13 part 16

5.8K 198 10
                                    

"Sayangggg...."
"Sayanggggg."
Sayup sayup Maria mendengar suara itu, badannya terasa sangat letih seperti berjalan beribu-ribu batu jauhnya.
Kepalanya terasa berpusing.
Siapa yang memanggil dia sayang?Maria memandang keliling bilik, di satu sudut kelihatan seorang wanita kuno berdiri sambil tersenyum, terselit bunga kemboja di telinga nya.
Maria tersentak, mujur wajah itu bukan mengerikan.

"Bangun sayang...."Gemersik suara itu memintanya bangun dari baringan.
"Aku harus kau jaga, kau bela."
"Aku mahu haruman 7 jenis bunga...aku mahu dupa setanggi sebagai khasiat ku."
Maria terpinga-pinga, tidak mengerti.
"Sayang...kau membela seekor parsi maka kau harus jaga..begotu juga aku. Aku perlu mandian ku, aku perlu makanan ku."

Maria mengangguk, baru lah dia faham maksudnya.
Bingkas Maria bangun, kebetulan telefonnya pula berbunyi.
"Maria kau kerja tak malam ni?"Kedengaran suara Mary di corong telefon.
"Kerja lah...dah lama aku cuti."
"Bagus ada booked dari France."Ujar Mary.
Maria mengeluh, begini lah jika menjadi gadis vvip. Mujur vvip yang mewah dan terjaga, jika murahan?Bagaimana agaknya nasib dia.

Maria bergegas ke bilik air, membersihkan diri.Kemudian dia bersiap turun ke bawah mahu ke kedai bunga dan mencari dupa setanggi, semua benda itu ada di kedai cina sahaja. Ajak Mary lah. Maria teringat Mary.
"Mary jom ikut aku beli bunga, aku nak kau bawa aku ke kedai colok, cari setanggi dengan tempat  bakar kemenyan tu."
Mary pelik, bukankah Maria orang islam untuk apa dia beli semua itu?Tetapi dia ikutkan juga.
"Nanti dah sampai call, aku turun."Kata Mary sebelum dia meletak kan telefon.

Maria terus memandu, sampai di satu trafik light lampu bertukar merah,Maria menekan break dia mengetuk ibu jari tangannya pada stereng, di sebelahnya ada sebuah kereta Alza. Mungkin sebuah keluarga kerana kelihatan anaknya bermain di belakang.Tiba-tiba kanak-kanak itu membuka tingkap, kebetulan Mari juga membuka tingkap untuk membuang habuk asap dari vape yang sedang dia hisap.

"Dady..kereta kakak tu ada hantu."Jelas pada pendengaran Maria apa yang di katakan kanak-kanak itu.Maria memandang keretanya. Mana ada apa-apa.
"Dady,..cepat dady..hantu!"Kanak-kanak itu terus menaikan tingkap dan melompat ke hadapan.
Maria merasa pelik!Hantu apa lah yang muncul di siang hari. Eh tadi kan hantu tu memang muncul dekat rumah dia?Memang adalah hantu kesiangan!Maria telan air liur.
Tidak tahu mahu berkata apa lagi, bulu tengkuknya terasa mengembang.Gulp!?..air liur terasa pahit dan berpasir.

"Macam-macam lah kau ni Maria, kau nak buat apa dengan benda tu. Eh apa bau ni...kau pakai perfume apa?"Celoteh Mary sebaik sahaja masuk ke dalam kereta Maria. kebetulan Zeck juga sedang melepak di rumah Mary jadi dia mengikut sekali.

"Ewwww.....Hoi pompuan, apa ni perfume macam ni punya bau. Bau bunga kemboja, kau baru balik dari kubur ke apa?Bunga kemboja segala."
Lancang mulut Zeck, Maria turut terbau bau yang sama.

Dia menoleh ke belakang, memandang Zeck dan kemudian pandangannya beralih pada tempat kosong di sebelah Zeck.
Matisuri tersenyum, kuntuman bunga kemboja yang terselit di rambutnya di ambil lalu di elusnya ke pipi Zeck. Kalau lah Zeck tahu!

13Where stories live. Discover now