B11

6.9K 330 2
                                    

Usai solat Maghrib berjemaah, Encik Azharuddin memberi tazkirah ringkas. Kemudian, Puan Humairah dan Aisyah ke dapur bagi menyiapkan makan malam, Encik Azharuddin ditemani Fathi mentasmi' hafalan Quraan Huzaifah, Manakala Furqan dan Hawa membuat kerja sekolah.

Tepat jam 8:45 PM, azan berkumandang. Mujur, Puan Humairah dan Aisyah sempat menyiapkan segala hidangan. Menu biasa-biasa sahaja. Telur dadar bungkus, tom yam, ulam-ulaman, diselitkan juga budu. Setelah solat berjemah, seisi keluarga pun merapati meja makan dan menjamu selera.

Huzaifah yang masih tertanya, mengapa Encik Azharuddin tersenyum sendiri pada siang tadi, kini membuka mulut untuk bertanya, dan menuntut cerita dari abah nya.

Abah tersenyum,

"Abah masih teringat, pertama kali umi dan abah kahwin. Awal-awal lagi, umi dah nyatakan jadual hariannya. Umi nyatakan, dia akan ada program ilmiah dan Islamiah pada hari yang telah ditetapkan setiap minggu. Jadi, umi pinta abah meredhakannya dan menghalalkan segala waktu yang tika umi tiada dia disisi abah. Dengan manisnya muka umi, dengan jelas pernyataannya, dengan kesungguhannya dalam menjadi pejuang Islam, abah izinkan dan halalkan.", cerita Encik Azharuddin.

"Wah, untung abah ada isteri solehah macam umi", kata Fathi. Tanpa dia sedari, dia juga pernah mempunyai isteri se solehah itu. Bahkan lebih solehah lagi, apabila diuji Tuhan, dia tetap bersabar dan berusaha menempuhnya.

"Emm, betul tu... Untung sangat", ujar Huzaifah mengangguk-angguk. Aisyah tertunduk. Fikirnya, mungkin dia bukan isteri yang cukup solehah bagi Fathi sebelum itu.

Suasana menjadi tegang seketika. Kemudian Furqan dan Hawa cuba menceriakan suasana tersebut. Mereka semua tertawa. Selesai makan malam, Puan Humairah dan Aisyah pun pulang ke rumah.

---

3:37 A.M.

Fathi bangun dari tidurnya. Dicapainya spray wudhuk yang disediakan oleh Huzaifah, yang tahu, bahawa Fathi kerapkali bangun bertahajud. Ini kerana, mereka pernah menjadi rakan sebilik di Mesir dahulu.

Dalam munajatnya, dia bermuhasabah,

Allahu, Ya Rabbi, Kau lah satu-satunya yang mengetahui segala takdir dan ketentuan yang telah kau tetapkan... Maka, Aku memohon padaMu agar kau akhirilah ketentuanMu ini dengan berhikmah, Ya Ghaffur, Ya Raheem. Ya Rabbi, Ya 'Azim, Ya Kabir, Ku pinta padaMu agar Kau permudahkanlah hidupnya (Aisyah) setelah aku meninggalkan wanita solehah sepertinya. Kau hadirkanlah insan yang lebih baik dariku, Ya Allah... Sungguh, dia benar-benar terbaik untukku. Tetapi, aku belum cukup baik bagi insan sepertinya... Ya Sami', Ya Baseer, Kau kabulkanlah permintaan ini...

SOTD : Masih Perlu by Tasha Manshahar

Bukan Milik Hakiki [sequel Suamiku Ustaz]Where stories live. Discover now