13 part 8

5K 193 2
                                    

"Macam mana kau nak balik ke kampung?"Tanya Mary tengahri itu.
Maria baru sahaja bangun dari tidurnya.
"Tak boleh nak fikir lagi Mary. Sepanjang malam aku tak boleh lena."
"Kenapa mimpi ngeri lagi?"Maria hanya mengangguk lesu.
"Aku rasa mimpi ni berkaitan dengan apa yang jadi dengan emak aku sekarang."
"Kenapa emak kau?"
"Aku pasti sangat apa yang sedang menganggu aku sekarang adalah sesuatu yang biasa aku lihat masa aku di kampung dulu."Cerita Maria.

Perlahan-lahan Maria mengintai emaknya di bilik belakang di mana diq memang di larang masuk ke sana. Dia terlalu ingin mengetahui apa yang dilakukan emaknya.

"Hai semangat engkau aku puja."
"Ku puja engkau dalam jambangan."
"Harum Kasturi mengikat seri."
"Seri dari petala bumi..."
"Seri menuju ke langit tinggi."
"Duhai engkau yang aku puja.,."
"Bawalah cahaya merawat seri."

Apa yang emaknya baca?Kemudian dia melihat emaknya mengasap 7 jenis bunga lalu di letakkan di dalam bekas air.Kemudian dia melihat emaknya memakai gelang emas ditangan. Seketika emaknya berpaling dia melihat wajahnya emaknya lain sangat, nerubah hampir 100 peratus menjadi terlalu cantik jelita. Kemudian emaknya menari tarian inang tanpa muzik. Asyik seperti kerasukan.

"Kau tak pernah tanya apa yang terjadi?"
"Tak..aku takut emak aku marah."
"Mungkin mimpi kau tu memberi petanda agaknya."
"Mungkin juga yang menganggu aku sekarang adalah apa yang emak aku lakukan sebelum ini."
"Kalau aku tak salah, ini mungkin saka."Kata Mary, boleh tahan juga pengetahuan wanita cina ini tentang ilmu mistik.
"Jangan lah pelik, aku dah lama ikut Zeck. Kau tahu sahaja lah lelaki lembut tu kuat berbomoh."Mary ketawa.

"Aku fikir sekarang ni aku di buru saka lah Mary."
"Aku cadangkan kau balik kampung, tengok apa sebenarnya yang dah berlaku. Mana tahu kalau emak kau sakit sebab dia perlukan pewaris."
"Waris?"
"Ye lah, setahu aku saka memang perlukan waris."
Maria terdiam.
"Nanti lah aku fikirkan.

Ingatan Maria melayang kepada Firhad. Lelaki itu kelihatan jauh berbeza. Sudah tidak macam dahulu, sudah insaf barangkali. Songkok sentiasa ada di atas kepalanya. Manusia menjijik kan itu harus bertanggungjawab pada apa yang telah dia lalui. Wajar di hapuskan. Sampai mati pun dia tidak akan maafkan Firhad selagi lelaki itu tidak terhukum dia tidak akan puas.

"Lunaskan dendam mu sayang...."
Maria terjaga, peluh dingin membasahi tubuhnya.Mimpi lagi! Bermimpi di siang hari.
Dia bangun keluar mencari air, sunyi sahaja rumah ni ke mana Mary. Dia melihat nota yang di tampal di peti sejuk.

"Aku keluar dengan Zeck."
Maria meneguk air sejuk dengan rakus. Ikut Zeck ke mana sahaja Mary ni. Maria duduk diruang tamu, tv dipasangnya.Tiada cerita menarik melainkan siaran ulangan. Dia menekan butang off.Lebih baik menyambung tidur.

Maria bangun dari duduknya, remote di biarkan di atas meja. Belum pun sempat dia masuk ke dalam bilik, Maria mendengar bunyi tv terpasang kembali. Dia memberanikan diri meninjau, benar tv yang sudah di off kembali terpasang!
Maria menelan air liur, bulu romanya merinding!
Siang hari pun dia ganggu? Cepar-cepat dia menekan butang off kembali dan berlari ke bilik. Pintu bilik di kuncinya dari dalam dan Maria berselubung di atas katil, mengigil ketakutan.


13Where stories live. Discover now