B2

8.6K 382 7
                                    

"Kau tak cuba cara tradisional kah ?", tanya Dr. Firdaus, rakan sekerja Fathi.

"Sudah... semuanya sudah. Dah la, tak perlu tanya lagi pasal benda tu. Memang tiada rezeki barangkali", ujar Fathi dingin bila ditanya tentang zuriat.

"tiada rezeki lagi", Dr. Firdaus perbetul ayat Fathi tentang rezeki zuriatnya.

"Eh, Fathi... Kau nak tahu aku jumpa dengan siapa di hotel Blue Wave semalam ?", tanya Dr. Firdaus

"Siapa ?", dibalas dengan soalan oleh Fathi.

"Aku jumpa Insyirah...",
"Sekarang dia menjadi peguam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Semakin bagus dia sekarang, berpurdah pula.", jelas Dr. Firdaus tentang Insyirah, iaitu bekas teman sekelas lamanya dan Fathi. Insyirah juga adalah orang yang pernah Fathi minati dibangku sekolah menengah dahulu.

"Ya ? Wah... bagusnya.",

"Berita terkejutnya, umur begini, dia masih single lagi !", ujar Firdaus lagi.

"Eh ? Bukankah Abang Yaseer, si ketua binnadwah tu yang beria-ia inginkan Syirah ? Aku fikir dia sudah punya anak pun !", Fathi kebingungan.

"Syirah ada ceritakan pada aku tentang hal tersebut. Katanya, Yaseer tak nampak dia dalam istikharahnya jadi dia batalkan perkahwinan mereka. Sedangkan, hanya tinggal seminggu saja lagi sebelum berlangsungnya akad nikah.", jelas Firdaus.

"Allahu... memang jodoh itu ketentuan Allah juga kan...", Jelas Fathi sambil meletakkan beg berisi bekas makanannya diatas meja kerjanya.

"Wah, ada apa dalam beg ni ?", teruja Firdaus mengintai sedikit mulut beg tersebut.

"Alah... Makanan sarapan isteri aku masak pagi tadi...", jelas Fathi sambil mengeluarkan bekas-bekas tersebut dan dihulur kepada Firdaus.

"Eh ? Kenapa pula ni ?",

"Kau makanlah. Aku sudah kenyang.", tipu Fathi.

"Eh, tak eloklah begitu. Bekal ini disediakan khas buat kau oleh Aisyah... Kau patut hargainya dan beruntung ada insan yang caring dengan makan dan pakai kau.", bebel Firdaus.

"Ya aku faham. Alhamdulillah.", jelas Fathi. Tetap berkeras menyuruh Firdaus menjamah makanan tersebut dan menghabiskannya.

---

Fathi's P.O.V.

Entah kenapa, semenjak kebelakangan ni aku menjadi terlalu sensetif. Lebih-lebih lagi bila ada saja yang menimbulkan cerita berkenaan bayi, anak, "usaha", dan macam-macam lagi.

Aku hanya mampu memejamkan mata pabila ada saja wajah ceria pasangan suami isteri menuai kasih mesra antara mereka dan anak-anak dikhalayak ramai. Aku hanya mampu memekakkan telinga pabila ada saja suara riang tawa kanak-kanak, tangisan inginkan perhatian mereka menusuk ke corong telingaku.

"Eh, abang dah balik ! Awalnya abang balik hari ni", Aisyah menyambutku dipintu utama rumah. Memang setiap hari kerja aku akan tiba di rumah pada pukul 6:30 petang tetapi hari ini Firdaus dapat menggantikan tempat aku kerana katanya aku bagaikan hilang fokus. Jadi, aku dapat pulang seawal jam 2:30 petang. Lembut tuturnya hanya sekadar suara padaku.

"Mhm...", aku masuk dan merebahkan badanku disofa hadapan televisyen. Dengan lemahnya aku mencapai remote control dan menukar-nukar siaran tanpa tujuan.

"Abang tak sihat ke hari ni ? Mari, Aisyah urutkan.", pinta Aisyah. Aku hanya menepis-nepis tangannya ketepi. Kemudian aku naik ke atas dan khidmat diri. Selesai khidmat diri aku turun ke bawah semula dan disambut Aisyah sekali lagi untuk menjamu makan tengahari.

"Abang... Aisyah minta maaf. Aisyah tahu abang tak suka lauk recycle tapi sayang pula Aisyah lauk-lauk semalam tak habis. Alhamdulillah, masih elok.", ujar Aisyah menceduk nasi dan lauk kedalam pingganku.

"Ehm, takpe...", jawabku.

"Abang, malam ni Aisyah ada appointment dengan Dr. Fathia, jadi Aisyah nak minta abang temankan Aisyah. Boleh ya ?", pintanya.

"Kenapa nak pergi lagi ? Aisyah pergi je lah sendiri. Abang malas lah."

"Abang... Aisyah ada baca dekat internet, kita boleh juga guna cara perubatan modern... ki-"

"Aisyah ! Apa awak tahu dengan perubatan lain ? Dah doktor dekat internet tu kata tak boleh kan ? Dah la tu.", dengus diriku.

"Tapi abang... tu pendapat internet saja. Kita perlu jumpa doktor pakar untuk minta pendapat secara personal. Lagipun, kita belum cuba lagi kan ? Abang... Aisyah faham abang cuma doktor psikologi tapi Aisyah yakin abang juga setuju dengan pendapat Aisyah...", ujar Aisyah padaku.

"Kalau awak nak pergi, awak pergilah sendiri ! Saya dah cukup masak dengan pendapat yang sama saja ! Lagipun, bukannya salah saya. Doktor sendiri cakap yang rahim awak tu tak kuat.", meninggalkan Aisyah sendiri di meja makan.

---

Aisyah hanya terduduk diam. Diseka manik jernih di pipinya dan mengemas meja makan.

Malam itu, kereta Audi R8 miliknya dihidupkan enjin kemudian laju menuju ke Hospital Kuala Lumpur.

"Rahim awak masih belum kukuh sebab awak baru keguguran, kemudian awak mengandung lagi. Kemudian awak gugur lagi dan mengandung lagi sekali. Jadi, untuk usahakan lagi, mengambil masa untuk rahim awak betul-betul kukuh semula."

Seperti malam-malam yang sebelumnya, sejadah, tasbih dan Al Quran menemani sepertiga malamnya. Tak putus munajatnya terhadap Ilahi. Terkenang Aisyah diatas sejadahnya,

لا يكلف الله نفساً الا وسعها

Laju tangannya menyeka air mata dipipi. Namun, semakin diseka, semakin deras air matanya.

Allahu, ya Rabbi, ya Rahman, ya Raheem, ya Sami', ya Baseer... Aku mengerti akan ujian yang Kau berikan buatku ini. Lantas, Kau tabahkanlah hati kami suami isteri. Tabahkanlah hati suamiku agar dapat menempuh ujianMu atas keturunannya. Tabahkanlah hatiku... menerima kesukaran memberikan zuriat buat keturunannya, juga sabarkanlah hati ini menepis segala kata-kata yang melukakan jiwa ini. Sungguh, dia seorang hamba yang soleh tetap pendosa padaMu. Jadi, ampunilah dosaku, dan dosanya...

SOTD : Cinta Ini Membunuhku by Janna Nick (cover)

Bukan Milik Hakiki [sequel Suamiku Ustaz]Where stories live. Discover now