chapter 22

227 22 0
                                    

Younha pulang ke rumah dengan hati yang tidak tenang.
"Selamat pulang Cik Puan.." Irene berkata dengan perlahan diikuti Choa dan Way dibelakangnya.
"Kenapa korang nampak macam sedih je ni??? And kenapa korang pakai baju hitam semuanye ni??? Korang tengah berkabung ke apa ni???" Younha berkata kepada Irene.
"Cik Puan masuklah dulu..Tuan Muda Baekhyun,Tuan Muda Taehyung dan Cik Muda Taeyeon sedang menunggu Cik Puan di ruamg tamu.." Irene berkata lagi.
Dengan perasaan yang berdebar-debar,Younha menuju ke ruang tamu.

"Younha.." Baekhyun berdiri sebaik sahaja ternampak kelibat Younha.
"Cikgu...unnie dan Taehyung..kenapa tiba-tiba je datang ni??? Ada apa-apa ke???" Younha merenung Baekhyun dengan hairan.
"Cik Puan.." Shownu menunduk hormat kepada Younha.
"Awak ni...Shownu Sshi kan...pembantu Daehyun Oppa..awak ada kat sini??? Adakah itu bermakna Daehyun dah balik??? Mana dia???" Younha bertanya dengan gembira.
"Younha..unnie harap kamu tabah ye.." Taeyeon memandang Younha dengan sayu.
"Kenapa ni??? Saya tak fahamlah...seseorang tolong jelaskan..." Younha merenung setiap orang yang berada disitu.
"Daehyun...dia dah takde..." Baekhyun berkata perlahan.
"Apa??? Saya tak fahamlah..." Younha blur.
"Daehyun dah tinggalkan kita,Younha..dia terlibat dalam kemalangan..." Baekhyun memandang Younha lama.
"Cikgu tipu kan...tak mungkin..." Younha terundur ke belakang kerana terlalu terkejut.
"Helikopter yang dinaiki Tuan Daehyun terhempas ke dalam gaung..Pihak polis mengesahkan semua yang ada didalam helikopter tersebut terkorban.." Shownu berkata perlahan.
Pandangan Younha mula kabur dan Younha hampir jatuh. Choa dan Way yang berada disisinya cuba memapah Younha yang semakin melemah.
"Younha.." Taeyeon segera memeluk Younha yang terkejut.
Namun Younha masih diam kaku.
"Tuan minta saya balik semula ke hotel kerana hadiah Cik Puan tertinggal..Sebab itulah saya tiada disisi tuan semasa kejadian.." Shownu menyerahkan sebuah kotak baldu kepada Younha.
Younha menyambutnya dan membukanya perlahan-lahan.
Seuntas rantai berloketkan permata berbentuk matahari dan sekeping kad kecil berada didalam kotak tersebut.

Matahariku Younha..
selamat hari jadi...
Semoga matahari saya ini akan sentiasa bersinar dengan terang seperti mana sinaran yang pernah awak berikan dalam hidup saya yang sentiasa dalam kegelapan dulu.

Prince charmingWhere stories live. Discover now