Part 19

974 55 11
                                    

'The truth'

"MinRa"

MinRa menoleh .

"Awak nak apa ?"

"Jumpa anak kita"

MinRa diam. Dia melihat muka Sehun. Mulut dan pipinya penuh dengan kesan cedera. Dia mahu bertanya tetapi dibiarkan saja.

"Hello"

Sehun mencium anaknya itu. Dia menitiskan air mata. Dia sudah jadi ayah.

"Awak dah bagi nama ?"

Tanya Sehun. Lembut.

"Belum, dah la saya nak tidur"

MinRa melelapkan matanya. Dalam hatinya dia begitu gembira kerana Sehun melawatnya dan anak mereka.

Sehun masih bermain dengan anaknya.

_____

"Luhan"

Luhan menoleh, Sehun dibelakangnya.

"Sehun. Aku mintak maaf pasal haritu. Aku tak boleh kawal emosi aku"

Sehun tersenyum.

"Eh takpe. Aku tahu aku salah"

"Aku harap kau dengan MinRa boleh settlekan benda ni elok elok. Lagipun korang dua dah ada anak."

"Aku takut. Aku takut dia tak terima aku. Aku banyak buat salah dengan dia"

Luhan menepuk bahu Sehun.

"Come on bro , you can do it. Good luck"

Luhan pergi meninggalkan Sehun.

Sehun masih lagi di hospital menjaga MinRa.

_____

MinRa terjaga. Dilihat jam pada dinding sudah pukul 2:50 pagi.

'Sehun ?!'

Dia terkejut melihat Sehun disebelahnya sedang tidur. Ditenung wajah Sehun .

MinRa tersenyum. Gaya tidurnya masih sama. Dia kenal sangat dengan Sehun . Kalau tidur , gempa bumi sekalipun dia tidak sedar.

"Eh Sehun , bangun"

MinRa menggoncang tubuh Sehun. Tapi Sehun masih tidak sedar juga.

"Ish dia ni. Sehun !"

MinRa menggoncang lebih kuat. Akhirnya , Sehun terjaga.

"Ish , nak bangun pun susah!"

Sehun menenyeh matanya.

"Eh , MinRa . Awak kenapa terjaga ni ? Baby mana ?"

Sehun menoleh.

"Baby dekat bilik lain , nurse jaga. Yang awak ni buat apa tidur kat sini?"

"Nak jaga awak lah!"

Sehun buat muka comel.

"Dah tak payah nak buat muka macamtu . Balik. Esok kerja kan ? Nanti penat."

Kata MinRa.

"Taknak!"

Sehun memeluk tubuh. Degil.

"Ikut awaklah . Esok kalau bangun lambat pergi kerja baru tau! Saya tak kejut awak eh esok"

MinRa memberi amaran. Dia menarik selimutnya sedikit dan menyambung tidur.

Sehun menggaru kepalanya.

'Nak balik ke nak stay ni'

Fikir Sehun.

_________

*TENGAH HARI*

MinRa sudah boleh keluar hari ini. Luhan menolak kerusi roda sambil Sehun disebelah membawa beg MinRa.

"Oppa , MinRa nak pergi tandas jap"

"Okay"

Luhan menolak kerusi roda ke tandas. Sampai sahaja di deoan tandas MinRa menarik baju Luhan.

"Kenapa dia ada kat sini? Bukan semalam dia dah balik ke"

Bisik MinRa pada Sehun.

"Entah"

Luhan buat-buat tak tahu. Padahal dia yang suruh Sehun datang.

"Eiiii , cubit baru tau! Nah tolong pegang baby"

Luhan mendukung baby itu.

"Eh nak cubit orang pulak"

Luhan tergelak. MinRa bangun dari kerusi roda dan ingin masuk ke dalam tandas.  MinRa menoleh ke belakang. Sehun mengikutnya.

"Eh , nak pergi mana ?"

Tanya MinRa pada Sehun.

"Nak ikut awak la. Kan awak tengah pantang , kalau terjatuh dalam tandas macam mana?"

Kata Sehun.

"Suka-suka hati dia je . Ni tandas perempuan . Awak tu lelaki ke perempuan ? Saya boleh berjalan lagi la."

Kata MinRa sedikit geram. Dia masuk ke dalam tandas.

"Saya lelaki la !"

Jerit Sehun.

Luhan tergelak-gelak di belakangnya.

"Kau gelak kenapa?"

Marah Sehun.

"Betul ke lelaki HAHAHAHAHAHA"

Luhan menyambung gelaknya.

"Kau ingat aku apa ha ? Kalau tidak , baby tu takde tau!"

Sehun geram . Luhan tidak berhenti gelak.

_______

"Oppa , MinRa tak suka la dia kat sini"

Kata MinRa pada Luhan.

"Eh kenapa pulak?"

"Tak selesa. Oppa suruh la dia balik. Dah lewat malam ni"

Kata MinRa. Luhan keluar dari bilik.

"Sehun , dia suruh kau balik. Dia cakap dia tak selesa"

Bisik Luhan pada Sehun yang sedang menonton televisyen.

"Aku rasa nak buat suprise la kat MinRa"

Bisik Sehun.

"Kau nak buat suprise apa?"

_____________

Thanks for read and vote ! Dah nak habis dah~~~.

Next ff Soo tengah fikir lagi nak buat ff  Suho or D.o .

Pilih la ! Paling banyak vote , Soo buat ff .

Comment okay !!





[COMPLETED] Hurt (Sehun EXO fanfic)Where stories live. Discover now