B12

6.7K 319 0
                                    

"Assalamualaikum, Humairah...",

"Waalaikumussalam, umi tidur... ni anak dia, Aisyah.", Aisyah yang berjaga sepertiga malam itu memeriksa jam diatas meja, kelihatan sudah masuk jam 5:10 pagi.

"Eh, Aisyah ..?! Umi ingat, Aisyah pergi business trip ?",

"Oh, umi Azza kah ni ? Ya, Aisyah memang ada business trip tapi Aisyah balik ke rumah. Bagi memudahkan lagi urusan sehari-hari menjaga Furqan dan Hawa.", jawab Aisyah tenang.

"Oh, begitu... Terima kasih, Aisyah. Umi sebenarnya ada perkara nak beritahu pada Umi Humairah, tapi tak mengapalah...",

"Eh, umi beritahu sajalah pada Aisyah. Insya Allah, Aisyah boleh sampaikan.",

"Aisyah, umi dan abi akan ambil masa seminggu-dua lagi disini. Urusan kami menjadi semakin sukar. Jadi, kami sangat perlukan bantuan untuk menjaga mereka sepanjang ketiadaan kami.", sayu suara Puan Azza.

"Umi, jangan risau... Kami sekeluarga punyai masa yang banyak untuk keluarga umi. Macam mana sekalipun, umi tetap keluarga kami.", ujar Aisyah.

Diakhiri panggilan tersebut dengan terima kasih dan salam. Subuh pun berlabuh, Aisyah memberitahu keluarganya tentang hal itu dan mereka semua bersetuju. Bahkan, Encik Azharuddin berasakan dia mempunyai peluang yang banyak bagi membantu mengembalikan kesihatan Fathi, dengan izin-Nya.

Sepanjang minggu-minggu yang berlalu, rutin yang sama berlaku.

5:00 AM - Bangun pagi untuk qiamullail dan solat subuh. Mengejutkan Furqan & Hawa untuk bersiap ke sekolah.

6:15 AM - Sarapan pagi bersama.

7:00 AM - Menghantar Furqan & Hawa ke sekolah. Fathi, Encik Azharuddin dan Huzaifah akan berehat atu tidur seketika.

8:00 AM - Tamat rehat, Encik Azharuddin akan memulakan aktiviti membantu Fathi berjalan semula.

12:00 PM - Tamat sesi aktiviti, berehat seketika dan khidmat diri.

1:15 PM - Solat Zohor berjemaah. Makan tengahari bersama Puan Humairah dan Aisyah.

3:00 PM - Mengambil Furqan & Hawa dari sekolah.

4:30 PM - Dr. Farhan akan menziarahi bagi membuat pemeriksaan ke atas keadaan Fathi sehari-hari.

Dan aktiviti lain-lain disebelah malam.

---

Hari demi hari, Fathi sepertinya perubahan kelihatan keatas kesihatan Fathi. Akan tetapi, hanya Encik Azharuddin dan Huzaifah mengetahui perubahan tersebut. Dr. Farhan juga terkejut akan perubahan Fathi yang kini semakin mampu untuk berjalan semula.

Nur Kasih by In-Team

Bukan Milik Hakiki [sequel Suamiku Ustaz]Where stories live. Discover now