Bab 4 - Aduhai Hati

1.9K 38 0
                                    


Naazneen tidak tahu ke mana hendak dihayun kakinya. Sudah dirancang sejak semalam dia akan menginap di hotel murah sahaja. Tetapi setelah bergegas keluar dari bilik mesyuarat tadi, kaki Naazneen bagai mahu rebah. Tidak pernah dia duga Arayn tidak akan mengenalinya. Apa yang terjadi kepada Arayn? Kenapa dia semacam tidak mengenali Naazneen pun? Dia dihalau tanpa penjelasan. Tanpa usul periksa. Sampai hati, Arayn.

Seketika, Naazneen terduduk di anak tangga menghampiri pintu ke tingkat 41. Di situ, dia mengesak tangisnya. Meluahkan kepahitan yang menghempap diri. Dia ingatkan kehilangan Arayn dua bulan lepas adalah detik paling pahit dalam hidupnya. Rupa-rupanya, hari ini adalah yang terburuk dalam sejarah hidup Naazneen.

"Cik Naazneen..." Dian terkejut melihat Naazneen menangis di sudut tangga itu. "Puas saya cari cik." Dia lega. Tetapi, apa yang berlaku? "Cik, kenapa?"

Dian hairan. Entah-entah Naazneen dah berjumpa dengan Tuan Arayn. Kalau begitu, tak hairanlah kalau Naazneen menangis begini.

"Cik..."

"Kenapa Arayn begitu? Kenapa Arayn tak kenal saya? Kenapa dia berubah?" raung Naazneen tak fasal-fasal. Tangan Dian digoncang-goncang.

Alahai Cik Naazneen. Awak tak tahu Tuan Arayn tu hati batu. Playboy. Suka permainkan perempuan. Awak bukan seorang saja perempuan yang pernah menangis kerana dia.

"Cik, kumbang bukan seekor..."

"Saya tak nak kumbang. Saya nak Arayn."

Alahhh, sempat pula Cik Naazneen ni loyar buruk. Orang nak bagi nasihat jer. Tu pun nak sentap ke?

"Saya tak boleh balik tanpa tahu sebabnya. Apa harus saya buat?" Naazneen menambah.

"Sebab apa?"

"Sebab apa-apalah." Kelat suara Naazneen meneka. Ya, dia tak peduli apa pun sebabnya Arayn bertindak sepeti itu. Dia hanya mahu penjelasan Arayn. Tidak wajar ke dia dilayan baik-baik, setelah berjam-jam berada dalam perjalanan?

Dian garu kepala yang berlitup tudung. Hairan, soalan dijawab soalan. Tidak faham hujung pangkal.

"Cik..."

Tak sempat Dian memujuk, Naazneen bingkas berdiri. Tubuh Dian dipeluknya. Naazneen menangis di bahu Dian. Perempuan yang tidak dikenalinya langsung.

"Kalau cik menangis sini sebab bos saya tu, takda gunanya, cik. Buang air dalam badan. Cik ni dah lah kurus kering. Macam kekurangan air jer. Kasihan saya tengok."

Naazneen angkat muka. Tangisannya terhenti mendengar mulut celupar takda insurans depan mata tu.

"Apa kata cik ikut saya ke pantry. Saya bancuhkan air. Cik minum dulu banyak-banyak. Lepas tu, sambunglah nangis lagi kalau nak juga."

Sengal betullah Dian ni. Kasihan pula Naazneen yang menurut membabi buta. Tangannya ditarik dan dipimpin Dian. Sebenarnya, Naazneen memang perlukan air. Juga makanan. Perut memulas terus apabila mendengar Dian melalut sebegitu sehingga tak sedar waktu sudah menginjak makan tengahari pula.

*****

Mata Arayn dan Helmie masih menumpu kepada kad gold di tangan Helmie.

"Aku rasalah mesti dalam tempoh dua minggu kau hilang ingatan tu, salah satu perkara yang kau buat ialah berkahwin."

Pantas, Arayn geleng laju. Mukanya jadi cuak.

"Tidak. Cuba fikir betul-betul. Kau rasa aku pergi Kuching hari tu, ada tanda-tanda aku nak kahwin ke? Lagipun, kalau aku dah kahwin, takkanlah aku tak ingat. Bukan ke kau yang cakap hari perkahwinan tu adalah hari paling bahagia seorang lelaki. So, kalau betul aku dah kahwin, takkanlah aku tak ingat. Tak logik, kan."

TANGKAP MUAT PUNYA FASALWhere stories live. Discover now