3 hari kemudian
"Alhamdulillah, Fathi boleh dibawa pulang ke rumah. Kerja-kerjanya telah digantikan dengan doktor baharu. Jadi, beliau akan diberhentikan tanpa gaji sepanjang beliau sakit. Saya harap, Fathi akan kembali pulih. Yang penting dalam mengembalikan kesihatannya adalah do'a dan semangat dari sekeliling. Insya Allah, dia akan kembali pulih. Ada kan rawatan atau temu janji nya dengan doktor pakar disini.", panjang kenyataan Dr. Farhan.
Puan Azza dan Encik Uwais membawanya ke rumah Fathi bagi mempermudah urusan tanpa perlu memindahkan apa-apa barang Fathi dari rumahnya ke rumah ibu bapanya. Pabila petang menjelang, pasti Aisyah dan kedua ibu bapanya menziarahi Fathi.
"Assalamualaikum", Aisyah membuka pintu rumah yang dahulunya miliknya bersama si pemilik cintanya selepas Allah & Rasul, kini menjadi kenangan.
"Waalaikumussalam",
"Masuklah, Aisyah", jemput Puan Azza. Disambutnya plastik yang dihulurkan Aisyah berisi kuih-muih bagi santapan mereka petang itu."Assalamualaikum, Fathi... Fathi sihat ? Fathi dah solat ?", tanya Puan Humairah pada Fathi. Fathi hanya jawab berdehem, termenungnya jauh memikirkan, di mana isteri nya menghilang.
---
Suatu hari, Allah mentakdirkan Encik Uwais dan Puan Azza perlu ke Dublin atas urusan kerja,
"Assalamualaikum, Humairah...", kedengaran suara Puan Azza halus di corong telefon.
"Waalaikumussalam, Kak Za... Akak sihat ?", jawab Puan Humairah.
"Akak sihat Alhamdulillah... Humairah sihat ? Kak ni sebenarnya ada urusan dan hajat penting",
"Hajat apa tu kak ?",
"Akak dan abang Uwais harus ke Dublin hujung minggu ni. Dikesuntukan masa ni, tiada siapa yang mampu datang untuk menjaga Fathi, Furqan dan Hawa. Jadi, sa-",
"Akak, takpe. Saya faham. Saya boleh bantu akak. Selagi kudrat saya dan suami termampu membantu akak sekeluarga, kami bantu, Insya Allah",
"Allahu...", Puan Azza menahan sebak di hujung telefon.
"Terima kasih, Humairah... Akak rasa sangat malu dengan kalian sekeluarga, sudah lah anak akak tinggalkan Aisyah yang cukup solehah sebagai isteri disisi hanya kerana tiada bersambung keturunannya. Akak minta maaf sangat-sangat...", berjujuran air matanya diseka berkali-kali.
"Kak, selagi kita saudara sesama Islam, tiada hilang kepentingan akak dari mata saya. Walaubagaimana pun, akak tetap saudara saya. Kita tetap keluarga. Tiada siapa terluka, kami redhainya bersama. Sudah takdir Tuhan kak, saya juga minta maaf atas kekurangan Aisyah...", Puan Humairah turut sebak dengan kata-kata Puan Azza.
"Alhamdulillah kita masih bersatu... Semoga Allah merahmati keluarga kalian dan diangkat lebih tinggi darjat dari kami diakhirat nanti.", do'a Puan Azza.
"Insya Allah, kita sama-sama miliki syurga demi kasih yang terjalin ini kerana-Nya...", jelas Puan Humairah. Puan Azza bersetuju. Akhirnya mereka menutup telefon selepas mengucap salam keatas masing-masing.
• SOTD : Terakhir by Sufian Suhaimi
YOU ARE READING
Bukan Milik Hakiki [sequel Suamiku Ustaz]
RomanceSekuel dari cerita, "Suamiku Ustaz"™ © Karya Insan Buku ini berkisarkan cerita Islamik. Moga kalian juga mendapat santapan ilmiah dari buku ini. Segala kekurangan dari saya, insan biasa. Aasif jiddan. Jazakumullahu kheir || DISCLAIMER || Watak, kar...