DIHOSPITAL
"Yongguk.." Daehyun duduk disisi katil Yongguk.
Perlahan-lahan Yongguk membuka matanya.
"Daehyun.." Yongguk berkata perlahan.
"Baguslah kau selamat..." Daehyun cuba tersenyum.
"Miho dah bagitau semuanya pada aku...Maaf aku tak dapat tolong kau....aku hanya menyusahkan kau sepanjang masa ni.." Yongguk cuba bangun.
Daehyun membantu Yongguk untuk duduk.
"Kau mesti tertekan sekarang...aku dengar isteri kau diculik...adakah ianya kerja orang yang sama??" Yongguk memandang Daehyun yang muram.
"Aku tak tahu..aku betul-betul kecewa dengan diri aku sekarang...Younha pun aku tak dapat lindungi..lelaki apa aku ni!!!" Daehyun menahan air matanya.
"Kita pasti akan tangkap dalangnya dan selamatkan isteri kau..sabarlah dulu.." Yongguk menepuk perlahan bahu Daehyun.
"Oh ya..aku nak tanya kau..kenapa kau ke rumah Zelo sebelum letupan tu??? Dan fail-fail tu..mana kau dapat???" Daehyun bertanya sebaik sahaja berjaya menenangkan diri.
"Aku dah siasat sebelum ni..Dan aku dapat tahu bahawa Zelo ada kaitan dengan pembunuh yang sedang kita cari...Namun Zelo terkorban sebelum aku berjaya soal siasatnya..sebab tu aku ke rumahnya..mungkin aku boleh dapat maklumat dari sana...cuma aku tak sangka,pembunuh tu dah pasang bom di rumah tu.. Fail-fail tu saja yang dapat aku selamatkan.." Yongguk menghela nafas berat.
Tiba-tiba terdetik sesuatu diminda Daehyun.
"Kau kenal Choi Jun Hong ???" Daehyun bertanya dengan serius.
"Choi Jun Hong??? Bukankah tu nama asal Zelo sebelum dia tukar nama???" Yongguk berfikir lama.
"Zelo??? Takkanlah Zelo terlibat dalam penculikan Younha dulu???!!!" Daehyun terkejut.
"Culik Younha??? Apa maksud kau ni?? Takkanlah Zelo sanggup.." Yongguk juga terkejut.
"Aku tak pasti..cuma aku ada tangkap seorang lelaki yang menculik Younha sebelum ni...dan lelaki yang bernama Cho Jun Hong yang mengarahnya.." Daehyun berkata dengan geram.
"Tapi...Zelo dah tiada..tak guna kau nak terus siasat benda ni.." Yongguk menepuk bahu Daehyun.
"Macam mana kalau dia sebenarnya tak mati???" Daehyun tiba-tiba berkata.
"Takkanlah..." Yongguk mula ragu-ragu.
"Kita tak lihat mayat dia..itu yang buat aku lebih curiga..Mungkinkah dia palsukan kematian dia supaya siasatan kita terhenti???" Daehyun berkata lagi.
"So,apa plan kau??" Yongguk memandang Daehyun dengan serius.

YOU ARE READING
Prince charming
FanfictionGangsterism, pertumpahan darah, kelab malam...tidak pernah terlintas dihati Soo Younha untuk melibatkan diri dalam semua itu.. Dia hanya mahukan seorang prince charming yang budiman dan baik hati sebagai pendamping hidupnya seperti yang diangan-ang...