Bab 5

259 22 9
                                    

Dedicated to insyiirxh. Thanks sebab banyak membantu dalam chapter kali ni! ♥♥
---

LENGAN baju dilipat ke atas supaya lebih selesa. Pandangannya segera dibuang ke luar tingkap. Jelas kelihatan deretan-deretan kereta yang melalui jalan yang sibuk. Kelihatan juga bangunan-bangunan pencakar langit di sekeliling bangunan syarikat milik arwah ayahnya yang tampak megah. Sengaja dia merenung keluar. Dengan harapan mungkin hatinya sedikit tenang. Kaca mata ditanggal dan digenggam.

"Beratnya amanah ini, Ya Allah.."

Helaan nafas berat dilepaskan. Ingatannya masih segar mengingati setiap bait permintaan arwah ayahnya sebelum pergi buat selama-lamanya. Lantas kelopak matanya diurut perlahan - perkara yang selalu dia lakukan jika berasa tertekan. Seketika Naim melepaskan keluhan kasar yang entah keberapa kali. Fikirannya berserabut dengan layanan Nashrin terhadap Suri. Dia sudah buntu.

Naim sedar Nashrin memang tidak menyukai Suri sewaktu pertama kali Suri menjejakkan kaki di rumah mereka lagi. Entah apa yang berada di fikiran adik kembarnya itu, dia sendiri keliru. Serta-merta
fikiran Naim memutar kembali perbualannya dengan Nashrin beberapa hari yang lepas; ketika hari pertama Suri menjejakkan kaki ke rumah mereka.

●●●

"Who's that girl?" Tanpa memberi salam Nashrin menerjah masuk ke biliknya secara tiba-tiba. Wajah Nashrin yang sukar digambarkan ketika itu dipandang Naim tenang.

"So, kau dah jumpa dia?" Soal Naim dengan nada yang bersahaja.

Nashrin merengus.

"Bukan tu jawapan yang aku nak."

"She's our sister."

Jawab Naim sambil menutup buku. Kaca matanya ditarik. Dia memandang Nashrin sekilas.

Dia bersyukur Nashrin 'menyerangnya' ketika malam sudah menginjak ke pagi. Jadi Suri pasti sudah tidur dan tidak akan mendengar perbalahan ini. Jika dia terdengar, pasti gadis itu akan berkecil hati.

"Dia adik perempuan kita yang selama ini kita cari." Sambung Naim apabila tiada balasan dari adiknya.

Nashrin terkejut.

"But... how? How can you find her... dalam masa sesingkat ni? Kenapa aku langsung tak tahu? Kenapa kau dengan Isqandar tak beritahu aku apa-apa?!" Tanya Nashrin bertubi-tubi dengan nada yang sedikit tinggi.

"She's.."

"The point is, macam mana kau dan Isqandar.. Ahh, this is so surprising, man! Dan kenapa aku tak tahu apa-apa? Tup-tup, kau bawak dia balik dan kata dia adik kita?! Wow... wow... are you guys kidding me? Not a freaking funny joke la wei." Kata Nashrin bengang.

Naim mengeluh.

"Budak perempuan yang ada dalam rumah kita sekarang ni, memang adik kita, Nashrin Izhan."

Nashrin tersenyum sinis dan menggeleng.

"Look, aku tahu arwah ayah ada cakap pasal hal ni sebelum dia meninggal. Soal anak perempuan dia yang hilang.. and so on. But this is so weird. I feel weird. Everything. Is. Weird. Kenapa kau tak bagitahu aku pasal hal sepenting ni? Yang selama ni kau dan Isqandar cari dia? Kenapa nak rahsiakan semuanya daripada aku?! Kenapa? Why? Am I just a wall in this house, Izham? Am I?"

Naim sudah berdiri. Dia mengeluh.

"So, sebab ini yang kau nak marah sangat? Can you just accept it? Mudahkan urusan yang senang ni? Please, don't make it worse, Nash. I beg you. Aku tak beritahu selama ni sebab..."

"Sebab kau nak buktikan kat semua orang kaulah manusia yang paling berguna kan?"

Naim tersentak. Dia fikir Nashrin sudah berubah namun ternyata jangkaannya meleset sama sekali. Dia silap. Di hadapannya ini masih lagi Nashrin Izhan yang dulu. Ternyata peristiwa itu tidak sedikit pun mampu mengubah sikap Nashrin.

"Aku tak kisah apa yang kau nak cakap pasal aku, Nash. Yang pasti aku dah bawa balik Suri seperti yang arwah ayah nak. And one more thing, Nash. How can I tell you? Waktu tu, setiap hari kau hanya berkurung dalam bilik. Dengan keadaan kau macam tu, macam mana aku nak beritahu kau pasal semua ni?"

Wajah Nashrin berubah. Dia terdiam.

Lantas laju dia menuju ke arah pintu lalu dikuaknya dan ditutup dengan kuat.

Naim menggeleng. Sungguh dia kesal dengan sikap Nashrin yang hanya mengikut perasaan. Pagi tadi, Nashrin tidak ikut serta ketika bersarapan pagi. Dia juga lihat perubahan wajah Suri, yang tampak tidak selesa dengan keadaan itu. Walhal dia kenal benar dengan adiknya yang tidak pernah sesekali meninggalkan sarapan di meja makan. Nashrin lebih memilih untuk makan di luar. Pelbagai soalan dari Makcik Sofia, hanya gelengan sebagai balasan. Naim memicit dahi. Dia tahu keadaan sekarang semakin sukar.

"Ehem.. Encik Naim!" Naim tersentak dengan teguran itu. Kelihatan setiausahanya, Jannah yang tampak seperti serba salah. Belum sempat dia hendak membuka mulut, Jannah terlebih dahulu bersuara.

"Err, saya dah ketuk pintu dah berapa kali tapi.."

"So ada apa, Jannah?" Kini Naim pula memotong. Dia tidak mempunyai mood sekarang.

"Oh ya em.. sekejap lagi, kita ada mesyuarat dengan Megah Holdings pada pukul 3." Jawab Jannah sedikit tergagap. Dia sedikit pelik dengan wajah tuannya itu. Selama dia bekerja di sini, belum lagi dia melihat wajah bosnya yang tampak sedikit bermasalah itu.

"Megah Holdings?"

Jannah mengangguk.

"Okey. Kalau tak ada apa-apa, awak boleh keluar." Jannah mengangguk sekali lagi dan berlalu.

Naim menghela nafas. Sungguh fokusnya hilang hari ini. Sebab apa? Sebab Nashrin. Sebab Suri. Sebab sebuahnya amanah dari ayah. Dia mengeluh dan memicit dahi.

Akhir Sebuah PengorbananWhere stories live. Discover now