13 part 11

4.5K 168 3
                                    

13 PART 11

"Macam mana?"Tanya Mary sebaik sahaja mereka bergerak meninggalkan rumah Tok Mat.
"Macam mana apa?Aku buntu lah."Ujar Maria.Zeck hanya mendengar sahaja.Dia menumpukan perhatian nya pada jalan raya yang sudah mula sunyi. Tiada satu kereta pun berselisih dengan mereka di hiway tersebut.Zeck sudah mula gelisah, dia tidak dapat menumpukan perhatiannya lagi. Mahu sahaja dia meminta Mary memandu.

"Kau kenapa Zeck?Mengantuk ke?Kalau mengantuk aku bawa kereta."Mary berkata.
"Tak mengantuk tapi aku rasa tak sedap hati lah."Kata Zeck.
Maria yang sememang sentiasa tidak sedap hati mula merasa was-was.Bimbang perjalanan mereka terganggu dek sesuatu yang pelik -pelik.

Tiba-tiba Zeck memperlahan kereta, dia memberi signal masuk ke R&R yang sunyi sepi, hanya beberapa biji lampu terpasang.Kelihatan dua orang pekerja R&R tersebut duduk sahaja di hadapan surau berdua.
"Buat apa berhenti Zeck."Tanya Mary
"Aku nak terkucil pula...tunggu kejap."Tanpa menunggu jawapan Mary dia membuka pintu dan berlari menuju ke tandas.
"Aku tak sedap hati lah Mary, sunyi tempat ni tak ada orang."Ujar Maria.
"Memang lah sunyi, kau tengok jam tu pukul berapa...dah pukul 3 pagi."Mary tunjuk jam di dashboard.

Mereka menunggu Zeck, agak lama pula Zeck ni ke tandas. Maria dan Mary sudah mula gelisah.Mata mereka melingas memandang persekitaran.

"Maria...apa tu."Mary menunjukan ke satu arah yang sunyi.Maria memandang mengikut jari Mary.
"Apa tu, macam orang je...."Maria mengecilkan matanya.
"Orang apa macam tu berikat dari atas kepala sampai kaki."
"Alamak..."Berderau darah Maria, meremang bulu romanya.
"Zeck...."Maria melaung memanggil nama Zeck yang sedang berjalan menuju ke kereta.
"Mary cepat bawa kereta, hidup kan enjin cepat."Jerit Maria.
"Zeck..lari zeck...lari."
Kelam kabut Mary beralih ke tempat duduk pemandu, dia menghidupkan enjin kereta, tolak gear.Zeck ni lambat pula dia...

Maria memandang lembaga berikat yang sudah mula melompat menuju ke arah mereka.
"Zeck...lari Zeck..pocong tu...pocong"Jerit Maria.
Zeck yang baru perasan ada benda melompat menghampiri kereta baru lah berlari membuka pintu kereta, pucat lesi wajahnya. Mary terus sahaja menekan minyak sebaik sahaja Zeck menutup pintu.Poconh tersebut terus melompat seolah-olah mengejar mereka.

"Apa tu...."Mengigil Zeck dibuatnya.
"Pocong..."Jawab Maria, dia juga merasa seram sejuk.
Mary juga mengigil lututnya menekan minyak.
"Slow sikit Mary kita dah jauh dari benda tu."Baru Maria perasan Mary membawa kereta dengan laju.
"Kalau aku tahu benda tu ada mampus aku tak akan berhenti dekat sini.Suwey!Gampang punya pocong."Zeck menyumpah.

"Kau lah sibuk sangat time tu lah nak terkucil bagai."Marah Mary
"Tapi pekerja dua orang tu tak kan tak nampak kot ada pocong melompat dekat situ."Ujar Maria.
"Dah biasa agaknya nampak, tak hairan dah."
"Kita yang dah biasa jadi 'hantu'malam-malam pun takut dengan hantu juga."Mary cuba membuat lawak bagi menenangkan hatinya sendiri.
"Kita hantu apa,itu hantu apa...sah lah memang tak sama.Tak lawak lah Mary."Maria mendengus. Hatinya bagai di palu hebat.
Darah nya harus naik tinggi dek ketakutan.

"Nasib baik aku dah siap memerut, bayangkan kalau masa tengah memerut tu cik cong tu tercongok depan aku."
"Mampus aku...."Zeck membebel.

Maria terus mendiamkan diri, tak sanggup menghadapi keadaan ini lagi. Dan dia nekad, dia harus pulang juga ke kampung untuk menyelesaikan apa yang tertangguh.

13Where stories live. Discover now