13

11.8K 324 4
                                    

"Sanggup kau Firhad."Maria menangis teresak-esak. Sekelip mata dia hilang harga dirinya kepada lelaki bernama Firhad. Lelaki yang disayangi sepenuh jiwa dan raganya.

"Ini pengorbanan sayang." Firhad memasang api rokok,dia menyedut,menghembus asap ke wajah Maria yang polos.
"Kau cantik, aku boleh buat duit dengan kecantikan kau." Firhad ketawa. Akhirnya seorang lagi perempuan bodoh masuk ke dalam perangkapnya. Umpan kan sahaja dengan cinta dan wang. Sifat wanita yang dahaga cinta, hauskan wang ringgit dengan senang sahaja dia boleh menyebabkan wanita itu tersungkur.

Maria menyesali nasib diri. Ini lah yang harus dia terima kerana tidak mendengar kata emak dan abahnya. Kerana Firhad dia lari meninggalkan emak dan abah yang sudah tua. Patutlah abah melarang keras dia berkawan denga Firhad rupanya Firhad lelaki yang bertopengkan syaitan. Dia benci lelaki itu di dalam hati dia membina dendam. Ada hari nya Firhad akan jatuh tersungkur.

"Hoi! Maria, senang lenang kau malam ni?Tak ada booking ke?" Mary yang turut sama bekerja dengannya di club malam itu menyergah dia. Terkejut Maria di buatnya.

"Malam ni kosong, aku pun malas lah."Jawab Maria, dia memasang api rokok. Menghisapnya rakus. Mood nya benar-benar tiada malam ini.

"Anak Dato tu tak datang pula malam ni?"Tanya Mary lagi. Maria hanya mengeleng. Razli anak Dato yang kaya raya itu bukan pelanggan tetapnya, lelaki itu hanya datang berhibur dan dia hanya menemankan sahaja. Lebih daripada itu lelaki itu tidak pernah mahu. Baik sangat tetapi datang ke club. Itu seorang lagi lelaki berlagak baik tetapi hakikatnya jahat.

Mary memandang Maria. Lain macam pula Maria malam ini.
"Kau kenapa?Ada masalah?"
Maria diam tidak menjawab.
"Kau kalau ada masalah cakap lah,tak cukup duit nak bayar Mr Tan?"
"Hutang aku dengan Mr .Tan dah habis bulan lepas."
"So apa masalah lagi?Dah boleh bersenang lenang dah sekarang. Nak blah dari sini pun boleh."
"Nak blah memang boleh tapi simpanan aku belum cukup lagi."
"Apa susah cari sahaja mana-mana Dato yang nak simpan. Vip lagi bagus."
Cadang Mary. Maria mengeleng, elok lah keluar dari mulut buaya masuk ke mulut naga.
"Ada masalah lain ke kau ni?"Mary masih mahu cuba mengorek rahsia Maria.
"Kalau aku cerita pun bukan kau faham Mary.Aku ni sungguh pun macam ni bab begini aku percaya."
"Kau tak cerita mana aku tahu...cuba kau cerita."
"Kau percaya hantu?"Tanya Maria berbisik.
Mary terdiam,dia menelan air liur. Dia berbangsa cina, ada kepercayaan yang harus dia pegang dan turuti. Masa kan Maria tidak tahu.
"Percaya, kalau tidak masa kan kami ada sembahyang hantu. Tapi apa kena mengena dengan kau pula?"
"Susah aku nak cakap Mary,nak cerita pun aku tak tahu daripada mana nak mula kan."
"Cerita saja lah kalau aku boleh tolong , aku tolong lah."
Maria menarik nafas panjang. Bagaimana dia harus memulakan ceritanya, di mana semua itu bermula dia sendiri tidak pasti.
Tetapi dia tahu ada sesuatu sentiasa mengekori dia, dia dapat rasakan itu. Malah sekarang pun dia dapat rasai sesuatu ada berhampirannya hanya dia sahaja tidak melihatnya.

Apakah itu? Maria sendiri tidak tahu!

13Where stories live. Discover now