Bab 6 : Sakit

847 13 0
                                    


Puas Arayn membantah, puas juga Naazneen menggeleng tetapi Helmie sudah buat panggilan intercom direct kepada Jasmin yang pejabatnya terletak di tingkat 5 bangunan yang sama. Sementelah Naazneen tidak tertahankan. Sakit di perut luar biasa peritnya. Belum pernah dia alami sebelum ini. Bukanlah kuat sangat Arayn tendang dia tadi. Naazneen pernah kena tendang lebih kuat daripada itu. Namun, tidaklah sesakit yang dirasai kala itu.

Dia mahu menjerit. Mahu meraung. Tapi kerana Arayn, dia harus kuat. Di depan Liyana, dia harus tabah. Di depan Helmie, dia harus sabar. Lantas, walaupun duduk di sofa kecil, tubuhnya mencengkung juga. Menyembunyikan muka yang berkerut seribu.

Arayn resah tak sudah. Belum selesai dengan Liyana, perang ke dua dengan Jasmin pula. Bukanlah Jasmin tu kejam sangat. Jasmin sangat berbeza berbanding Liyana. Kerana perbezaan itulah, sukar bagi Arayn menduga persepsi kakak yang setahun beza umur dengannya.

Dalam masa yang sama, bimbang pula melihat Naazneen yang membisu, menggenggam sakitnya. Jauh di lubuk hati dia kagum dengan gadis itu. Tidak pernah dia bertemu dengan gadis yang cekal. Yang tak mahu kalah. Yang tidak mahu rebah.

"Siapa yang sakit?" Jasmin muncul di muka pintu yang sudah dibuka oleh Helmi dengan pakaian formalnya.

"Arayn, kau sakit?" risau terpampar di wajahnya.

Arayn menuding kepada Naazneen yang berpegang tangan dengan Liyana. Berkerut muka Jasmin.

"Siapa pula perempuan ni? Awek baru pula. Bilalah kau nak bawa calon isteri?" Sempat Jasmin merungut seraya menghampiri Naazneen. Hanya kala itu barulah dia menyedari Liyana dan Helmie turut berada di situ. Jasmin terpaku.

"Ehhh, apa kamu berdua buat di sini?

Arayn raup-raup muka yang sedikit berjambang. Memang dia tidak suka wajah yang bersih. Sengaja dia biarkan bulu-bulu pendek tumbuh di muka. Makin dia gosok, makin banyak peluh pula yang keluar. Iskkk! Tahulah bukan kerana dia lewat seminggu bercukur, tapi mesti kerana bom yang bakal meletus di tengah-tengah ruang pejabatnya itu.

"Tak payahlah tanya dulu. Buat kerja kau. Ni ha, Naazneen tengah sakit perut. Kau kan pakar, tengokkanlah."

Liyana tarik tangan Jasmin sehingga berada di depan Naazneen. Naazneen cuba untuk tidak memandang Jasmin. Cuba untuk tidak berasa gentar. Cuba juga untuk berlagak tenang. Tetapi tubuhnya seram sejuk.

Jasmin keluarkan stetoskop dari saku uniform putihnya. Peti putih kecil yang selalu dibawa merata-rata, dibuka lebar-lebar. Semua keperluan ada di situ. Hanya setelah bersedia, barulah dia sempat menilik wajah Naazneen. Dia terkesima sejenak.

"Wow, cantik pula gadis ni. Siapa nama?"

"Naazneen." Naazneen tidak buka mulut pun. Liyana, Helmie dan Arayn yang serentak bersuara.

"Ha, secantik orangnya. Padan dengan nama," puji Jasmin sambil memeriksa nadi Naazneen.

Naazneen tengah berperang dalam dada. Macam mana nak tenangkan debarannya? Macam mana kalau-kalau Jasmin tersalah sukat degupan jantungnya? Pasti nadinya pun kencang, sekencang-kencangnya.

"Okey, selak baju."

Arahan Jasmin membuat Naazneen sentak. Dalam gelabah itu kelopak matanya naik bertembung dengan Arayn. Pantas, Arayn berpusing. Membelakanginya. Helmie yang ralit dengan telefon bimbitnya, juga dipaksa berpusing oleh Arayn.

Takkanlah dia biarkan orang lain tengok Naazneen, kan? Walaupun Naazneen tak berpakaian seksi seperti Tizz, tapi dia tahu kulit Naazneen sangat mulus. Seperti mana kakinya yang terdedah dan tampak menggoda itu. Oppsss! Ke situ pula matanya merayap, ya?

TANGKAP MUAT PUNYA FASALWhere stories live. Discover now