B5

7.1K 325 0
                                    

"Puan, buat masa ni, saya cuma mampu memberikan rawatan secara luaran dan saya perlukan puan untuk bekerjasama bagi meneruskan medical checkup setiap hujung minggu sehingga kita dapat keputusan yang memuaskan.", jelas Dr. Fathia.

Saban hari, Aisyah menguatkan kudratnya untuk berterusan mencuba memulihkan rahimnya agar kukuh. Selain mereka telah melalui sesi kaunseling selama sebulan.

---

Aisyah dan Fathi menerima sepucuk surat dari Maahad Muhammadi Pasir Pekan, Kelantan. Dibukanya perlahan-lahan,

"Jemputan Majlis Reunion Pelajar Maahad Muhammadi Pasir Pekan '11-'16"

"Katanya disini, insya Allah minggu depan.", jelas Aisyah pada Fathi.

"Oh, kalau begitu, kita perlu persiapkan apa-apa, sekaligus dapat menziarahi rumah lama abang disana. Aisyah siapkanlah segala pakaian dan lain-lain", arah Fathi.

Aisyah mengangguk.

ting!

Suatu mesej masuk,

Amira Anuar : Assalamualaikum, Aisyah... Kau ada dapat surat dari MMPP ?
Aisyah : Ya, surat jemputan itu. Kau pergi atau tidak ?
Amira Anuar : Ya, aku akan pergi bersama Najihah. Mungkin, 3 hari lebih awal, kerana kami ada program dengan sekolah menengah.
Aisyah : Baiklah, ilal liqa' insya Allah...
Amira Anuar : Insya Allah...

---

Aisyah dan Fathi berjalan keluar dari kereta Porsche Fathi ke medan thobur dan menemui rakan-rakan lama serta bekas tenaga pengajar disitu.

"Assalamualaikum", laung Fathi ke sekumpulan lelaki yang sedang berbual-bual. Kelihatan, Amirul Mu'minin, Haimi, dan rakan-rakan yang lain ceria dalam suasana tersebut. Mana tidaknya, sekian lamanya tiada bersua, kini bertukar cerita, mengkhabarkan keadaan, melontarkan pengalaman sepanjang meninggalkan sekolah tersebut.

"Waalaikumussalam", jawab mereka menyahut salam Fathi. Bersalaman mereka, manakala Aisyah berlalu pergi bertemu rakan-rakannya yang lain.

"Assalamualaikum...", Aisyah menerpa rakan-rakannya.

"Waalaikumussalam ! Eh~ Aisyah, ingat tok sea mari doh...", ujar Arfa.

"Eh, mana boleh lepaskan peluang. Disinilah terciptanya lembaran cinta antara dua insan...", jelas Aisyah mengkiaskan cerita pertemuannya dan Ustaz Fathi suatu ketika dulu.

"Bagaimana dengan kalian sekarang ?", tanya Najihah. "Ada perkembangan ?"

"Alhamdulillah, baik-baik sahaja.",
"Ada progress pada aku. Tetapi, aku masih tidak bersedia. Bukan trauma, tetapi cuba mengembalikan keyakinan terhadap diri dan suami.", jelas Aisyah panjang.

Rancak bualan Aisyah dan rakan-rakannya, tiba-tiba disapa seorang gadis berpurdah biru.

"Assalamualaikum... rancak berbual nampak ?"

"Eh, kak Syirah !!!", teruja rakan-rakan Aisyah. Aisyah hanya tersenyum, inilah wajah yang kami suami isteri temui sejak sebulan lalu..., bisik hati Aisyah.

"Kalian sihat ? Bagaimana kerjaya sekarang ? Sudah berkeluarga ?", soalan bertubi dituju kepada rakan-rakan Aisyah. Mereka pun rancak berbual. Setelah beberapa minit berlalu, Insyirah berlalu pergi menemui tenaga pengajar yang lain, turut mengikuti perbualan itu ialah Fathi.

"Em, Aisyah... Kau tahu tak pasal Kak Syirah ?", tanya Syafiqah.

"Fasal apa ?", tanya Aisyah kebingungan.

"Fasal dia tak jadi kahwin dengan senior dia tu.", Aisyah menangguk.

"Bukan itu sahaja, setelah kak Syirah patah hati, dia menunggu suami kau pula. Tetapi, ketika itu dia tidak tahu bahawa Fathi sudah beristeri.", jelas Syafiqah lagi.

"Eh kau ni, ada saja... Mana kau tahu semua ni ?", sampuk Arfa sambil menyedut air nya.

"Aku dan adik nya adalah rakan sebilik. Jadi, sewaktu kak Syirah tu sedang bersedih, dia mendatangi adiknya dan berbual pelbagai perkara. Termasuklah pasal Ustaz Fathi.", jelas Syafiqah.

Aisyah hanya mengangguk. Dia menganggap, itu perkara biasa baginya. Ya lah, Fathi itu juga seorang yang kacak rupanya, tinggi pendidikannya. Akan tetapi, Aisyah juga seperti cemburu akan keadaan Insyirah yang kini membujang dan ada hak bagi suaminya menyuntik bunga itu.


SOTD : Butiran Debu by Rumor

Bukan Milik Hakiki [sequel Suamiku Ustaz]Where stories live. Discover now