Berlepaslah Puan Azza dan Encik Uwais ke Dublin, seminggu lamanya.
Puan Humairah sudah menetapkan anaknya, Huzaifah, agar menjaga Fathi dan adik-adiknya pada hari Khamis & Jumaat. Ini kerana, Encik Azharuddin sibuk pada hari tersebut. Hari Sabtu & Ahad pula, seluruh keluarga Encik Azharuddin akan berkumpul di rumahnya, dengan rancangannya ingin membawa Fathi dan adik-adiknya tidur semalam, dua disana.
---
Hari Isnin
"Jangan risau, Fathi... Abah dan Huzaifah akan ada disini menjaga Fathi, Furqan dan Hawa buat beberapa hari. Umi Humairah pun akan masakkan kita semua pada setiap hari. Fathi berehatlah ya...", ujar Encik Azharuddin menepuk-nepuk bahu Fathi.
"Abah...", hari pertama Fathi bersuara setelah sekian bisu mengunci mulut.
"ya, Fathi ? Anak abah ni sakit ke ? Lapar ? atau nak pergi tandas ?", bertubi pertanyaannya. Sangat mengambil berat tentang bekas menantunya itu. Fathi juga terkejut mendengar perkataan "anak abah" itu, kerana Fathi sangat rasa bersalah meninggalkan puterinya terluka.
"Abah, mana Insyirah ?",
"Ehm, abah tak tahu la nak... Semalam, Insyirah ada bersama kami dilapangan terbang. Tetapi cepat juga dia menghilang. Kami belum sempat disalamnya pun. Terlalu sibuk tu.", jelas Encik Azharuddin, sambil menyusun-nyusun ubat-ubatan Fathi diatas meja.
"Abah... dia dah tak mahu jumpa Fathi lagi kah ?",
Encik Azharuddin terdiam.
"Abah... Fathi rindukan dia...", ujar Fathi. Encik Azharuddin tersenyum. Diusapnya pipi Fathi.
"Biasalah tu, orang sibuk bekerja. Insyirah tu bukan calang-calang orang. Seorang yang bekerjaya.", jelas Encik Azharuddin. Kemudian, Huzaifah masuk ke bilik nya, mengikuti dibelakangnya seorang gadis.
"Eh, Aisyah ?! Aisyah kata, Aisyah balik bulan depan ? Allahu... awalnya balik...", disalam dan dipeluk Encik Azharuddin. Aisyah hanya tersenyum. Huzaifah berlalu pergi ke dapur bagi menyediakan minum petang mereka.
"Maaf abah, Aisyah tak telefon dulu... Umi call Aisyah dua hari lepas, katanya, umi akan menjaga Abang Fathi, Furqan dan Hawa. Jadi, Aisyah balik lah cepat-cepat. Insya Allah, Aisyah boleh turut bantu.", jelasnya. Huzaifah kembali ke dalam bilik membawa sedulang besar berisi teh o panas dan kuih muih yang dibeli kakaknya.
"Alah, akak... Alhamdulillah, setakat ni kudrat kami cukup lengkap untuk bantu Abang Fathi dan adik-adiknya.", jelas Huzaifah sambil menyuap kuih kegemaran Fathi, yang pastinya Aisyah masih ingat. Kuih cek mek molek (크크크 it's my fav actually...)
"Akak tahu tu. Akak boleh jadi chef atau driver Furqan & Hawa ke sekolah. Kan lebih mudah pekerjaan ? Umi boleh bantu masak, akak hantarkan. Furqan & Hawa boleh dihantar dan diambil oleh akak. Abah dan angah boleh jaga abang Fathi saja dirumah.", jelas Aisyah.
"Bagus juga tu cadangan Aisyah. Lebih jimat kos. Cuma perlu guna satu kereta sahaja untuk kemana-mana. Aisyah jadi postman juga lah ye ?", Aisyah hanya tersenyum mengangguk. Abah dan adiknya ketawa terkekeh. Fathi hanya mampu termenung, terkenangkan Insyirah yang tiada kesanggupan berada disisinya.
Sedangkan, Aisyah yang masih punyai urusan kerja di luar negara selama sebulan lebih lagi, sanggup menjengah seketika ke Malaysia hanya untuk membantu Fathi sekeluarga.
• SOTD : Hanya Ingin Kau Tahu by Republic (Nanasheme cover)
YOU ARE READING
Bukan Milik Hakiki [sequel Suamiku Ustaz]
RomansaSekuel dari cerita, "Suamiku Ustaz"™ © Karya Insan Buku ini berkisarkan cerita Islamik. Moga kalian juga mendapat santapan ilmiah dari buku ini. Segala kekurangan dari saya, insan biasa. Aasif jiddan. Jazakumullahu kheir || DISCLAIMER || Watak, kar...