Bab 10 - Boommm!

740 10 0
                                    


Arayn ramas-ramas rambut sendiri sebelum meraup wajahnya. Kedua-dua telapak tangan singgah menekan muka. Menongkah kepala yang bagaikan sarat dengan satu perkara. Yakni Naazneen.

Apa yang harus dia lakukan terhadap Naazneen? Di sofa kecil itu Arayn tunduk. Siku di atas paha dan telapak tangan terletak di kedua-dua pipi. Akalnya terbang jauh. Memikirkan jalan keluar.

Orang lain mungkin nampak semuanya mudah. Terima sajalah Naazneen sebagai isteri. Lagipun, dia mengandung. Anak Arayn pula tu. Pewaris empayar Strenght Hill Group. Tetapi... kalaulah semuanya semudah itu?

Apa kata Mama nanti? Boleh ke Naazneen berdiri di sampingnya di khalayak umum? Mereka tidak sama tinggi. Pasti duduk pun tidak sama rendah. Macam mana kalau-kalau dunia Arayn bukanlah seperti yang diimpikan Naazneen?

Ohhh Arayn...kau harus ingat kenapa kau kahwin dengan Naazneen. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Itu sahaja persoalan yang bergaung sedari tadi. Perempuan yang diakui sebagai isteri itu masih banyak kelonggarannya. Buktinya tidak lengkap. Bukti yang ada semuanya milik Arayn. Tiada satu pun tentang Naazneen yang ada pada diri Arayn. Nasib baiklah, Naazneen sangat-sangat cantik orangnya. Ada aura penariknya. Macam pelaris juga.

Dan sekarang gadis itu di rumahnya. Di atas sana. Teringat itu, Arayn mengeluarkan telefon bimbitnya. Laman sesawang dibuka sebelum menaip url cctv miliknya. Sebaik sahaja password dimasukkan 8 kamera dalam penthousenya terpapar di skrin telefon Sony Xperia Z4 yang baru dibeli menggantikan telefon lama yang hilang.

Melihat kelibat ketiga-tiga perempuan di ruang tidurnya, Arayn gemuruh tak tentu fasal. Apatah lagi setelah Liyana duduk di katil yang menjadi ketidak selesaannya.

Arayn segera berlalu ke mejanya. Mahu sahaja menelefon Liyana dan suruhnya turun jauh-jauh dari ruang tidur itu. Saat itu, semacam sampai pula niatnya. Liyana dan Jasmin telah pun bergegasan ke ruang bawah. Anak mata menumpu kepada Naazneen yang ditinggalkan seorang diri.

Ketika Naazneen landing punya baik di atas katil, Arayn rasa macam nak marah. Macam nak tarik-tarik sahaja rambut panjang Naazneen yang menjadi kegilaannya sejak pertama kali bertentang mata tadi.

Tak semena-mena, Naazneen berguling-guling. Bantal diterkap-terkap ke muka. Kemudian dibawa kepelukan. Bersama senyuman itu, Naazneen memandang siling. Terpaku terus ke paparan skrin telefon Arayn. Menjentik rasa dalam hati Arayn. Lalu, jarinya ligat membesarkan skrin. Sehingga seraut wajah Naazneen yang tersenyum, menguis senyuman yang sama di bibirnya.

Aduhai Naazneen, senyumanmu itu memukau. Menggegar sukma. Menjadikan jiwa lelakinya kacau. Nafsunya mendadak-dadak. Susah betullah hendak menolak Naazneen.

Bantal oh bantal...tak lepaslah bantal itu dalam pelukan. Eikkk, peluk bantal saja ke Arayn? Macam terdengar-dengar suara Helmie pula di sebelahnya. Arayn kalut tak semena-mena. Dipandang sekitar pejabatnya. Dia seorang diri. Lantas dia ketuk kepala, senyum seraya membawa skrin itu ke depan mukanya. Matanya terarah ke pintu sejenak. Memastikan tiada yang mengintai dia. Sebelum pipi Naazneen dicium... laju. Alahai... Arayn senyum. Gila... dia sudah gila.

*****

Hampir sahaja Naazneen terlena ketika berbaring di katil Arayn yang besar itu. Puas dia guling-guling. Berangan sakan. Pusing-pusing pun tak risau jatuh. Naazneen sembunyikan senyuman kecil. Teringat betapa lasaknya Arayn ketika di katil. Memang tak hairan kalau dia ada katil yang besar seperti itu.

"Amboi senyum sorang-sorang. Ingat sesuatu ke?"

Hish! Rupa-rupanya ada juga yang mengendap dia. Liyana kembali di hujung tangga.

"Toksah nak berangan bantal tu ialah Rayn. Malam nanti peluk oranya jer terus."

Serta-merta, bantal ditolak jauh. Dia bangkit, kalut. Mukanya tetap merah. Sabar ajelah Naaz, dah nasib awak dapat kakak ipar yang mulut laser. Tebal-tebalkanlah muka tu ya.

"Jom makan. Awak tak kisah kan makan nasi ayam KFC? Tu jer ada seberang jalan. Nasib baik Pak Teh sudi belikan."

"Pak Teh? Siapa Pak Teh?"

"Security guard yang jaga lif ke tingkat ni. Dia jer yang boleh turun naik lift selain daripada Arayn dan lembaga pengarah yang tinggal di tingkat bawah."

"Bawah? Maksud Kak Liya tingkat 44?"

Liyana angguk sambil mereka menuruni anak tangga ke ruang tamu sebelum ke dapur. "Tak usah panggil Kak Liya. Gelilah pula. Rasa macam tak mesra. Rasa macam tua sangat pula."

"Habis tu, panggil apa?" Naazneen sekadar berbahasa sebenarnya.

"Panggil Liya dan dia Jas. Macam Arayn panggil kami. Kau, kau. Aku, aku."

Jasmin sedang mengeluarkan pinggan dari kabinet bawah meja mereka duduk. Naazneen duduk di sebelah Liyana manakala Jasmin di depan mereka, di bahagian dalam dapur. Dapur juga berlatarkan warna putih kebanyakan termasuklah bangku yang mereka duduki. Ruang dapur itu terletak di antara ruang tamu dan bilik pakaian sebelum ke bilik air di hujung sekali. Terdapat juga sebuah bilik air di bawah tangga ruang tidur Arayn.

"Awak kena makan sikit dulu. Lepas tu nanti awak akan muntah. Lepas dah muntah, baru makan lagi. Tau?"

Naazneen angguk. Jasmin kan puan doktor. Tentu sahaja dia tahu apa yang terbaik untuk Naazneen.

"Nanti malam aku balik dari klinik di tingkat 5, aku suruh Pak Teh hantar ubat untuk awak. Jangan lupa makan ubat pula. Sini, aku kasi dua biji dulu."

Terkebil-kebil Naazneen memandang ubat yang diberikan Jasmin dalam peket kecil di sebelah pinggan ayamnya. Rancak Liyana dan Jasmin mengunyah ayam dalam mulut. Malah, Liyana sendiri pun tak terkeluar perkataan yang mahu diungkapkan. Namun, fikirannya sama dengan Naazneen.

"Gelojoh betullah. Boleh tak kau makan dulu baru cakap?" sergah Jasmin sambil menuang pepsi ke dalam cawan untuk mereka bertiga.

Liyana telan baki makanan dalam mulut sebelum mengambil peket ubat dan tunjuk kepada Jasmin.

"Selamat ke Naaz makan ubat ni?" soal Liyana, bagi pihak Naazneen. Sesudu nasi masuk ke mulut Naazneen. Namun, rasanya hambar di anak tekak.

"Apa pasal pula yang tak selamatnya?"

"Iyalah, kan effect kat baby nanti."

Serta-merta Jasmin ketawa. Siap tepuk-tepuk meja pula tu. Cutelah pula. Naazneen dan Liyana berpandangan sesama sendiri.

"Wei! Apa yang lucunya?" Secebis ketul tulang yang telah dimamah rakus oleh Liyana, melayang ke muka Jasmin. Jasmin tak sempat mengelak.

"Kan aku dah kata Naaz gastrik. Tentulah dia kena makan ubat."

"Gastrik tu aku taulah beb. Tapi, baby tu..." Liyana bungkam.

"Baby apanya?"

Naazneen sudah rasa tak sedap hati. Tangan dibawa menyentuh perut. Terasa perut itu kosong. Terasa kehilangan sesuatu. Terasa...

"Naaz tak mengandung pun!"

Booom! Terasa mahu pitam. Naazneen merenung Jasmin yang menarik muka masam kerana dilempar tulang oleh Liyana. Liyana pula kerling Naazneen seketika. Wajah Naazneen pucat. Pucat sangat-sangat.

TANGKAP MUAT PUNYA FASALWhere stories live. Discover now