chapter 23

242 24 0
                                    

Sudah beberapa hari Younha berkurung didalam biliknya. Hal ini menyebabkan Baekhyun,Taeyeon dan Taehyung semakin risau.

"Kita mesti cari jalan untuk bantu Younha..Saya tak sanggup tengok Younha macam tu.." Taeyeon mula mengalirkan air mata.
"Oppa faham...oppa juga sedih melihat Younha macam tu...Dia tidak mengalirkan sedikit pun air mata ketika upacara pengebumian Daehyun semalam..Oppa risau Younha sudah mula menunjukkan tanda-tanda pesakit yang menghadapi kemurungan..." Baekhyun berkata dengan serius.
"Aku akan cuba bantu Younha..." Taehyung tiba-tiba berkata.
"Macam mana???" Baekhyun dan Taeyeon merenung Taehyung dengan bersungguh-sungguh.
"Mungkin Seulgi dapat bantu...dia lebih memahami Younha dari kita semua.."Taehyung memandang tepat kepada Baekhyun.
"Kita cuba cara tu...mungkin akan berjaya.." Taeyeon bersetuju dengan cadangan Taehyung.

DISEKOLAH
"Seulgi.." Taehyung tiba-tiba mendekati Seulgi.
"Ke...kenapa kau tiba-tiba panggil aku dengan baik ni??? " Seulgi mula gementar.
"Aku nak cakap sesuatu dengan kau..Ianya pasal Younha.." Taehyung memandang Seulgi dengan serius.

DIRUMAH
Younha diam membisu didalam selimutnya. Matanya merenung kosong jendela dihadapannya.
"Younha.." Seseorang tiba-tiba memanggil Younha.
Younha berpaling.
"Seulgi.." Younha berkata perlahan sambil bangun dari perbaringannya.
"Kau anggap aku ni kawan kau ke??? Kau langsung tak bagitau aku,kau dah kahwin..dan lebih teruk kau langsung tak bagitau aku,kau tengah sedih..." Seulgi memandang Younha dengan pandangan berkaca.
"Seulgi,aku..." Younha terkesima kerana Seulgi tiba-tiba memeluknya.
"Aku kawan kau kan...Aku akan sentiasa ada untuk kau tak kira susah atau senang..." Seulgi memeluk erat Younha.
Younha tersenyum sambil membalas pelukan Seulgi.
Dari balik pintu,Taehyung dan Baekhyun sedang mengintai dengan perasaan yang lega.

TENGAH MALAM
Shownu sedang berjalan keluar dari rumah agam tersebut dalam keadaan mencurigakan.
Langkahnya diatur kearah sebuah kereta yang terpakir dekat dengan pintu belakang rumah agam tersebut.

"Macam mana keadaan mereka semua??" Seorang lelaki misteri berkaca mata hitam berkata sambil menurunkan sedikit cermin kereta gelapnya itu.
"Semuanya berjalan seperti yang dirancang...Mereka tidak syak apa-apa..." Shownu berkata perlahan.
"Bagus!!! Teruskan apa yang kita rancangkan...Jangan sampai mereka tahu..Perhatikan Younha baik-baik...Dia sangat penting buat masa sekarang.." Lelaki tersebut berkata lagi.
"Saya faham..." Shownu menunduk hormat sebelum kereta lelaki misteri tersebut meluncur laju meninggalkan kawasan rumah agam tersebut.

Shownu berjalan masuk semula kedalam rumah agam tersebut.
"Kau kemana tadi???" Irene tiba-tiba muncul di belakang Shownu.
"Kenapa kau ada disini???" Shownu berpaling menghadap Irene.
"Kau nampak sangat mencurigakan,Shownu Sshi...Adakah kau sedang lakukan sesuatu dibelakang kami semua???" Irene tersenyum sinis.
"Bukan urusan kau..lebih baik kau tumpukan perhatian kau terhadap uruskan rumah dan Cik Puan..." Shownu membuka langkahnya untuk pergi.
"Kalau aku dapati kau cuba khianati keluaga ni, aku takkan lepaskan kau..Aku akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri..ingat tu!!!" Irene merenung tajam Shownu sebelum melangkah pergi meninggalkan Shownu sendirian.

Prince charmingWhere stories live. Discover now