Bab 5 - Sabarlah Duhai Jiwa

2.5K 65 27
                                    


Arayn dan Naazneen sudah jadi macam kipas kudung pula. Lari sana sini dalam bilik pejabat yang luas. Sorok di belakang kabinet fail, masih nampak badan. Nak sorok di belakang sofa, sofa pejabat Arayn jenis single. Tak ada yang panjang-panjang.

"Ha, bawah meja," arah Arayn tiba-tiba. Buntang mata Naazneen. Laju dia geleng.

"Lahhh, cepatlah."

"Tak naklah bawah meja." Naazneen protes. Mukanya cemberut.

"Apasal pula?"

"Nanti ada lipas ke, semut ke, nyamuk ke? Saya tak sukalah, awak."

Alahai, meleret jer perkataan 'awak' tu keluar dari mulut Naazneen. Berdiri bulu tengkuk Arayn tiba-tiba. Macam kena renjatan elektrik pula. Bukannya tidak suka. Hati lelaki ni rasa lain macam. Rasa nak terbang ke awang-awang. Rasa nak petik-petik bintang. Alahai...harap Naazneen taklah kerap sebut macam tu. Boleh cair hati kental Arayn nanti.

"Manalah ada serangga dalam bilik air cond ni. Kalau ada pun, nanti bagi tahu saya. Biar saya pecat kontraktor pest control tu," rungut Arayn tak pasal-pasal.

Melihat Naazneen tidak terkutik dan pintu utama bilik pejabatnya bergegar-gegar, Arayn pantas merentap tangan Naazneen. Zuppp! Sekali lagi kena renjatan elektrik. Jantung berdegup kencang giler. Tetiba pula tu. Kuat Arayn, kuatkan semangat. Macamlah kau tak pernah pegang perempuan sebelum ni.

Ditolak segala rasa yang berdetak di hati, dibawa tubuh Naazneen ke mejanya dan diarah masuk. Walau keberatan, Naazneen tunduk juga. Memeriksa ruang sempit di bawah meja antara kerusi Arayn. Bimbang kalau-kalau kulitnya yang putih mulus gebu tu kena cium oleh serangga pula.

Bukanlah dia risau tak lawa, dia tak kisah pun. Tapi, kulitnya sangat allergic. Terutama kepada gigitan serangga. Kulit akan merah, gatal dan membengkak. Kalau digaru, akan jadi ruam. Badan akan panas dan dia akan demam. Hish! Tak boleh jatuh sakit dalam tempoh dua hari ni. Tak boleh.

Lantas, dia cuba membantah. Tetapi belum sempat dia berdiri, kepalanya disentuh Arayn dan ditolak masuk ke bawah meja. Saat itu jugalah pintu bilik pejabat dikuak selebar-lebarnya.

Arayn lekas-lekas duduk di kerusinya. Kaki dibawa merapat. Sehingga boleh dia rasa tangan Naazneen menolak-nolak kakinya. Tapi dia berusaha untuk tenang. Berusaha fokus kepada meja. Sepantas kilat, dia rembat fail biru di sisi meja dan bawa ke depannya. Menekuni fail itu, buta-buta.

Dupp...duppp...duppp. Jantung Arayn dan Naazneen berentak sama. Selesai bertekak dengan Helmie di muka pintu, Liyana yang berpakaian serba merah garang mengatur langkah seperti harimau belang mahu menerkam mangsanya. Cermin mata tebal yang bertenggek di batang hidung ditolak sekali lagi. Diperhati Arayn yang macam kucing kena siram air. Kecut dan takut. Tunduk.

Sah! Memang ada buat salahlah tu. Kalau tak, takkan menikus tak tentu fasal.

Liyana bertepuk tangan. Melangkah sehingga ke depan Arayn dengan sorakan. Arayn yang bimbang, perlahan-lahan mengangkat muka. Berlagak selamba. Setenang langit yang biru tanpa awan.

Selesai bersorak, Liyana peluk tubuh. "Tahniah Rayn, Aku dengar kau menang loteri hari ni."

Arayn ketap gigi. Berdesup-desup nampaknya berita tu sampai ke pengetahuan Liyana. Dalam tak sampai dua jam, Liyana sudah berada di situ. Arayn sempat pandang Helmie yang menyandar di daun pintu. Helmie memberikankan ucapan good luck dengan isyarat bibir sahaja. Setelah menutup pintu rapat-rapat.

Nasib kaulah Arayn. Kan dah kata, Liyana punya informer berlambak dalam KL ni. Kalau bukan dari Tizz, pasti ada spy di kalangan lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat tadi. Mungkin sebab tu lah agaknya Helmie pun tak berani buat dajal di belakang Liyana. Boleh merempat tepi jalan kalau tersalah langkah.

TANGKAP MUAT PUNYA FASALWhere stories live. Discover now