"Oppa..cantik tak???" Younha menayangkan gaun putih yang dipakainya kepada Daehyun.
"Kau nampak macam hantu bila pakai warna putih tau.." Daehyun berkata dengan selamba.
"Alaaaaa...dia kata kita macam hantu??? Mana hantu yang cantik menawan macam saya ni!!!" Younha memuncungkan bibir tanda geram.
"Ok ok...kau cantik macam bidadari..cantik sangat-sangat..." Daehyun tersenyum.
"Cehhhh...tak ikhlas langsung pujian tu..." Younha berjalan masuk ke biliknya dengan muka merajuk."Hari ni kita akan jumpa isteri Cousin kita...bukankah itu suatu yang menggembirakan???" Taeyeon berkata dengan gembira.
Taehyung hanya mencebik tanda menyampah dan tak rela.
"Ahhh...think positive, rambut landak..!!! Manalah tau, nanti dia jadi boleh jadi BFF kau ke...lagipun dia kan sama tua dengan kau.." Baekhyun meletakkan tangannya dibahu Taehyung.
"Betul tu..ahhhh...Oppa memang pandailah kalau bab memberi semangat ni.." Taeyeon mencubit perlahan pipi Baekhyun.
"Tentulah..ni kan oppa.." Baekhyun mencium pipi Taeyeon.
Taehyung yang menjadi pemerhati semakin menyampah melihat adegan 'lovey dovey' antara Baekhyun dan noonanya."Oh...korang dah sampai rupanya...." Daehyun berjalan turun dengan selamba.
"Daehyun...lama tak jumpa,bro..." Baekhyun memeluk Daehyun.
"Taehyung..." Daehyun memeluk Taehyung pula.
"And Taeyeon..wow...kau sentiasa cantik macam selalu.." Daehyun tersenyum.
"Kau ni memanglah...mulut manis mengalahkan Baekhyun.." Taeyeon tersenyum manis.
"Amboi...sampai hati chagi cakap oppa macam tu...chagi tak sayang oppa lagi ke???" Baekhyun buat muka merajuk.
"Tak.." Taeyeon menjawap dengan selamba.
"Mana wife kau??" Taehyung bertanya.
"Ada kat atas..dia merajuk sebab aku kutuk dia tadi.." Daehyun duduk dengan selambanya disofa.
"Kau ni pun..berlembutlah sikit dengan perempuan..dari dulu sampai sekarang,sama je perangai..Macam manalah dia boleh tahan dengan perangai kau ni,Daehyun.." Taeyeon mula membebel.
"Ha sudah!!! Dia dah mula dah.." Taehyung mengeluh perlahan.
Baekhyun hanya mampu menggeleng kepala.
"Oppa..saya tak jumpa reben saya...Eh!!!! Cikgu??? Kim Taehyung???" Younha yang kebetulan berjalan turun untuk mencari sesuatu terkejut melihat kedatangan Baekhyun dan Taehyung.
"Soo Younha??? Kenapa kau disini??? Takkanlah kau....." Taehyung terkejut yang teramat sangat.
"Korang,kenalkan ini Younha...Wife aku..Younha,ini cousins aku..Baekhyun,Taeyeon dan Taehyung..." Daehyun menarik Younha untuk menyertai mereka di ruang tamu.
"Jadi ini rupanya suami bermasalah kamu ye..memang patutlah kamu kena tenangkan jiwa selalu.." Baekhyun berkata dengan tenang.
"Tenangkan jiwa???" Taeyeon memandang Baekhyun.
"Younha merupakan pelajar yang kerap menerima kaunseling oppa di sekolah..kan oppa ada cerita kat chagi dulu pasal student oppa yang kawin muda tu.." Baekhyun tersenyum kepada Taeyeon.
Muka Younha mula memerah kerana malu.
"Nampak sangat aku teruk sampai Younha kena terima kaunseling selalu.." Daehyun merenung Younha dan Baekhyun berulang kali.
"Baru sedar ke kau tu teruk..??? " Baekhyun menjeling Daehyun.Kenapalah aku tak perasan sebelum ni....padahal rupa mereka pun hampir sama....ahhhh...malunya aku!!!!! Younha menjerit dalam hati.
YOU ARE READING
Prince charming
FanfictionGangsterism, pertumpahan darah, kelab malam...tidak pernah terlintas dihati Soo Younha untuk melibatkan diri dalam semua itu.. Dia hanya mahukan seorang prince charming yang budiman dan baik hati sebagai pendamping hidupnya seperti yang diangan-ang...