13 PART 13

4.6K 188 4
                                    

13 part 13

Maria melihat rumah emakndan ayahnya dari dalam kereta.
"Betul ke rumah kau ni Maria?"Tanya Zeck. Dia memandang rumah tersebut, ada dua orang wanita duduk di beranda, beberapa orang lelaki duduk di bawah pokok. ralit berbual.

"Betul lah..."Jawab Maria perlahan.
"Habis kau tak nak turun ke?"Tanya Mary.
"Ada orang ramai, ada apa-apakah."Duga Zeck.
"Dah mak dia sakitkan tentu lah ramai orang."Kata Mary.

Maria perlahan-lahan turun dari kereta, dadanya berdebar hebat. Takut pun ada.Dari jauh dia sudah dapat melihat ayahnya. Dengan dada yang bagaikan mahu meletup dia menghulur tangan kepada ayahnya yang diam tanpa suara.Lambat-lambat tangannya di sambut.Maria diraih ke dalam pelukan.Ayah nya teresak kecil.Luluh hati Maria!

Zeck dan Mary berpandangan, mujur keluarga Maria menerima Maria sebaik-baiknya.Zeck menyalami bapa Maria, Mary hanya menunduk.

"Maria...dah balikkkkk."
Mereka mendengar seseorang sedang menjerit.Macam mana dia tahu Maria dah balik?Sedangkan Maria masih tidak masuk lagi ke dalam rumah.Maria menelan air liur dia memandang ayahnya, pandangan ayahnya sayu sahaja.Tidak mampu berkata apa-apa.

"Macam tu lah keadaan emak kamu.Maria kamu tahu kan masalah nya..?Bisik ayahnya perlahan.
"Maria tahu ayah, sebab tu Maria balik."
"Maria tahu risikonya kan.?"Tanya ayahnya lagi.
"Ya ayah...kalau dah mampu hindari ..asal emak pulih atau pergi itu sudah memadai."Jawab Maria.

Maria masuk ke dalam rumah, dia melihat emaknya yang terbujur kaku tidak bergerak.Tadi bukan main hebat orang tua itu bersuara, menjerit.Sekarang diam tidak berkutik.Emaknya nampak sangat kurus sangat macam tak pernah makan setahun.

Maria menghampiri emaknya yang terpejam sahaja matanya.
"Mak...."Mari memanggil perlahan. Ada air jernih bertakung di pelupuk matanya. Dia merenung jasad emaknya yang kaku.

"Mak...."Panggil Maria lagi.
Tiba-tiba emaknya membuka mata besar, terbeliak, air liurnya berjelejeh.Emaknya menyeringai dan kemudian  mencengkam lengannya.Sakit!
"Kau patut balik lama dulu..."Katanya.
Maria diam membisu.
"Lama sangat aku duduk dalam tubuh tua tak berguna ni..."
Sambung emaknya.
Maria terpinga-pinga, siapa yang sedang bercakap sebenarnya. Emaknya atau sesuatu yang tidak kelihatan.
"Mak...."Maria bersuara.
"Aku bukan emak kau...aku Suri, Matisuri."Emaknya ketawa nyaring.

Mary dan Zeck duduk berhimpit disatu sudut. Seram lah pula!
Maria cuba melepaskan cengkaman emaknya, dia memandang ayahnya yang hanya tunduk menyeka air mata.

"Pergi bilik mak Maria..."Emaknya menarik dia dekat kepadanya,suara emaknya jauh ke dalam.
"Ambil gelang...."
Maria tahu apa yang emaknya maksudkan, gelang apa itu yang dia tidak pernah tahu. Adakah gelang yang selalu emaknya pakai dahulu atau gelang yang cuba di beri kepadanya di alam mimpi.

Maria ke bilik belakang, dia mengajak ayahnya. Bilik belakang ini memang bilik emaknya sahaja.Tiada apa-apa di situ melainkan hanya sebuah almari solek besar.
Maria mencari gelang yang dikatakan emaknya.

"Gelang ini kah yang enak maksud kan?"Maria menunjukan kepada ayahnya gelang lama.
"Agaknya lah, ayah tak pernah nampak emak kamu pakai. Kalau dia di dalam bilik ni memang ayah di larang masuk."

Mungkin ini lah gelangnya, gelang yang hampir sama bentuknya di alam mimpi Maria.Apa maksud gelang ini?Adakah gelang ini penghubung dia dan sesuatu yang tidak kelihatan.Maria membawa gelang itu kepada emaknya tetapi ketika itu ayahnya telah menutup wajah emak dengan kain batik lepas.

Tahu lah Maria emak nya telah tiada dan dia adalah waris harta peninggalan emaknya

to be continue

13Where stories live. Discover now