Bab 1 - Bicara FB

965 11 0
                                    


Azri_SiRempit

33 minutes ago via mobile

.Sederhana.
Bagaimana nak takrifkan perkataan hidup secara sederhana? Kalau orang kaya macam mana nak bersederhana? Dah memang kaya kan? Kalau orang miskin memanglah kena bersederhana. Bagi Azri mudah aje. Ade aje duit. Guna. Nanti dah tua taklah kempunan pulak.

Tia_the freak :Tapi jangan lupa simpan duit untuk kahwin ya .. J

Riza Ahmad :A'ah.Gune aje sampai.habis.hahaha.Jangan sampai terambik duit jiran sebelah sudahlah..hahaha

Azri_SiRempit : Oh d. Jiran saya Along. Nanti saya pinjamlah dari dia. hahaha

Azri_SiRempit : Tia_the freak. Ade simpan seratus jer. Tu pun rasanya 25hb ni piniss dah. Hahaha

Riza Ahmad :Kang tak dapat bayar, melolong kene kejar along..tolong..tolong hahaha

Azri_SiRempit :Saya lari tidur kelong. Tak jumpalah nanti. hehehe

Tia_the freak : Hampagas betul .. hehehe

Azri_SiRempit : Hihihi.. you olls ni kerja ape sebenarnya ya? Sama aje kita. Facebook manjang.

Tia_the freak : ...pssstttt! hanya you yang tahu I rajin ber Facebook.. J

Azri_SiRempit : Oppss...okey, okey saya tutup mulut. hehehe

Ahmad : Hahaha.Soklan maut..kerja orang gaji jer. Itu yang sambil buat kerja sambil ber Facebook :-D..

Tia_the freak : Ahmad...you orang gaji.. I pulak kerja goyang kaki jer.. Hehehe

Ahmad :You pulak Azri sibuk tanya orang you tak kerja ke?

: Kerja saya senang aje. Lepas hantar surat saya mengular.Hihihi

Tia_the freak : Azri_SiRempit the Anaconda. hahaha

: Ai bukan anaconda Tia_the freak tapi I Dracula.Hahaha

Tia_the freak : Azri_SiRempit< ---- BENGONG!

Fathia tersenyum lebar. Geli hatinya melayan komen-komen dari lelaki yang menggelar dirinya Azri_SiRempit itu. Hilang keserabutan yang memeningkan kepalanya dalam menyiapkan audit akaun syarikat pembinaan yang masih terbengkalai sejak dua minggu lepas. Akaun Facebooknya terus ditutup dengan senyuman yang masih terukir di bibir.

"Amboi lebarnya senyum," tegur Suhaili yang tiba-tiba muncul di muka pintu.

Fathia mendongak kemudian tersengih pula. Pandangannya dihalakan ke arah Suhaili yang sudah berdiri di hadapannya.

"Apa cer?" soal Suhaili lagi.

"Alah, duk berbalas komen dengan budak sengal yang aku cerita kat kau hari tu," jujur Fathia menjawab.

"Budak mana?" sudah berkerut dahi Suhaili cuba mengingati gerangan budak sengal yang disebut oleh Fathia tadi.

"Alah, Azri_SiRempit itulah," tutur Fathia lagi cuba mengingatkan.

"Oh okay. Apa pulak status sengal dia kali ni?" Suhaili sudah tersenyum bila mengingatkan cerita-cerita sahabatnya tentang rakan Facebook nya itu. Dia terus duduk di hadapan Fathia tanpa diundang.

"Pasal bersederhana,"

Entah kenapa tiba-tiba Suhaili tergelak mendengar jawapan Fathia. Kelakar pulak mat rempit sibuk buat status pasal bersederhana. Bukan dah memang hidup mat rempit sederhana saja ke? Soalnya nakal.

MISI CURI HATI DIAWhere stories live. Discover now