Bab 7 : Cinta 3 hari

904 12 2
                                    

Sekerlipan, senyuman Liyana mati. Bibirnya terherot-herot sesaat dua. "Maksud awak sekarang korang kahwin tiga hari barulah Arayn hilang?" Liyana sedang berfikir sesuatu.

Naazneen geleng. Ketika semua memandangnya, Naazneen tahu dia harus jelaskan semuanya.

"Tak. Saya dan Arayn berkenalan selama 3 hari tu jer. Masuk hari ke 3 kami kahwin petang tu. Malam tu yang Arayn keluar dan tak balik-balik." Naazneen menjelaskan kekeliruan sedikit. Dia hanya kenal Arayn untuk tiga hari sahaja. Apa yang berlaku 11 hari lagi tu, dia memang tidak tahu. Tiada clue langsung. Arayn tidak pernah bercakap soal kerjanya. Hanya hal peribadi sahaja yang selalu digembar-gemburkan Arayn. Mungkin, dia tidak sabar-sabar mahu memperkenalkan Naazneen kepada keluarganya.

"Bila tu?" Jasmin keliru. Arayn berdiri di belakang Jasmin. Menanti juga.

"12hb. Petang. Kira-kira kul 4." Ya, manalah Naazneen lupa tarikh mereka bernikah dan tarikh itu jugalah mereka berpisah.

"Sekejap..." Liyana bangun. Cermin matanya jatuh lagi. Terasa mengganggu pula tetapi dia betulkan segera. Dalam masa yang sama, dia terfikir sesuatu. Dia kemudiannya merenung Arayn dan Naazneen bersilih ganti.

"Hari yang sama tu, korang nikah dan Arayn hilang?"

Naazneen angguk.

"Korang sempat pula 'buat' baby."

Gulppp...Arayn tampar-tampar pipi. Harap-haraplah semua ni hanya mimpi. Mana lagilah nak sorok muka. Naazneen menguis-nguis karpet lantai bilik pejabat Arayn. Tak patutlah mereka tanya soalan dan buat kesimpulan terang-terang macam tu. Takleh sorok-sorok ke, pendam-pendam ke, tak pun buatlah mesyuarat tingkap yang mereka pasti selalu buat tu. Tak fasal-fasal hal kelambu orang pun nak sibuk. Nyampah!

"Interesting," ulas Liyana. Jasmin tersengih.

Arayn bukan bodoh kalau dia ukur garis masa, selepas nikah dan sebelum dia hilang, mereka ada masa selama enam jam bergelar suami isteri. Tu lah tu yang Liyana dan Jasmin macam kera di hutan dapat pisang. Hemmm, nasib baiklah Helmie ada di luar pejabat. Kalau di situ juga, boleh berdengkang-dengkung bunyinya mengekek. Boleh dibayangkan oleh Arayn.

Rasanya sudah lama Liyana dan Jasmin menyibuk dan mengusik. Urusan Arayn dan Naazneen banyak yang belum selesai. Baik mereka berbincang empat mata sahaja tanpa melibatkan komen-komen pelbagai rasa itu dulu. Arayn belum bersedia menghadapi semuanya.

Dengan lagak machonya, dia melangkah ke muka pintu. Sudah tiba masanya dia bertindak. Mengambil keputusan ke atas bahunya sendiri. Tanpa melibatkan campur tangan adik-beradiknya itu.

"Dahlah tu, korang berdua boleh balik sebab Rayn banyak kerja nak buat ni," katanya. Dalam erti kata lain, menghalau kedua-dua kakaknya itu.

Naazneen yang kalut. Dia belum selesai dengan Arayn. Apatah lagi apabila soal anak itu menerjah akalnya. Macam mana nak buat? Apa yang harus dia buat? Mulanya tadi, dia sudah bersedia untuk tinggalkan Arayn dan balik ke Kuching seperti yang dirancang awal-awal lagi. Tapi sekarang...? Bagaimana kalau bapa saudaranya itu mengamuk? Bagaimana pula kalau jiran tetangga yang tidak tahu dia telah berkahwin melihat perutnya yang memboroi setiap waktu? Bukan boleh sorok-sorok.

Jasmin tidak berganjak. Liyana juga. Bahkan seorang peluk tubuh dan seorang pula duduk di sebelah Naazneen. "Alahhh, kami belum puas tanya soalan lagi dengan adik ipar kami ni."

Arayn tidak mahu menambahkan tekanan dalam emosi dan fikirannya. "Dia akan jadi adik ipar kamu berdua setelah dia jadi isteri Rayn," tekan Arayn, sangat tertekan.

TANGKAP MUAT PUNYA FASALWhere stories live. Discover now