Younha membuka matanya perlahan-lahan kerana silau dengan cahaya matahari yang berjaya menembusi jendelanya.
"Ahhhhh...aku mimpi rupanya...mungkin aku terlalu rindukan dia.." Younha mengeluh.
Dia merenung cincin perkahwinan ditangannya.
Matanya mula berkaca namun berjaya ditahannya.
"Dah masanya untuk sekolah...ahhhh malasnya.." Younha mengomel seorang diri sambil berjalan ke bilik air.Younha berjalan turun dengan malas.
"Morning..." Daehyun menegur Younha sebaik sahaja ternampak Younha yang berjalan melintasi ruang makan sambil termenung.
Langkah Younha terhenti.
Dengan segera,Younha berpaling ke arah pemilik suara tersebut.
"Oppa..." Younha berkata sambil terlopong kerana terkejut.
"Kenapa muka kau macam baru tertelan ubat gegat je..." Daehyun berkata sambil menghirup kopinya.
Younha segera berlari ke arah Daehyun.
"Ni betul-betul oppa ke??? Jinja???? Saya tak mimpi???" Younha mencubit pipinya sendiri.
"Auucchhh!!! Sakit..." Younha menggosok pipinya sendiri.
"Yahhh...kau ni kuat berangan lah..dah!! Duduk makan..aku dengar kau tak makan dengan baik sejak aku takde.." Daehyun bangun dan menarik kerusi untuk Younha.
Younha duduk dengan muka blur.
"Oh ya...Cincin aku ada dengan kau kan??? Bagi balik..." Daehyun menadah tangannya kepada Younha.
"Cincin???" Younha masih blur.
"Yelah!! Cincin kahwin kita...Shownu dah bagi kau kan..so,bagi balik.." Daehyun berkata dengan geram.
"Oh...maksud oppa yang ni.." Younha menanggalkan rantai lehernya dan menarik keluar cincin dari rantai tersebut.
"Hmmm.." Daehyun mengambil cincin tersebut dari tangan Younha dan menyarungkannya di jarinya.
"Tapi kan...sejak bila oppa pakai cincin kahwin kita??? " Younha merenung Daehyun dengan hairan.
"Sejak aku rasa nak pakai..." Daehyun berkata dengan selamba sambil bangun meninggalkan Younha seorang diri."Macam mana dengan soal siasat kau terhadap Ravi??" Daehyun berkata dengan serius.
"Maaf bos..dia terlalu degil...Saya dah cuba sedaya upaya.." Shownu berkata dengan rasa bersalah.
"takpe..aku tak salahkan kau..aku dah agak dia takkan musah buka mulut...takpe..teruskan soal dia...." Daehyun merenung ke luar jendela lama.
"Bos risaukan Cik Puan Younha ke???" Shownu menegur Daehyun setelah Daehyun mendiamkan diri lama.
"Aku risau diaorang akan terus gunakan Younha untuk ugut aku..aku tak nak Younha hidup dalam ketakutan.." Daehyun mengerut dahi.
"Saya faham kerisauan bos.." Shownu berkata perlahan.
"Shownu,kalau satu hari terjadi sesuatu pada aku,....aku nak kau bawa Younha pergi jauh dari sini...Aku dah pindah separuh dari harta aku atas nama Younha sebelum ni..aku tak nak Younha hidup susah kelak..Aku hanya percayakan kau,Shownu.." Daehyun menepuk bahu Shownu.
"Saya bersumpah saya akan jaga Cik Puan melebihi nyawa saya sendiri kalau terjadi sesuatu nanti.." Shownu berkata dengan tegas.
Daehyun tersenyum puas mendengar kata-kata Shownu.

YOU ARE READING
Prince charming
FanfictionGangsterism, pertumpahan darah, kelab malam...tidak pernah terlintas dihati Soo Younha untuk melibatkan diri dalam semua itu.. Dia hanya mahukan seorang prince charming yang budiman dan baik hati sebagai pendamping hidupnya seperti yang diangan-ang...