CHAPTER 33

234 19 0
                                    

Daehyun membuka matanya perlahan-lahan. Jam disisinya dikerling.

Pukul 8...Daehyun mengeluh perlahan.

Matanya mula beralih kepada Younha yang sedang nyenyak tidur disisinya.
Tangannya mengelus perlahan pipi gebu Younha.

Aku boleh kehilangan sesiapa saja dalam dunia ni kecuali kau...Kau punca aku teruskan hidup sehingga sekarang...Daehyun berbisik dalam hati.

Younha mula bergerak-gerak dan perlahan-lahan matanya dibuka.
"Oppa dah bangun...." Younha berkata dalam keadaan suaranya serak.
Daehyun hanya tersenyum.
"Saya lupa nak bagitau oppa yang saya ada lawatan ke Pulau Jeju hari ni...Pagi lusa baru saya balik...saya boleh pergi kan???" Younha merenung Daehyun dengan penuh pengharapan.
Daehyun bangun dari perbaringan.
"Oppa...bolehlah...bolehlah..." Younha turut bangun dan memaut lengan Daehyun tanda memujuk.
Daehyun masih mendiamkan diri.
"Kalau oppa risaukan keselamatan saya, kan Cikgu Baek dan Taehyung ada...Diaorang boleh jaga saya...bolehlah oppa.." Younha memujuk lagi.
"Fine!! Tapi aku nak kau janji dua perkara..." Daehyun kalah dengan pujukan Younha.
"Apa??? Jangankan dua...sepuluh pun boleh..." Younha tersenyum gembira.
"Pertama,aku nak kau sentiasa bagitau aku kemana saja kau nak pergi...kedua,mesti ada Taehyung atau Baekhyun disisi kau setiap kali kau keluar..." Daehyun berkata dengan serius.
"Ok...Deal!!!" Younha bangun dan berjalan keluar dengan gembira.

DIPULAU JEJU
"OK..Semua dah turun???" Baekhyun berkata dengan bersemangat.
"Dah..." Para pelajar menjawap dengan penuh semangat.
"Aku peliklah..kenapa Daehyun boleh bagi kebenaran kau ikut lawatan ni???" Taehyung berbisik kepada Younha.
"Well...aku kan pandai memujuk...of courselah dia setuju..." Younha berkara perlahan dengan gembira.
"Daehyun tak makanlah pujuk rayu perempuan..." Taehyung berbisik lagi.
"Tu kalau perempuan lain...aku isteri dia...adalah cara aku nye.." Younha berkata dengan gembira sambil berjalan pergi ke arah Seulgi.

DIRUMAH
"Macam mana dengan soal siasat kau keatas Ravi???" Daehyun duduk bersilang kaki diatas sofa.
"Dia dah mula buka mulut, Bos...kami dah mula merekod semua keterangannya..Menurut Ravi,dia hanya menerima setiap arahan melalui telefon bimbitnya..Dia tak pernah berinteraksi secara terus dengan ketuanya..." Shownu berkata dengan tegas.
"Kau dah siasat nombor yang digunakan???" Daehyun memandang Shownu dengan serius.
"Dah,Bos...tapi ianya sedikit sukar kerana nombor yang digunakan adalah nombor private dan bukan dalam dari dalam negara...Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk menjejak nombor tersebut..." Shownu berkata lagi.
"Takpe...teruskan siasatan kau...tapi ingat...pastikan semuanya dibuat dalam diam..aku tak nak sesiapa tahu, faham????" Daehyun berkata dengan tegas.
"Faham,Bos..." Shownu menunduk sebelum meminta diri.

Prince charmingWhere stories live. Discover now