Part 6

1.5K 87 4
                                    

"MinRa !"

Jeritan itu membuatkan bahu MinRa terhenjut. Dia yang sedang memasak sarapan menutup api dapur.

MinRa berlari anak naik ke tangga.

"MinRa ! Apahal kau lembab sangat hah ?! Pekak ke ?! "

Hampir Sehun ingin menampar pipi MinRa. MinRa menunduk dan memejamkan matanya.

"Mana briefcase yang aku letak kat atas meja ni ?"

MinRa senyap. Sebaliknya dia membuka almari dan mengambil briefcase Sehun.

Sehun merampasnya dari tangan MinRa. Dia kemudiannya, turun ke bawah.

MinRa juga turun. Melihat Sehun yang sedang memakai stoking dan mula mencapai kunci kereta untuk ke pejabat MinRa mula memegang bahu Sehun.

Spontan Sehun memusingkan badannya.

"What ?!"

Tengking Sehun. MinRa mengalihkan tangannya. Dia memberanikan dirinya untuk bertentang mata dengan Sehun.

"Awak taknak breakfast ?"

Tanya MinRa dengan lembut.

Sehun tersenyum sinis.

"Orang miskin macam kau masak ? Hahahaha. Mesti rasa macam sampah kan ?"

Kata - kata Sehun itu amat memedihkan hati MinRa. Namun, MinRa hanya diam. Sehun keluar dari rumah dah menghempaskan pintu.

MinRa jatuh terduduk. Air matanya mengalir.

' Tak layakkah aku menerima kasih sayang ? Sedangkan aku isteri dia ! Kenapa aku ?! Kenapa ?!!'

Hati MinRa menjerit. Baru hari kedua menjadi isteri Sehun dia sudah terseksa begini.

MinRa mengesat air matanya. Dia bangun lalu ke dapur.

Makanannya yang dimasak disimpan di dalam peti sejuk.

Dia mula melakukan kerja rumah.

---

Kereta Sehun memasuki kawasan rumahnya. Dia memakirkan keretanya di garaj.

Dia melihat sepasang kasut lelaki berada di luar rumahnya. Tahulah dia bahawa kasut itu kepunyaan Luhan.

Dia melangkah masuk. Apabila dia terdengar perbualan MinRa dan Luhan dia bersembunyi sebalik dinding.

"Macam mana dah jadi wife orang ? Sehun okey tak dengan MinRa ?"

Tanya Luhan. Sehun hanya menunggu jawapan MinRa.

"Jadi wife ? Ahhaah . Macam biasa je oppa. Sehun okey dengan MinRa. Dia layan MinRa baik. "

MinRa menjawab walaupun hatinya berkata lain.

Sehun yang berada di sebalik dinding terkejut dengan jawapan MinRa.

'Ke-kenapa dia tak berterus terang ?'

Sehun mula menyedari yang MinRa benar - benar sayangkannya.

"Luhan ! Bila sampai ?"

"Dah lama dah"

Sehun memulakan lakonannya. Dia menepuk tangan dengan Luhan dan duduk di sebelah MinRa.

"Awak nak air ? Saya boleh buatkan"

MinRa membatalkan hasratnya ke dapur apabila Sehun menarik tangannya supaya kembali duduk.

"No, its okay."

Luhan hanya melihat cara perbualan Sehun dan MinRa. Dia yakin ada sesuatu yang berlaku. Tetapi, dia tidak dapat mengagaknya.

Setelah berbual begitu lama, Luhan meminta diri.

"Aku balik dulu Hun, MinRa jaga diri okay ? Love you"

Luhan mengucup dahi MinRa. MinRa memeluk Luhan erat.

"Oppa nak balik rumah je pun. Peluk macam oppa nak pergi luar negara."

Luhan ketawa kecil dengan sikap MinRa.

"Okay bro, chow'

Luhan menepuk bahu Sehun.

Sehun dan MinRa menghantar Luhan hingga ke keretanya.

"Awak nak makan ? Saya masakkan"

"Kita makan dekat luar. Siap cepat"

Seakan robot, MinRa hanya mematuhi arahan Sehun. Dia naik ke atas.

"Arghh"

Sehun yang sedang bermain telefon I Phone 6s nya terkejut apabila terdengar jeritan MinRa.

"MinRa ! "

Dia bergegas naik ke atas.

Kaca pasu berderai di lantai biliknya. MinRa duduk mengunjur sambil memegang kakinya. Air matanya merebes. Kaca yang tertusuk di tapak kakinya amat memedihkan

"What happened here ?!"

Sehun mendukung MinRa dan turun ke bawah. Kunci kereta yang sudah berada di poketnya dicapai dan Sehun terus bergegas ke hospital.

"Be strong dear "

Sebaik sahaja sampai di hospital, muka MinRa mula pucat dan dia pengsan disebabkan darahnya yang terlalu banyak keluar.

Hi guys ! Dah lama kan soo tak update ? So, here the update. Insyallah Soo akan update secepat mungkin. !

Thanks for vote and read !

[COMPLETED] Hurt (Sehun EXO fanfic)Where stories live. Discover now