Bab 3 - Seandainyalah Begitu?

2K 43 0
                                    


Tizz Hartini menggumpal-gumpal rambutnya. Dibelek seketika di balik dinding kaca yang menyaksikan pemandangan sebahagian besar bandaraya ternama Kuala Lumpur. Di ketinggian 43 tingkat, dia berasa belum cukup puas. Bangunan yang bakal dibina nanti adalah dua kali tingginya daripada Strength Hill Group.

Dari arca kaca itu terbias juga satu-satunya lelaki yang menjadi penghalang antara dia dengan projek bernilai jutaan ribu itu. Selesai melaram diri agar tampak kian cantik, Tizz berpusing menghadap Arayn Arfan.

Arayn menyandar lemah di kerusi megahnya. Kepala melentok di atas bahu kerusi. Kedua-dua telapak tangannya menindan mata. Terletak kemas di atas dahi. Fikirannya kacau. Emosinya bilau.

"Darling, you tak perlu pening kepala kerana perempuan tu. Just forget it." Tizz mengatur langkah. Kini, berada di belakang kerusi Arayn yang sedang memejam mata serapat-rapatnya. Tanpa berlengah, dia letak jemarinya di pelipis Arayn. Mengurut konon.

Arayn tersentak.

"Tizz!"

"What? I cuma nak kurangkan sakit kepala you."

"Kalau you nak I agar tak sakit kepala, baik you balik. Just leave me alone." Arayn bangkit. Beredar ke sudut empat sofa kecil di depan pintu bilik pejabatnya. Meninggalkan Tizz yang kelihatan hampa.

Tizz tidak mengalah. Tidak mungkin dia berundur dan bagi ruang kepada perempuan berambut panjang tadi masuk dalam hidup Arayn. Dari raut muka dan tingkah Arayn, pasti ada sesuatu yang dirahsiakan lelaki pujaan hatinya itu.

Tizz segera ambil tempat duduk Arayn dan menongkah dagunya dengan sebelah tangan. Mengamati Arayn yang keresahan. Kepala lelaki itu memandang siling.

"Don't you tell me that you knew her?"

"I tak kenal dia. Sumpah!" Arayn rimas.

"Lelaki selalu pandai bersumpah."

"Don't start. I'm not in the mood."

Arayn pusing. Serabut. Tidak cukup dengan Tizz, sekarang datang seorang lagi perempuan yang tidak dikenalinya. Mendakwa dia sebagai suami? Biar betul? Bila masa pula Arayn kahwin? Dia sendiri pun tak tahu. Mesti ada udang di sebalik mee agaknya.

"Kenapa you bengang dengan I? Sepatutnya I yang marah-marah. I yang mengamuk sekarang ni. Entah perempuan mana pula datangnya tu. Muncul depan I dan cakap you tu suami dia. Peleeeslah."

Satu badan Tizz rasa panas. Mengenangkan muka Naazneen tadi, hatinya pula terbakar. Sudahlah muka perasan lawa. Hish! Kalau ada lesung tadi, memang dia tumbuk-tumbuk sampai lumat. Lesung? Heyyy, blender lagi elok. Sekali pusing saja.

Arayn tersengih lama. Dia makin suka pula tengok Tizz marah-marah gitu. "Kalau I jadi suami dia pun, kenapa you nak marah?" soalnya, menguji.

"Arayn..."

"Tizz, I dah cakap. You tak perlu tunggu I. I tak mahu you terus mengharap. Antara kita memang tak serasi. Tak ada masa depan." Kali ini, Arayn serius. Dia tidak pernah berjanji. Tidak pernah terfikir soal kahwin. Bukan dengan Tizz. Bukan dengan mana-mana perempuan pun. Terutamanya perempuan yang tidak dikenali langsung. Dia sudah lama 'berkahwin' dengan kerjanya. Seperti yang selalu disebut-sebut tiga wanita hebat dalam hidupnya itu.

Tizz memeluk tubuh sendiri. Menayang muka geram. Ulasan Arayn menyakitkan hatinya. "What? Now siapa pula yang mulakan?"

Arayn tutup mulut. Dia tidak suka bertekak. Malas nak layan Tizz. Anginnya selalu jadi taufan tanpa sebarang amaran.

"Dua tahun I setia bersama you. Ke mana saja you pergi I ikut. Kali terakhir I ikut kemahuan you, I tinggalkan you seorang diri di Kuching. Tengok apa yang jadi?" sambung Tizz. Geram. Dia patut geram. Luka. Dia memang terluka. Arayn tak pernah faham hati seorang perempuan.

TANGKAP MUAT PUNYA FASALWhere stories live. Discover now