"Suri.. " Terasa bahu digoncang lembut. Aku menggosok mata dan aku nampak wajah tersenyum Abang Im. Terkebil-kebil aku memandang wajahnya.
"Kita dah sampai. " Sambungnya. Aku menegakkan badan. Terasa lenguh seluruh badan kerana tidur dalam satu posisi. Pukul berapa sekarang ni ek? Aku mengerling jam di pergelangan tangan. Tepat enam petang. Dah petang pun? Cepat-cepat aku keluar dari kereta. Wah! Tergamam aku melihat sekitar perumahan ini. Macam kawasan perumahan elit! Ini kerana aku lihat deretan di sekitar rumah ini ketara mewah. Daripada reka bentuk setiap rumah dan landskapnya. Beraneka corak bentuk rekaannya, daripada klasik kepada yang moden."Suri..?" Tegur Abang Im.
"Ya..ya?" Aku tersenyum malu. Ish, berangan pulak! Abang Im hanya tersenyum melihat gelagatku.
Kelihatan Abang Is sedang sibuk mengangkat beg-beg aku. Aku menghulurkan pertolongan, namun dia menolak.
"Tak apa Suri, sikit je ni." Ujarnya.
Abang Is ni segak dan tampan orangnya. Berkulit cerah dan memiliki sepasang mata yang bundar. Pantas aku mengikut Abang Im yang sudah berjalan di depan.
"Suri jangan risau tau? Lepas ini Abang Im, Abang Nash, dan Mak Cik Sofia sentiasa ada untuk jaga Suri. Suri kenal Mak Cik Sofia kan? Nek Jah dah beritahu kan?" Soalnya sambil mengangkat kening. Aku mengangguk. Oh ya, aku hampir lupa yang aku ada seorang lagi abang kembar. Kalau Abang Im tak selit nama dia tadi, mesti aku dah lupa wujudnya seorang lagi abang aku itu. Entah macam mana penerimaan dia terhadapku? Harapnya sikapnya sama seperti Abang Im. Aamin! Aku mengikuti Abang Im melangkah masuk ke dalam rumah agam ini. Besarnya rumah ni! desis hati kecilku. Macam rusa masuk kampung pun ada. Macam jakun pun ya jugak! Hahaha.. Memang, sebab berbeza benar keadaan rumah agam ini dengan rumah arwah nenek. Memang betul-betul berbeza!
Kelihatan Mak Cik Sofia dengan wajah terkejut terus meluru dan memeluk aku. Terkelip-kelip mata aku kebingungan dalam pelukannya. Aku hanya tersenyum melihat wajah gembira Mak Cik Sofia. Tak sangka, di hadapan aku kini adalah emak saudara Hanis. Abang Is dan Abang Im pantas menyalam Mak Cik Sofia. Walaupun Mak Cik Sofia bukan sesiapa kepada keluarga ini, tetapi Mak Cik Sofia telah banyak menabur jasa kerana telah menjaga abang-abang semasa belasan tahun lagi. Abang Im menganggap Mak Cik Sofia macam ahli keluarga sendiri. Sehingga sekarang Mak Cik Sofia masih menjaga makan pakai abang-abang aku. Lebih-lebih lagi, sejak kematian ibu bapaku. Itulah cerita yang aku dengar dari Nek Jah.
"Iskandar, letak saja beg-beg tu. Nanti mak cik panggilkan Pak Cik Halim untuk masukkan ke dalam bilik Suri." Abang Is hanya akur dengan kata-kata Mak Cik Sofia.
"Mak cik, Im tengok ada kereta Nash tu, kenapa dia balik awal pulak hari ini?" Soal Abang Im pelik.
"Dia cakap dia rasa tak sedap badan. Tu yang dia balik tu. "
"Teruk ke?" Soal Abang Im
"Tak, dah ok sikit lepas telan ubat tadi. Sekarang dia masih tidur.. Kamu pergilah gerak dia bangun, tak elok tidur maghrib - maghrib macam ini." Abang im mengangguk, lantas dia mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Mataku hanya mengekor melihat gerak-gerinya.
"Mak Cik Sofia, Is nak kena cepat ni. Flight berapa jam je lagi ni. Kirim salam kat atuk dengan Nash jelah ya? "
"Cepatnya, tak nak minum dulu ke? Rehat sekejap ke, Iskandar?" tanya Mak Cik Sofia dengan wajah berkerut.
"Eh, kau dah nak bertolak ke? Kan baru sampai je ni? Betul kata Mak Cik Sofia tu, kot ye pun minum lah dulu. " Ajak Abang Im yang baru muncul dari tingkat atas.
"Sorrylah Im. Memang tak sempat! Lepas ni, aku nak pergi rumah aku kejap, nak hantar kereta, then kena berkejar pula ke airport. Memang tak sempat rasanya.." Katanya sambil melirik jam di pergelangan tangan.
"Okeylah kalau macam itu. Thanks sebab teman aku ambik Suri."
"No hal, bro. Tak jadi masalah pun." Katanya seraya menepuk bahu Abang Im. Kemudiandia mengalihkan wajahnya memandang aku.
."Suri, tak sempat nak sembang dengan Suri..! Tapi takpalah. Maybe next time, right? Abang Is cuma nak cakap selamat datang ke keluarga ini. Memang ini rumah Suri. Jadi, jangan segan-segan ok? Selesakan diri." Pesannya prihatin. Aku mengukir senyuman untuknya.
"I got to go! Aku pergi dulu, Naim. Assalamualaikum!" Selepas memeluk Abang Im dan menyalami Mak Cik Sofia, dia masuk ke dalam BMW 4 Series hitam yang membawa aku ke sini. Oh! kereta dia rupanya. Ingatkan Abang Im punya. Selepas mengangkat tangan ke arah kami semua, kereta itu pun meluncur laju meninggalkan kawasan taman perumahan elit ini.
"Hah, Naim, tadi kata nak panggilkan Nashrin. Mana budaknya? Kenapa dia tak turun, tengok Suri yang baru sampai ni?" Abang Im kelihatan tersentak.
"Dia.. dia masih tidur, mak cik.." Jawab Abang Im sambil menggaru kepala.
"Ya Allah, budak ni.. apa tidur maghrib - maghrib macam ni? Tak pernah dibuat orang!" Bebel Mak Cik Sofia. Abang Im hanya mengangkat bahu.
"Mari Suri, abang tunjukkan bilik Suri?" Ujar Abang Im sambil membantu aku mengangkat beg-beg aku.
◆◆◆
"Ha, inilah bilik Suri. Kalau ada apa-apa, Suri boleh saja panggil abang atau Mak Cik Sofia, tau? Abang nak turun dulu.." Aku hanya mengangguk sambil memerhati ruang di bilik ini. Besar dan kemas. Aku terus melabuhkan punggung di birai katil. Pantas aku mencapai beg-beg yang penuh berisi dengan baju-baju aku untuk digantung di dalam almari. Aku menarik ziq dan terus ternampak album gambar yang aku tatap sebelum ke mari. Hati diserbu rasa pilu. Sekarang aku dah ada kehidupan baru, takkan boleh lagi aku melihat pemandangan hijau di kampung, takkan boleh lagi ke sungai macam dulu.. Ah, aku kena teruskan hidup juga! Abang - abang aku ada di sini, dan mereka boleh menjaga aku sekarang.
Setelah mengemas segala barang - barang yang dibawa dari kampung dan menunaikan solat fardu maghrib, aku terus turun ke bawah, untuk membantu Mak Cik Sofia menyediakan makan malam. Tak selesa pula aku nak duduk di bilik saja. Baik aku bantu Mak Cik Sofia.
"Mak cik, ada apa - apa yang Suri boleh tolong?" Soalku sambil melihat Mak Cik Sofia memasak.
"Alah, tak usahlah, duduk je diam - diam. Dah solat?." Aku mengangguk.
"Abang Im mana, mak cik?" Soalku sambil memandang sekitar ruang tamu.
"Ada ja kat atas." Balas Mak Cik Sofia. Sedang aku asyik melihat Mak Cik Sofia memasak sambil berborak kosong dengannya, muncul seorang lelaki yang wajahnya mirip sedikit dengan Abang Im menuruni tangga menuju ke arah dapur. Wajah memang mirip Abang Im, tetapi sedikit berbeza dari segi gaya rambut mereka. Pastinya ini Abang Nash. Dia membuka peti ais lalu mengambil jus oren. Dia kelihatan terkejut apabila melihat aku yang asyik memandangnya. Kemudian, dia pantas mengambil gelas dan ingin berlalu pergi. Aku memandangnya kehairanan.
"Nashrin, takkan tak nampak siapa depan ni?" Tanya Mak Cik Sofia sambil menjongketkan kening. Dia berhenti melangkah. Memandang aku sekilas, seperti mahu tak mahu sahaja.
"Nampak.." Jawabnya mendatar. Dia nampak macam tak suka aku je.. Ah! Mungkin dia tak selesa dengan orang yang dia tak kenal kot, fikirku. Cuba berfikiran positif.
"Hai.. macam ini ke cara sambut adik yang bertahun hilang, Nashrin?" Dia kelihatan tersentak seketika.
"Nash penat la makcik. Nash naik atas dulu.." ujarnya sebelum berlalu pergi. Aku memandangnya dengan terpinga-pinga. Makcik Sofia hanya menggeleng.
" Nash memang macam tu, Suri. Jangan ambik hati tau, mungkin sebab dia tak sihat."
" Takpa makcik, Suri faham." Kataku sambil tersenyum.
YOU ARE READING
Akhir Sebuah Pengorbanan
Fiksi RemajaLembaran kehidupan telah membawa Suri Athirah ke liku yang paling tajam. Dalam mencari identiti diri, dia terpaksa berhadapan dengan manusia sekeliling yang mencabar jiwanya. Namun ujian Tuhan itu hebat. -Dan akhirnya Suri Athirah yakin, ada sesua...