Fathi's P.O.V.
Sepertinya, kenangan lama mengimbau kembali diingatan. Insyirah yang dulu pernah aku sukai, kini kembali dalam hidupku. Dalam keadaan, aku yang sedang menahan kedinginan hati kerana tiada zuriat dari Aisyah, hatiku bagai dipanah oleh panahan beracun syaitan.
Alhamdulillah, segalanya dapatku tepis. Tetapi, murabbiku yang paling aku percaya, yang juga soleh orangnya, mengatakan Insyirah sedang mencari calon suami kerana tidak lama lagi dia akan berhijrah dari Malaysia bagi menyambung pembelajaran. Jadi, dia memerlukan seorang mahram baginya.
---
Setelah sebulan majlis tersebut berlalu, Fathi sepertinya sering termenung sendiri dan bila ditanya Aisyah, dihiraukan soalannya.
Sehingga suatu malam, setelah selesai solat Isya', segala saat diamnya, buah fikirannya, diluahkan pada Aisyah.
"Aisyah, mari sini. Abang ada perkara nak bincangkan.", Fathi memanggil Aisyah yang sedang menyapu-nyapu losyen ditangan dan mengarahkan Aisyah duduk disebelahnya di atas katil.
"Ya, abang ? Bincang soal apa ?", Aisyah menutur lembut kata-katanya.
"Abang sudah istikharah, abang sudah buat keputusan,"
"Abang... akan berkahwin lagi", jelas Fathi.
Kecamuk hati Aisyah mendengarnya, air matanya entah dari mana jatuh bercucuran bagaikan air terjun. Terkejutnya dia akan sebaris ayat itu tiada reaksi, membatu seketika, tiada apa terkata.
"Abang tahu, abang bersetuju dengan syarat ta'liq itu, akan tetapi dalam keadaan sebegini, abang sukar untuk terimanya Aisyah... Abang harap Aisyah faham.", jelas Fathi. Kemudian cepat dia memalingkan badannya, menutup suis lampu meja di tepi katilnya dan terus tidur lena dibuai mimpi nan indah.
Sedangkan Aisyah yang masih dalam keraguan, terkaku, terdiam sepi, lantas dia bersangka baik dan cuba menunaikan solat sunat dua rakaat memohon petunjuk Allah adakah ianya benar, lalu bermunajat...
Allah menghadirkan buah fikiran, agar dia dapat menawan hati suaminya semula, agar mereka dapat berusaha lagi dan mempertahan cinta yang satu antara mereka.
---
Seminggu berlalu, Aisyah cuba melayani Fathi dengan baik. Namun, apakan daya, Allah yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, menghadirkan ketenangan saat Fathi mengutarakan hal poligami itu.
"Abang... Aisyah sudah berbicara dengan abah, umi, mereka kata, mereka takut agama Aisyah rosak kerana cemburu atas sebab poligami, lebih baik, abang lepaskan puteri mereka ini...", jelas Aisyah dengan tenang setelah beberapa hari beristikharah kepada Allah. Begitu juga abah dan umi Aisyah membantu istikharah bagi memudahkan urusan anaknya.
Fathi yang terkejut mendengar, cuba menerima maklumat itu di otak, setelah seminggu beristikharah, memohon petunjuk, lalu dengan izinNya...
"Saya, Fathi Al Qarni bin Uwais, menceraikan Aisyah Sumayyah binti Azharuddin dengan talak satu"
Maka, jatuhlah satu talak keatas Aisyah, bersaksikan ahli keluarga, si wali dan hakim syariah. Seminggu kemudian, berlangsungnya pernikahan antara Insyirah dan Fathi.
• SOTD : Let It Go by Hailee Steinfeld (cover)
YOU ARE READING
Bukan Milik Hakiki [sequel Suamiku Ustaz]
Storie d'amoreSekuel dari cerita, "Suamiku Ustaz"™ © Karya Insan Buku ini berkisarkan cerita Islamik. Moga kalian juga mendapat santapan ilmiah dari buku ini. Segala kekurangan dari saya, insan biasa. Aasif jiddan. Jazakumullahu kheir || DISCLAIMER || Watak, kar...