Chapter 45

245 17 0
                                    

"Daehyun...aku nak pergi jemput Taeyeon di airport..Taehyung pula dah keluar makan...kau ok jaga Younha sorang??? Baekhyun bertanya dengan risau.
"Aku oklah..kau jangan risau..lagipun ramai orang boleh tengokkan Younha kat hospital ni..pergilah..jangan biar Taeyeon menunggu lama pula.." Daehyun tersenyum tawar.
"Ok then...aku pergi dulu ye.." Baekhyun menepuk bahu Daehyun perlahan sebelum melangkah pergi.

Selepas beberapa minit Baekhyun pergi,Shownu datang dengan segera dan membisikkan sesuatu ditelinga Daehyun.
Riak wajahnya berubah.
"Younha..oppa keluar kejap ye..Younha tunggu oppa balik ye.." Daehyun mengucup dahi Younha sebelum melangkah keluar.
Tanpa Daehyun sedar,jari Younha mula tergerak-gerak.

DISEBUAH TEMPAT
"Aku mesti keluar dari sini cepat!!!" Zelo berjalan dengan cemas menuju ke keretanya.
"Kau nak kemana,Zelo??? Setelah apa yang kau buat,kau ingat kau boleh lari macam tu je??" Daehyun merenung Zelo dengan tajam.
"Daehyun..macam mana kau..." Zelo terkesima.
"Macam mana aku tahu tak penting...aku akan balas semua yang kau dah buat...kau bunuh anak aku,Zelo..kau cederakan isteri aku...aku takkan lepaskan kau.." Daehyun berkata dengan marah.
"Kau marah???" Zelo tiba-tiba ketawa.
"Sebelum aku bunuh kau,aku nak tahu sesuatu...kenapa kau buat semua ni??? Demi kuasa??? Harta???" Daehyun memandang Zelo dengan amarah.
"Kuasa??? Harta??? Aku sebenarnya tak perlukan semua tu...apa yang aku nak ialah....balas dendam.."Zelo memandang Daehyun dengan pandangan penuh dendam.
"Dendam??? Apa yang aku dah buat pada kau?????!!!!" Daehyun tidak puas hati.
"Choi Min Hwa...kau ingat nama tu..???" Zelo memandang Daehyun.
"Choi Min Hwa???" Daehyun seperti mengingati sesuatu.
"Choi Min Hwa ialah Omma aku....dan Jung Shin Yung....ialah Appa aku..juga semestinya Appa kau.." Zelo ketawa sinis.
Daehyun terkejut.
"Kerana kau dan Omma kau...Omma aku terpaksa tinggalkan rumah...kerana kau,aku hidup tanpa kasih sayang seorang Appa..kerana korang jugalah,Omma aku mati!!!!" Zelo mula memgalirkan air mata namun matanya masih merenung Daehyun dengan penuh dendam.
"Kau rampas segala yang patut jadi milik aku...kau musnahkan kebahagian yang patut jadi milik aku..sebab tu aku buat keputusan..aku akan rampas semua milik kau..aku akan musnahkan semua kebahagian kau.." Zelo berkata lagi.
"Kau begitu bencikan aku..kenapa kau tak balas pada aku je!!! Kenapa mesti libatkan orang lain???? Isteri aku..Rakan-rakan kita...kenapa kau mesti bunuh mereka!!" Daehyun cuba menahan rasa amarahnya.
"Memang aku mengaku aku yang culik isteri kau..tapi rakan-rakan kita..itu bukan kerja aku..aku palsukan kematian aku sebab aku tak nak dibunuh seperti mereka..tidak sebelum aku berjaya balas dendam aku.." Zelo berkata dengan sinis.
Daehyun terkejut.

Jadi siapa yang bunuh rakan-rakan aku....

Prince charmingWhere stories live. Discover now