KEESOKKANNYA
Younha bangun dengan malasnya.
Tiba-tiba otaknya teringatkan kejadian malam tadi.
Dengan segera Younha berlari turun ke ruang tamu namun tiada sesiapa disitu.
"Pelik...semalam aku rasa dia cedera parah..takkan sembuh secepat ni??? Jangan-jangan,dia tu werewolf kot...mana mungkin manusia biasa dapat sembuh secepat ni..." Younha mengomel seorang diri.
Matanya tiba-tiba tertacap pada sehelai kertas yang ditinggalkan di meja kecil hadapan sofa.terima kasih kerana menolong saya...budi awak saya akan balas nanti...
"Macam tu je???" Younha berkata dalam keadaan tidak puas hati.
"Ahhh..lantaklah..janji aku dah buat baik dengan tolong orang...jap,dia tu orang ke??lantaklah...orang ke,zombie ke,janji tugas aku dah beres..sekarang,Princess Younha,dah masanya untuk tuanku bersiram...hohohohoho.." Younha buat drama tak berbayar seorang diri sambil berjalan naik ke biliknya semula.BEBERAPA BULAN KEMUDIAN
RUMAH KELUAGA SOO
"Younha.."Appanya memanggil lembut anak perempuannya yang leka menonton kartun disney princess kegemarannya di televisyen.
"Kejap appa..nak habis dah ni.."Younha masih tidak mengalihkan perhatiannya dari televisyen itu
Appanya hanya menggeleng kepala dengan perangai anak perempuannya itu.
"Ok...dah habis...ye appa.."Younha menyahut panggilan appanya tadi dengan ceria seperti selalu.
"Appa ada benda nak cakap dengan Younha..." nada appanya mula serius.
"Errrr...macam serius je..." Younha mula gelabah.
Alamak!! Takkanlah appa dah tau result aku bulan ni teruk!!! Andweeeeee!!!!! Younha menjerit dalam hati.
"Appa nak kamu kahwin.." Appanya berkata dengan serius.
"Oh kahwin...wait!!! Kahwin????!!!!" Younha melopong terkejut.
"Ye..masih ingat perjanjian kahwin kamu yang telah ditetapkan oleh atuk kamu dulu??? Sekarang dah tiba masanya..pihak lelaki akan datang hujung minggu ni.." Nada appanya masih sama.
"Tapi kenapa sekarang??? Younha belum sedia,appa.." Younha buat muka merajuk.
"Sedia atau tak,Younha kena setuju..lagipun ini semua wasiat atuk kamu..appa hanya nak kamu hidup senang dibawah jagaan lelaki yang baik.."Nada appanya mula kendur.
"Omma juga harap begitu.."Ommanya tiba-tiba muncul dan mencelah perbualan mereka.
"Tapi omma.." Younha masih cuba membantah.
"Dengar kata,lelaki tu boleh tahan kacaknya jugak..malah baru balik dari study oversea.." Ommanya cuba memancing perhatian Younha.
Kacak??? Study oversea??? Younha semakin berminat dan mula memasang angan-angan.
"Untung kalau anak omma ni dapat kahwin dengan lelaki macam tu.."Ommanya tersenyum kerana berjaya menjerat anak perempuannya.
Tanpa sedar,Younha mengukir senyuman di depan Omma dan appanya.
YOU ARE READING
Prince charming
FanfictionGangsterism, pertumpahan darah, kelab malam...tidak pernah terlintas dihati Soo Younha untuk melibatkan diri dalam semua itu.. Dia hanya mahukan seorang prince charming yang budiman dan baik hati sebagai pendamping hidupnya seperti yang diangan-ang...