Chapter 8

271 25 0
                                    

DIBILIK KAUNSELING
"Muka awak nampak seperti awak ada banyak masalah.."Baekhyun meletakkan secawan teh dihadapan Younha.
"Nampak ketara sangat ke???" Euna menyentuh pipinya.
"Cuba kongsi masalah awak dengan saya..Mana tahu..Saya boleh tolong.."Baekhyun tersenyum.
"Saya.....errrrrr..."Younha masih ragu-ragu.
"Jangan risau..rahsia awak safe dengan saya.."Baekhyun merenung Younha dengan lembut.
"Ok..sebenarnya kan...saya ada masalah dengan suami saya.."Younha berkata perlahan.
"Oh...awak dah kahwin??? Congrats ye.."Baekhyun masih tersenyum.
"Ek??? Cikgu tak terkejut???"Younha hairan.
"Actually,saya ada seorang cousin yang berkahwin dengan budak sekolah tinggi baru-baru ni..sebab tu saya tak terkejut...Pasti awak ada sebab tersendiri kenapa awak berkahwin pada usia muda macam ni.."Baekhyun berkata sambil menghirup teh hijaunya.
"Oh??? Cousin cikgu tu orang macam mana??? Mesti dia baik macam cikgu kan..untung budak tu.."Younha mengeluh perlahan.
"Baik??? Cousin cikgu tu lebih teruk dari apa yang boleh awak bayangkan...anyway,kenapa dengan husband awak???"Baekhyun memulakan sesi kaunselingnya.
"Dia buat tak perduli dengan saya..."Younha mula menangis macam budak kecil.
Baekhyun yang melihat Younha menangis segera mencapai sekotak tisu di mejanya dan menghulurkannya kepada Younha.
"Cikgu tahu tak...mula-mula saya jumpa dia,Saya memang dah agak mamat ni memang tak boleh pakai..Dahlah selalu keluar malam, bila tanya,dia cakap dia tak anggap saya isteri dia..adakah patut macam tu!!" Younha mengelap mata dan hidungnya yang berair.
"Dah tu, kalau awak tahu dia tak boleh pakai,kenapa setuju kahwin dengan dia???"Baekhyun menghulurkan sekotak lagi tisu kepada Younha.
"Ye tak ye...kenapa saya setuju kahwin dengan dia ye???"Younha berhenti menangis dan blur sekejap.
"Saya rasa awak kena mula mainkan peranan awak sebagai isteri mula sekarang.."Baekhyun berkata sambil mengutip sisa-sisa tisu yang disepahkan Younha tadi.
"Peranan seorang isteri???" Muka Younha mula memerah.
"Yahhh..apa yang awak fikirkan..aiissshhh,kecik-kecik dah fikir benda tak elok.."Baekhyun menggeleng kepalanya perlahan.
"Ma..mana ada saya fikir benda tak elok,Cikgu.."Younha cuba berlagak selamba.
"Kalau macam tu,apa kata awak start cari jalan untuk tundukkan suami awak tu.."Baekhyun tersenyum lagi dan lagi.
"Jalan???Saya faham!!!! ...thanks cikgu.."Younha mula tersenyum dengan gembira.

Prince charmingWhere stories live. Discover now