Part 18

960 53 6
                                    

'You Are Mine'

"Encik duduk dulu, Mr.Sehun dalam perjalanan"

kata staff perempuan itu.

Luhan menahan marah. MinRa telah menceritakan semuanya. Dari pertemuan pertama MinRa dengan Sehun sehinggalah sekarang.

"Luhan"

Sehun menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Luhan. Luhan bangun lalu merentap kolar baju Sehun dengan kuat.

Ditumbuk muka Sehun berkali-kali sehingga berdarah mulut Sehun dibuatnya.

Ditolak tubuh Sehun ke dinding. Ditumbuk perut Sehun. Luhan merentap kolar baju Sehun. Dia mendekatkan mukanya dengan Sehun.

Tangannya menggeletar. Nafas tidak menentu. Dadanya turun naik. Dia melepaskan Sehun.

Sehun jatuh terduduk dan tersandar di dinding. Senak perutnya ditumbuk Luhan.

Luhan duduk di atas sofa. Digosok rambutnya kasar.

"Bodoh!"

Luhan menolak pasu bunga kecil di atas meja itu.

"A-aku mintak maaf Sehun. Kau dah melampau. Suami jenis apa kau ni?! Kau bawak perempuan balik kat rumah kau . Kau buat benda terkutuk depan MinRa! Kau dera dia! Dan sekarang kau nak ceraikan dia?! Dalam keadaan dia tengah mengandung tu?! Bodoh ! Bodoh ! Kau memang tak guna!"

Tengking Luhan. Dia bangun ingin keluar dari pejabat Sehun.

"Se-sebab tu la aku nak ceraikan dia ! Aku tahu aku salah !"

Jerit Sehun. Langkah Luhan terhenti. Luhan menarik nafas. Cuba bersabar, dia membuka pintu dan menghempasnya kuat.

"Mr. Sehun!"

Terkejut staff perempuan itu melihat keadaan Sehun dan pejabat.
Staff perempuan itu membantu Sehun bangun.

"Saya pergi ambil ubat"

Staff itu bergegas keluar.

Sehun mengelap darah di bibirnya. Dia tidak menyalahkan Luhan. Memang patut dia dapat balasan.

_____

Perutnya terasa sakit. Terlalu sakit .

"Nurse ! Nurse!"

MinRa menekan butang kecemasan untuk memanggil jururawat.

Seorang jururawat perempuan datang.

"Puan nak bersalin ni"

Melihat darah yang mengalir keluar jururawat itu tahu yang MinRa akan bersalin.

Jururawat itu membuka pintu dan menolak katil MinRa ke bilik bersalin.

_____

Luhan bergegas ke hospital selepas mendapat tahu tentang MinRa.

Luhan memakai pakaian dan mask yang diberi jururawat. Dia masuk ke dalam bilik itu.

"O-oppa"

MinRa menangis kesakitan.

"MinRa boleh"

Luhan menggengam tangan MinRa.

"Okay , puan masa untuk push, dalam kiraan tiga"

1..

2..

3..

"Push!"

MinRa menjerit sekuat hati. Peluh di dahinya terlalu banyak. Dia menangis.

"Push!"

MinRa mencuba lagi , lagi dan lagi.

Luhan hampir menangis melihat MinRa. Manakan tidak adiknya itu sedang bertarung nyawa untuk melahirkan satu lagi nyawa.

Tangisan bayi kedengaran. MinRa menangis.

"Baby lelaki!"

Kata doktor itu. Bayi itu diserahkan kepada MinRa setelah dicuci untuk menghilangkan (?) darah.

Luhan mengusap rambut MinRa lembut. MinRa menangis apabila melihat wajah anaknya itu . Dia rindukan Sehun.

"Congrats dear"

Luhan mencium dahi MinRa.

__________

Thanks for read and vote !!

[COMPLETED] Hurt (Sehun EXO fanfic)Where stories live. Discover now