Bab 8 - Anything you want

809 10 0
                                    


Belum sempat Arayn tutup pintu bilik, Helmie punya menyanggah. Masuk dengan sengihan yang teramat lebarnya. Tetapi Arayn biarkan sahaja. Pada masa itu juga Dian lalu bersama beberapa rakan sekerjanya yang lain. Cepat-cepat Arayn menyergah.

"Dian."

Dian berpaling dan berasa kecut apabila disergah majikannya itu. Apalah pula yang dia nak? Takkanlah nak marah pula kerana kecuaian dia? Bukannya dia tahu pun yang Naazneen terlepas sampai tingkat 42 tadi. Dalam seram-seram suku tu pun dia menapak juga ke muka pintu di mana Arayn sedang menanti.

"Bila Syafikah balik?"

Dian jongket bahu. Nama setiausaha yang sedang bercuti itu dicari lagi. Manalah dia tahu?

"Saya tak peduli dia balik ke tidak. Saya nak simcard telefon saya yang lama tu. Apasal susah sangat nak ganti baru? Korang tak buat kerja ke?" soal Arayn. Sudah hilang sabar.

"Tapi tuan, tu kan nombor peribadi tuan. Memang susahlah kalau orang lain yang berurusan..." ayat akhir itu dikemam-kemam Dian. Sudah puas dia berurusan dengan syarikat telekomunikasi itu tetapi macam-macam kerenah yang dia kena layan.

"Kan saya dah bagi authorized letter kat kamu. Pergi dapatkan simcard baru saya hari ini juga. Atau esok kamu jangan masuk ofis selagi tak bawa balik simcard baru untuk saya. Saya nak nombor lama saya tu juga."

Ya, dia perlukan nombor itu. Untuk Naazneen. Kasihan Naazneen. Pasti selama dua bulan ini dia selalu mendail nombor itu. Telefonnya hilang bersama-sama simcard lama itu sebaik sahaja dia sedar di hospital.

Belum sempat lagi Dian menjawab, pintu bilik majikannya dihempas. Betul-betul di mukanya. Geram betullah bos seorang ini. Cakap tak pernah elok-elok. Mahunya tak pernah sabar-sabar. Hish! Kenapalah Naazneen boleh terhegeh-hegeh dengan lelaki macam tu? Sudahlah buaya tak reti pula nak hormat orang.

Arayn kembali ke sofa di mana Naazneen duduk selama sejam tadi. Masih terasa panasnya sofa itu. Masih terbau-bau haruman Naazneen sebentar tadi. Semuanya membuat Arayn tak senang duduk. Kepalanya dilentokkan di bahu sofa. Kakinya sengaja menjuntai dari tepi. Dia pejam mata. Seluruh badannya seakan melayang-layang. Seulas bibir Naazneen yang tersipu-sipu tadi, mengetuk-ngetuk hatinya.

"Hoi! Toksahlah nak gila bayang pula. Dia baru jer blah. Kau dah macam kucing hilang anak."

Tangan Arayn ditepis Helmie yang duduk di sebelahnya. Anak? Sebut tentang anak itu membuat Arayn duduk tegak. Dia ramas-ramas tengkuk. Fikirannya jauh kepada Mama. Mama impikan cucu. Sudah lama Mama tiada seorang cucu pun. Baik daripada Liyana mahupun daripada Jasmin. Mama pasti suka hati kalau tahu Arayn ada anak sekarang. Tanpa sedar, Arayn senyum lebar. Selebar-lebarnya.

"Apasal?"

"Kau akan jealous kalau aku cakap." Arayn jungkit-jungkit kening. Wajahnya berseri-seri.

"Apa dia, cakap jerlah."

Arayn tetap senyum juga. Senyuman yang mendebarkan Helmie. Tidak pernah Arayn senyum sebegitu rupa. Bahagia sungguh pula rasanya.

"Wait. Biar aku teka." Kali ini Helmie dekatkan muka kepada Arayn. Juga menjogetkan kening. "Naazneen tinggal dengan kau malam ni?"

Berkerut wajah Arayn sejenak. Lambat-lambat, dia angguk juga.

"Iskk! Bolehlah kau penyek dia malam ni." Helmie senyum lebar.

Mati senyuman Arayn. Tak pasal-pasal ke situ pula. Apa dia ingat Arayn main tangkap muat aje nak langsaikan hutang nafsunya? "Hish kau ni. Otak tu...sama dengan mulut ajelah. Takde kerja aku nak penyek dia pula."

TANGKAP MUAT PUNYA FASALWhere stories live. Discover now