Bab 9 - Special

778 11 0
                                    


Dengan bantuan kad yang diberikan Arayn, mereka bertiga naik lif sehingga tingkat 45. Malangnya, sebaik sahaja menapak keluar dari lif, Liyana terjerit.

"Alahhh, lupa minta password." Pantas dia mengeluarkan telefon dan mendail nombor Arayn.

Naazneen sebenarnya terpaku. Masuk sahaja ke ruang legar itu, pemandangan di sekitarnya sangat-sangat memukau. Dinding cermin memantulkan imejnya sendiri di kiri dan kanan satu-satunya lif yang ada di ruangan itu. Dihiasi pula dengan juntaian lampu kristal dari hujung dinding sehingga ke pintu. Semuanya berwarna putih. Di hadapan mereka pula, sebuah kerusi duduk yang memuatkan empat orang, kalau ikut saiz Naazneenlah, setinggi kepalanya berdiri, juga berwarna putih. Di hadapan kerusi itu ada meja empat segi kecil, juga dari jenis kaca. Kepalanya terdongak sehingga ke atas siling. Kagum benar.

"Terpesona ke?" Jasmin menyiku.

Naazneen tersipu-sipu. Tahulah dia budak kampung. Duduk dekat sungai dan tepi lereng bukit saja. Manalah dia pernah mimpi nak berada di bangunan setinggi ini. Naik kapal terbang pagi tadi tu pun pertama kali. Itulah juga antara kekangan yang menghalang langkahnya.

"Ini sikit jer. Awak kena tengok dalam penthouse Arayn. Pasti terpukau. Silap-silap haribulan, awak tak mau nak balik. Cayalah," tokok Jasmin, tanpa sedar membibitkan serba-salah dalam hati Naazneen.

Itu yang dia tidak mahu. Dia tidak boleh berlama-lama di sini. Dia datang hanya kerana mahu menjejaki Arayn. Sekarang dia sudah bertemu Arayn. Sudah tahu kenapa suaminya tinggalkan dia. Sudah yakin bahawa Arayn tidak bersalah. Namun dia tahu satu hal. Arayn tidak ingat siapa dia. Tidak ingat bagaimana mereka berkenalan. Tidak ingat bila mereka berkahwin. Tidak ingat masa mereka bersama. Mana mungkin Arayn ingat bagaimana perasaan cinta yang dilafazkannya dua bulan lepas.

Sudah terang-terang Arayn tidak mempercayai cinta. Bahkan Naazneen tidak mahu membebankan Arayn tentang tanggungjawab lain setelah lahirnya anak mereka. Arayn tidak boleh didesak. Arayn seharusnya diberi peluang sehingga dia ingat semula. Naazneen akan tunggu. Dia biasa tunggu. Lagipun, Arayn yang nak dia tunggu.

Huhhh, kalaulah Arayn sedar betapa sakitnya menunggu. Sudah dia rasai selama dua bulan ini. Sampai bila lagi dia hendak menunggu Arayn pulih semula ingatannya. Bagaimana kalau dia kena tunggu sampai kucing bertanduk atau bulan jatuh ke riba?

"Hish! Mana Arayn ni? Tak angkat telefonlah pula. Macam mana nak masuk rumah dia ni?"

"Apa susahnya? Turun jerlah bawah."

"Malaslah nak turun. Penat jalan." Liyana menghempaskan punggung di sofa putih tadi. Diikuti pula oleh Jasmin. Terus sahaja penuh sofa tu. Tercongok mereka memandang Naazneen. Sebelum Liyana memberikan idea itu. "Naaz, apa kata awak turun semula ke bawah. Bilik Arayn. Dan minta pin untuk pintu rumahnya tu."

Ha? Naazneen melopong. Bukan tidak percaya. Dia kurang dengar. Fikirannya melayang-layang.

"Minta pin untuk pintu rumahnya tu." Tunjuk Liyana dengan bibir. Terdapat panel berskrin dan bernombor di sebelah pintu cermin separuh kayu.

Naazneen teringat sesuatu. "Saya rasa saya tahu nombor."

"Ha?" Liyana dan Jasmin terkejut. Mereka bangkit mendadak. Mereka menarik tangan Naazneen ke muka pintu dan selepas kad dislot masuk, skrin menyala meminta memasukkan nombor pintu.

Walaupun sekadar kaedah cuba jaya, tapi Naazneen tahu itulah nombor yang diulang-ulang oleh Arayn dulu. Nombor yang sama dengan password untuk telefon bimbit Arayn juga. Apa lagi, selepas ditekan serta-merta lampu di skrin bertukar hijau. Bunyi klik di pintu pula kedengaran kuat menandakan pintu sudah dibuka.

TANGKAP MUAT PUNYA FASALWhere stories live. Discover now