liku yang paling tajam. Dalam mencari identiti diri, dia terpaksa berhadapan dengan manusia sekeliling yang mencabar jiwanya. Namun ujian Tuhan itu hebat. -Dan akhirnya Suri Athirah yakin, ada sesua...