CHAPTER 35

234 20 0
                                    

"Bos,berita buruk..." Shownu datang dengan tergesa-gesa.
"Berita buruk apa lagi kali ni, Shownu???" Daehyun mengeluh.
"Tuan HimChan dah tiada..." Shownu berkata perlahan.
"Apa????!!!!!!" Daehyun bingkas bangun dari kerusi yang didudukinya dari tadi.
"Dia mati kerana mengambil ubat secara berlebihan..." Shownu memandang Daehyun lama.
"Maksud kau,HimChan bunuh diri..???" Daehyun merenung Shownu.
"Kami tak pasti lagi,Bos..." Shownu menjawap.
"Tak guna!!!! Apa yang sebenarnya terjadi ni!!!!!" Daehyun menumbuk kuat meja dihadapannya.
"Bos,saya ada satu lagi berita yang hendak disampaikan.." Shownu memandang Daehyun tepat.
"Apa???" Daehyun duduk kembali dikerusinya.
"Kami dah dapat jejak nombor private yang digunakan untuk hubungi Ravi tu..ianya didaftarkan atas nama Choi Jun Hong.." Shownu berkata dengan yakin.
"Choi Jun Hong???? Aku rasa macam kenal dengan nama tu...takpe..teruskan siasatan kau..apa-apa hal terus inform aku..." Daehyun mengeluh.
"Baik bos.." Shownu melangkah keluar.
"Choi Jun Hong...." Daehyun berfikir sendirian.

" Semua dah ada???" Baekhyun memerhati para pelajarnya.
"Cikgu, Younha dan Taehyung takde lah..." Seulgi mengangkat tangannya.
"Apa???!!!! Aiiisssshhh!!! Mana budak dua ekor ni pergi..." Baekhyun mengerutkan dahi.
Belum sempat Baekhyun berkata apa-apa, Younha dan Taehyung tiba-tiba berlari ke arahnya.
"Kami.....di......sini......" Younha berhenti dihadapan Baekhyun dan menjawap dengan termengah-mengah.
"Apahal dengan kamu berdua ni??? Macam baru lepas kena kejar je..." Baekhyun merenung kedua-dua pelajarnya.
"Memang pun..." Taehyung juga termengah-mengah.
"Baiklah...semua dah ada..akhirnya lawatan kita selama tiga hari bakal tamat...kita akan bergerak balik esok...pastikan kamu kemas barang-barang kamu elok-elok...jangan sampai tertinggal..ok,bersurai.." Baekhyun tersenyum.
"Korang ok???" Seulgi menghulurkan air kepada Taehyung dan Younha.
"Thanks...." Younha menyambut huluran tersebut dan meminumnya dengan rakus.

DISEBUAH KELAB MALAM
"Mula-mula YoungJae...sekarang HimChan???? Apa semua ni!!!" Jongup memicit kepalanya.
"Aku syak ada seseorang cuba hapuskan kita..." Yongguk berkata dengan serius.
"Aku setuju...Aku curiga kalau dalangnya ada dalam kalangan orang yang kita kenal.." Daehyun merenung rakan-rakannya.
"Siapa???" Zelo bertanya dengan selamba.
"Itu yang kita kena siasat!!!!" Jongup menjeling tajam kepada Zelo.
"Buat sementara ni,kita kena berhati-hati...kita tak tahu siapa pembunuhnya..mungkin pembunuh tersebut merupakan orang yang rapat dengan kita.." Yongguk berkata dengan serius sebelum mereka semua bersurai.

Prince charmingWhere stories live. Discover now