Hari demi hari, hanya keperitan yang dilalui oleh Aisyah dan Fathi. Hanya luka tertampal dihati, hanya air mata kesedihan meniti kelopak mata. Sungguh, Aisyah bersabar dan terus bersabar dengan keadaan suaminya yang semakin hari semakin sukar menerima tekanan, begitu juga rakan sekeliling, sanak saudara, orang sekampung yang bertanyakan tentang perkara sensetif itu.
---
Senja nan berlabuh, sejurus Aisyah mendengar azan maghrib, ditunaikan solat 3 rakaat itu, dituruti solat hajat dan bacaan Al Quran. Terpaksa ditangguh bacaannya bagi menunggu azan Isya' kerana Fathi akan makan malam setelah pulang dari masjid.
Laju kakinya melangkah ke dapur. Disediakan bahan-bahan, cadangnya ingin memasakkan suaminya nasi goreng ayam paprik beserta telur dadar. Selesai masak, Aisyah menunaikan solat Isya' dan seterusnya menjemput suaminya di pintu rumah.
"Assalamualaikum, abang...", Aisyah memberi salam sambil melemparkan senyuman manis buat suami tercinta.
"Waalaikumussalam", jawab Fathi dingin bunyinya.
"Hah, awak dah masak ke belum ?", tanya Fathi.
"Dah, mari, kita makan sama-sama", ajak Aisyah memautkan tangannya dilengan Fathi. Fathi layannya acuh tak acuh ketika itu.
"Duduk bang...", bagaikan si dayang melayan si raja. Sepinggan nasi goreng ayam paprik dan telur dadar terhidang. Disediakan juga secawan kopi madu panas dan segelas jus delima.
"Aisyah. Abang ada perkara nak bincang ni", Fathi memulakan perbicaraan di meja makan yang 10 minit awalnya bagaikan dua orang yang asing sedang makan semeja.
"Ya abang, Aisyah mendengar.", jelas Aisyah.
"Abang nak kena pergi outstation esok. Insya Allah abang balik hujung minggu ni.", Aisyah mengangguk.
"Tapi",
"Sepanjang abang tak ada dirumah ni, Aisyah fikirlah apa yang terbaik untuk Aisyah. Apa yang terbaik untuk kita. Apa yang baik untuk keturunan kita"
"Abang hanya nak keputusan bila abang dah balik. Aisyah istikharah sungguh-sungguh."
Itu sahaja perbicaraan terakhirnya, lalu Aisyah membantunya menyiapkan pakaian dan barang-barang penting sebelum ke Pulau Pinang untuk seminggu lamanya.
---
"Jaga diri abang...", pesan Aisyah setelah bersalam dan mencium tangan suaminya.
"Saya tahu lah. Awak tu, bila dah duduk seorang diri, jangan benarkan sesiapa masuk rumah kecuali parents kita.", arah Fathi.
"Baik abang.",
"Abang, Aisyah sayangkan abang.",
itulah katanya yang terakhir sebelum Fathi bertolak. Fathi hanya mengangguk.
• SOTD : Erti Cinta by Maya Karin
YOU ARE READING
Bukan Milik Hakiki [sequel Suamiku Ustaz]
RomanceSekuel dari cerita, "Suamiku Ustaz"™ © Karya Insan Buku ini berkisarkan cerita Islamik. Moga kalian juga mendapat santapan ilmiah dari buku ini. Segala kekurangan dari saya, insan biasa. Aasif jiddan. Jazakumullahu kheir || DISCLAIMER || Watak, kar...